salam ukhuwah dari ummi khadijah buat semua.
syukur Alhamdulillah,hari ni 30/04/11..adalah hari lahir ke-2 buat permata hati kecil kami.. siti khadijah binti saifull azuan.
pantas betul masa berlalu. suka,duka..semua kami lalui bersama. sejak di alam rahim,hinggalah sekarang.
terkadang terasa amat mencabar sekali bila menjaga dan mendidik khadijah. kerenahnya dan ragamnya amat menguji..tapi dia jugalah penghibur ummi kala kesunyian berjauhan drp insan tercinta dan kesayangan kami..tak lain tak bukan,suami tercinta merangkap abah tersayang khadijah..hihi..
permata hati kecil ummi abah.. we love u..mmuahh...!!! |
6 bulan berjauhan,kami sebagai ummi dan abah khadijah dapat merasakan naluri kerinduan sorang anak kepada abahnya yang jauh di rantauan. mujur dengan kecanggihan teknologi kini,kami tetap dapat sama-sama meluah rasa rindu dan saling menatap wajah 1 sama lain..walaupun tak dapat bersentuhan merasa pelukan mesra abahnya. khadijah ekspresikan dengan cara lain. (dan dah tentu abah khadijah pun double triple lagi rindu kat kami..hikhik)
skype adalah penghubung kami. tiap kali berwebcam..khadijah dan abahnya akan bermain dan bergurau senda seperti berada di hadapan kami secara nyata..bukan di alam maya. main aum cak..aum cak..,tiru bunyi,n paling suka..bila khadijah buat give me five dengan abah.. terasa macam betul-betul dapat five dengan abah agaknya. dan kadangkala sampai nak suap makanan okeh..hahaha..
we're happy family..!!! :) |
ramai yang kata keluarga pelaut atau pelayar ni,selalunya anak tak kenal ayah. tapi alhamdulillah..kuasa Allah swt,naluri anak dengan ayah memang tak boleh dipisah. walau jauh beribu batu..kasihnya tetap utuh.. rindu yang membuak,membuatkan hubungan tambah erat.
nanti kita mandi laut sama-sama lagi okeh.. ^^ |
besarnya dugaan menjadi keluarga pelaut/pelayar ni, ummi abah berdoa semoga khadijah akan terus dan sentiasa tabah melaluinya. sekental ummi abah. dan semoga pengalaman ini akan menjadikan khadijah seorang muslimah sejati..selalu bersyukur dan redha dengan ketentuan Allah swt dan sentiasa taat pada agama,dan sunnah rasul supaya berjaya dunia akhirat. dan semoga khadijah jadi anak yang solehah,mewarisi keperibadian isteri rasulullah saw, saidatina khadijah khuwailid. insyaallah..
gula-gula hati ummi abah.. :) |
doa ikhlas juga daripada laili buat rakan-rakan semua ..semoga keluarga yang dibina tambah bahagia dan dipermudahkan segala urusan.
dan kepada yang turut meraikan hari lahir pada hari ni..laili ucapkan selamat hari lahir.. semakin meningkat usia,diharap amalan pun dipertingkatkan kerana kita hidup di dunia hanya sementara. yang kekal adalah di akhirat sana. mudah2an kalian berjaya dunia dan akhirat. insyaallah..
---------------------------------cinta hingga syurga------------------------
2 comments:
Happy birthday khadijah sayang.. Moga terus membesar jd anak yg baik dan sentiasa menyenangkan hati kedua ibubapa.. Insyaallah..
k.ena : amin..terima kasih,kak.. :)
Post a Comment