Thursday, April 28, 2011

tolong ingatkan saya





assalamualaikum... ^______________________^


hari jumaat yang dimuliakan ni,terasa sungguh syahdu bagi laili. bermuhasabah bersihkan jiwa. kita manusia mudah leka,terlalu asyik mengejar dunia. sampai terkadang,lalai dan terlupa pada kehidupan kekal dan hari pembalasan.




takut..amat takut..ngeri..dan amatlah mengerikan.. .memikirkan azab Allah swt. Yang Maha Hebat,tak tergambar dengan kata-kata. bayangkanlah,api dunia yang membakar kita sampai rentung..bagaimanalah pula dengan azabnya api neraka jahannam tu..? MasyaAllah..tak termampu dibayangkan..berjuta2 ganda azabnya. dan tak terlangkau fikiran kita. cukuplah kita terasa azab bila tangan terlecur kena seterika panas. dan cukuplah terkena percikan minyak panas ketika memasak. tu pun dah terasa azabnya.


dapatkah kita bayangkan..? api yang ada di bumi ni hanya sebahagian kecil dr api neraka yg telah dicuci dengan beberapa air yang diperintahkan Allah swt sebelum diturunkan ke bumi..? bayangkan pula api neraka yg langsung x dicuci oleh mana2 air tu..??? MasyaAllah..azab sekali.


dengan penuh rasa kesal,syahdu dan malu.. laili rasa malu pada diri sndiri setiap kali terleka dengan dunia.






memang kita manusia mudah lupa.. lupa yang hidup di dunia hanya sementara. yang kekal adalah di akhirat sana. lupa bahawa hidup mati kita di tangan Allah swt. bukannya di tangan kita sampai kita boleh berkata "alah..kita muda lagi,takkanlah dah nak taubat. tunggulah dah tua nanti baru taubat " 


astaghfirullah,fikiran apakah itu? tak sedarkah kita,bahawa ke mana pun kita sentiasa ada malaikat pencatat amal bersama kita..? tak sedarkah lagi kita bahawa malaikat maut sentiasa menjalankan tugasnya tanpa mengenal pangkat kita di dunia ini..?


kita bukannya kekasih Allah yang mana malaikat maut tu akan minta izin dulu pada kita dan kalau kita x izinkan dia akan pergi sebab kita nak taubat dulu... kita ni manusia biasa.. bukannya sesiapa. 


mendengarkan lagu "bila izrail datang memanggil " pun dah cukup menggetarkan dan menggigilkan jiwa dan sanubari..ni kan pula kalau berhadapan..








oleh itu,sama2lah kita renungkan amalan kita. kerana setiap yang kita lakukan,walaupun sebesar zarah,tetap diambil kira. dan sama2lah kita saling ingat-mengingati.


semoga kita semua tergolong dalam umat Nabi Muhammad saw dan menerima syafaat baginda.. amin..amin ya rabb..




sajak di bawah untuk renungan kita bersama:




Tolong ingatkan saya,
Andai saya terlupakan tuhan,
Dalam kelapangan dan kesibukan,
Dalam kesenangan dan kesusahan.

Tolong ingatkan saya,
Jangan jadi anak derhaka,
Mak ayah dilupakan jangan,
Usah diluka hati dan perasaan.

Tolong ingatkan saya,
Dengarlan dan bacalah Al-Quran,
Tika radio penuh hiburan,
Tika tv penuh Hindustan.

Tolong ingatkan saya,
Di mana silamnya zahirku,
Jika aurat didedahkan disingkat,
Diketat dan dijarangkan.

Tolong ingatkan saya,
Jadilah sahabat yang baik,
Sentiasa memberi peringatan,
Sentiasa menerima teguran.

Tolong ingatkan saya,
Kalau bercinta biarlah keranaNya,
Dalam memilih utamakan iman,
Kelak ikatan dihindari syaitan.

Tolong ingatkan saya,
Hidup ini satu kembara,
Kutiplah mutiara dalam perjalanan,
Moga di sana menjadi bekalan.

Tolong ingatkan saya,
Diri ini milik Yang Kuasa kepadaNya,
Jiwa diserahkan segala-segala,
Dialah tumpuan.





semoga Allah swt ampunkan segala dosa kita..amin..










-----------------------------------cinta hingga syurga--------------------------------

4 comments:

Unknown said...

insaf..sudah menjadi t/jwb kita sesama manusia harusla saling ingat mengingati agar tidak terleka..

siti norlaili yusof said...

princess nur : ye,betul tu.. hidup kat dunia ni mmg segalanya indah..sampai terkadang leka. sbb tulah kita kena sentiasa ingat mengingati.

mudah2an kita tergolong dlm golongan yg beriman..insyaallah.. amin.. :)

dwatyKNY said...

saya ada buat satu entribaru hari ini... sekadar tuk mengingatkan semua termasukla saya sendiri tentang tanggungjawab kita kepada ALLAH... kalau sudi jom terjah... selamat nercuti...

siti norlaili yusof said...

dwaty : terima kasih,sama2 kita ingat mengingati ye.. :)