Wednesday, April 13, 2011

wink...wink...

assalamualaikum... ^_____________^

hari ni laili tersangatlah hepi sebab khadijah dah mula ceria..boleh main-main dan teman ummi makan dengan gumbiranya walaupun tak habis sepinggan... takpelah,sekurang-kurangnya seleranya dah kembali.. :)

*pasni harus makan banyak-banyak ye yayang...






hm,laili jengah ke blog ni,ramai gak yang singgah tengok tapi takde entri baru dari laili. sorilah yer,ummi khadijah ni bizi sesangat.. baru nak menaip je... wekkkk..mimi....uhuk-uhuk... tulah kisahnya. asyik layan kerenah khadijah je lah.

tu belum lagi bila part nak bagi minum ubat. dia nampak umminya pegi dapur je dan buka peti ais,cepat-cepatlah dia bangun tinggalkan kartun..intai ummi prepared ubat-ubat guna syringe. dia nampak ubat tu je,kelam-kabut dia nyorok kat belakang pintu bilik..

dia ingatkan umminya ni tak tau agaknya.. dok diam je dia kat situ.

umminya ni pun apa lagi,pegilah senyap-senyap..pimpin tangan khadijah..masa tu memang dah nangis dah.. bila baringkan bagi ubat,lagi kuat dia nangis... jenuh gak lah.. tapi gagahkan juga.

dan part paling best,bila dah habis minum ubat..khadijah tengok dalam cawan yang laili letak syringe tu dah kosong..

urmmm....terus dia senyum dan pusing-pusingkan tangan kata habis...siap buat wink..wink..lagi tu.. haish,sabau je lah..

kawan-kawan ada alternatif lain supaya anak senang minum dan makan ubat tak..? kalau ada,tolong share ye.. ada kawan dalam fb ajar dalam 1 syringe tu isi air masak. so,masa dia leka baru tukar pada syringe yang ada isi ubat.

tadi dah try tapi tak berjaya... sebab dia dah set dalam syringe tu,ubat.. ada gak yang ajar,sambil bagi minum tu tutup hidung,tapi tak sampai hati lah plak. cuma tiap kali nak bagi ubat jer,laili istighfar banyak-banyak sebab takut terkasar dengan khadijah yang belum tau apa-apa tu..huhuhu...



---------------------------------cinta hingga syurga--------------------------

3 comments:

ieka said...

alhmdllh khadijah dh kmbli sht..:)xde tips la..ank kte pn ssh nk bg ubt..klu t'pksa sgt kte pct gak hidung dia bg telan ubt..huhu..

siti norlaili yusof said...

ieka : picit hidung ye? laili hr tu try gak picit hidung tp kepalanya x dok diam... lastnya kena picit kat pipinya mcm yg doktor ajar. tp tu pun dia blh muntahkan.. sabar je lah kan..

mudah2an ank2 kita sentiasa chat ye,ieka.

n thanks 4 sharing gak..:)

IntaNBerliaN said...

Tag Join GA :-)... http://intanberliangacontest.blogspot.com/2011/04/1st-giveaway-by-wan-myzura-collections.html