Monday, April 11, 2011

jelingan manja

assalamualaikum... ^_____________^

sambil menjeling-jeling curi-curi tengok kartun, laili menaip entri ni.. tersangatlah tak khusyuk kan..ehehe..
biasalah, orang bizi 24 jam sehari, 7 hari seminggu ni..memang camnilah.. buat kerja semua menyempat-nyempat jer.. sambil menyelam minum air...hihi.. :)

khadijah plak dah dok terbaring atas tilam empuknya tu sambil layan kartun kat channel 613 kegemarannya tu..
haish,camnelah agaknya bila en.hubby balik nanti.. kalau khadijah asyik nak tengok kartun jer.. mujur gaklah bila umminya ni tukar channel lain macam discovery channel atau animal planet tu dia layan jer.. tapi kalau nak tengok berita,tak boleh tengok lama-lama. kalau tak...pot pet pot pet lah dia sambil bagi remote suruh tukar channel..hadui..fenin..fenin.. *tak padan dengan kekecikannya okeh..*

petang tadi,kami pergi klinik untuk kali ke-2 sebab khadijah belum sembuh sepenuhnya walaupun dah lebih seminggu.. suhu badannya tak menentu..jap ok,jap panas. pastu batuk-batuk dan kahak..selesema..???? haish,yang tu pun ikut meleleh gak..

doktor check,suhunya normal sebab 37.3 je. tapi tetap gak bagi ubat.sebab bila waktu malam,suhu badan akan meningkat cuma doktor bagi ubat lain..dan perlu lebih kerap bagi minum ubat tu.. ubat demam kena bagi setiap 6 jam. pastu antibiotik 2x sehari dan ubat batuk..

nak bagi 3 jenis ubat tu,boleh tahan gaklah dibuatnya. khadijah ni walaupun kecil,kudrat boleh tahan gak. syringe tu plak habis digigitnya...mentang2 lah gigi dah banyak..mujur tak patah atau pecah..hukhuk..

si tecik tido pas minum ubat..
cepat sembuh ye cayang... ^^


sambil menaip ni, dok jeling-jeling manja gak lah pada khadijah.. hm,dah tido pun. bagus..tepat pukul 9:30 malam,dah tido.. ikut jadual..

dan sekarang,masa untuk ummi khadijah ni plak bersiap-siap untuk tido. na mo tido lewat-lewat. sebab nak bangun awal.. 

kawan-kawan semua pun,kalau boleh janganlah tido lewat sangat k. tak baik untuk kesihatan. dan lagi 1, tido yang cukup tu penting untuk awet muda sentiasa..

selamat malam,semua..

--------------------------cinta hingga syurga--------------------


4 comments:

Nono Fara said...

Salam.. Thanks for following my blog. :)

Dah gone through blog awak, and u've a lovelayh family ..

And budak kicik mmg kuat! Hehe.. nampak je kecik if diorg mengamuk boleh tahan gak. :D

siti norlaili yusof said...

nono farah : thanks dear,sudi followed blog ni..:)

ye,dak tecik ni tersangat kuat..sekuat biskut tiger..hihi.. :)

alexa yussida said...

kyaaa~~~

khadijah ade teddy rilakkuma~~aunty nak ! comelnye die tdo dgn rilakkuma (relax bear)

siti norlaili yusof said...

alexa yussida : ehehe..tulah bear pertama khadijah dr abahnya. mmg dia sayang sgt..tdo je mesti ada bear tu kat sebelah. namanya 'lola'.