Friday, April 22, 2011

sentimental valued

assalamualaikum... ^_________________^


selamat petang,semua... hari ni kami makan nasi ayam sampai pecah perut okeh..buatan sendiri dengan jayanya..ehehe.. *na mo upload gambo,kang ada orang ngidam nak masakan ummi khadijah,jenuh plak nak berpos-pos nanti..kui..kui..kui.. *


di entri yang lalu,laili ada mentioned tentang sentimental valued of our desktop yang kini laili gunakan untuk blogging dan segala macam urusan kan..*thanks sayang..mmuah..*


sebenarnya desktop ni dah lama kami beli. dah 3 tahun kami guna. dan teramat-amatlah kami sayang. sampaikan mouse yang dah tercabut dikerjakan anak sedara kami,kami gam balik sebab nilai sentimental yang terlalu tinggi.. *mouse baru ada tp x mo guna..feel jadi lain..huhu..ngengada je kan..hikhik..


kami beli desktop ni pada tahun 2008. masa tu baru kahwin dan en.suami plak baru sign off. so,sambutlah kat klia.. dengan penuh debaran,dandan secantik boleh mengalahkan miss universe.. siap dok bahagian paling depan lagi tu tunggu en.suami..hahaha..

haish..lari tajuk plak..


ok,kembali kepada cerita desktop ye.. sebenarnya hampir 1 KL tu kami round tau. kat Low Yat tu,sampai 2 hari kami p ulang alik.. semua kedai kami masuk semata-mata nak dapatkan yang the best. pamphlet tu punya banyak kami ambik,semua kami check sebab nak dapatkan performance yang terbaik.

bila dah sepakat,esoknya kami pegi lagi untuk beli.. dan sama2 pilih.. dan balik je hotel,terus try tengok.. sangatlah puas hati. *try dari awal,so..tak payah nak ulang alik sebab perak ke Kl jauh lah yunk..hukhuk..


dijadikan cerita,dari low yat tu,kami laki bini angkat set desktop besar gedabak ni sama-sama. ahai,tersangatlah manis kenangan tu..naik teksi balik hotel. pastu nak balik teluk intan kena naik bas.. haha..1st time naik bas dengan en.suami.. terasa janggal dan jakun sedikit..hikhik... haduiyai..biasalah..kami dulu masa berkawan mana pernah keluar berdua. ada je family teman. dah kahwin baru keluar berdua..hehe.. : )

berjalan pun naik kereta. mana pernah naik bas sama-sama. apatah lagi naik motor. merasa naik motor masa inai tengah merah di jari,semua orang pakat fewit-fewit dekat kami..merah padam muka laili ni ha..

 dan 1 pengalaman kami takkan lupa,masa rumah mak laili di teluk intan kena pecah masuk dek perompak durjana.

habis barang kemas pusaka dari mak dan mertua laili diorg kebas. mujurlah handbag b.u.m. laili diorang tak kebas. masa mak laili call tu,kami cuma teringat pada desktop tersayang ni.. dahlah berpenat lelah kami mengusung..kalau dekstop ni kena kebas..ahai,tak tido malam lah kami..

balik rumah,terus masuk bilik,syukur tak kena kebas. cuma laci meja solek laili diorg angkat keluar dekat ruang tamu. handbag b.u.m. laili pun diorang ambik bawak ke ruang tamu..

cuma yang best tu,syukur sangat sebab diorang tak ambik duit mas kahwin yang laili simpan..padahal handbag tu diorang dah buka dan siap tertulis perkataan duit mas kahwin. mungkin sebab tu duit mas kahwin,Allah swt. tutup pandangan diorang, kalau tak,sorak suwa suwe ke morning lah budak-budak penyamun tu semua..



laili harap desktop ni dapat berkhidmat dengan lebih lama lagi pada kami.. sayang sangat kat desktop ni sebab ada sentimental valued yang tak boleh diganti.. 

sayang kamu selalu en.desktop..mmuahhh...

oh ya,kawan-kawan pun mesti ada barang berharga yang terlalu berharga sampai xde gantinya kan.. terkadang yang berharga tu tak semestinya mahal.. tapi ada kisah di sebaliknya yang begitu bererti buat kita kan. tapi yang mahal pun ada juga sentimental valued nya kan.. macam kami ni,memang ada banyak yang begitu bermakna buat kami..dan teramat-amatlah kami sayang. salah satunya,keychain yang kami buat masa honeymoon dulu. sampai sekarang tak pernah sekalipun kami tanggalkan dari kunci kereta kami. dan tulah lambang diri kami...



apapun itu..murah atau mahal..bukanlah ukurannya..asal kita rasakan beerti buat kita,jagalah dengan sebaiknya.


-----------------------cinta hingga syurga----------------

4 comments:

ieka said...

kte pnye sentimental valued hp..tp skngni da innalillah,wallahu a'lam..huhu..hsbnd kte bg hadiah 2hari pas kwen.mse xd ank jge kemain teliti lg calar sket pn xleh.tp da ade ank hp kte 2la jdk slh 1 menan dia..msk mulutla,cmpk la sudhnya hp kte mngalami 'cedera' yg agk parah.htr srvce pn cm hrga sbjk hp.last tlk yg lme amek yg lain.tp xleh lupa kt yg lme.mcm2 pic&vid da rakam dr bru kwen smpi la saat klhrn prmta hati.huhu..redha jela..da xd rezki nk pki lme...

siti norlaili yusof said...

ieka : wah,samalah kita. laili ada 4 hp dr en.suami..3 tu masih blh guna. 1 dah rosak tp masih simpan. yg 1st tu en.suami bg masa baru kawan. yang ke-2 masa birthday en.suami yang ke-3 plak dah rosak.. dan yang ke-4 laili guna sampai sekarang. tp tu lah 2 hp yang masih elok tu mmg kami simpan dan x bg org. mmg simpan je sbgi kenangan. yg rosak tu plg byk kenangan. sebab tu wlupun dah rosak ttp simpan..hihi..

tp betullah ieka,wlu camne pun mmg kita akn ingat sampai bila2 pun kan..besar ertinya pd kita..:)

Ainul Hayat said...

Laili duk teluk intan eh? Teluk intan kat mana?

siti norlaili yusof said...

ainul hayat: ha'ah,laili dok kat sungai lampam.. biasa dengar tak..?