Monday, May 30, 2011

ku keterkejutan lagi... :O

assalamualaikum.... ^________________^

hari ni dah pun hari isnin..30 mei 2011.. lagi beberapa jam je,dah nak 31 mei.. tak sabarnya nak tunggu 1 jun.. dah rindu kat en.suami ni..hihi.. :D

tiap hari belek kalendar je dah ni... +________+


yelah,dah hampir 6 bulan en.suami merangkap abah khadijah ni pergi belayar menunaikan tanggungjawabnya pada negara dengan penuh amanah dan dedikasi...

bukan senang okeh, bekerja berjauhan dari keluarga tercinta ni..dah lah tak jumpa berbulan-bulan..6 bulan okeh..bukan 6 minit atau 6 jam atau 6 hari atau 6 minggu...tapi...6 bulan..1 tempoh yang amat panjang. nak calling hari-hari pun tak leh...line bukan sentiasa ada kat tengah laut tu. so,tunggulah bila ada line.   memang sejibik...opps...silap,sebijik macam loving couple..tapi yang ni sah punya okeh..dah akad nikah..cintan cintun pun dapat pahala..hihi...



so,dalam mood yang tak tahu nak dijelaskan seperti apa ni..sebab otak tengah kosong...kita layan je lah celoteh ummi khadijah untuk hari ni ye... yang tengah hepi tak hengat-hengat ni bila tengok followers dah bertambah jadi 180 orang... tq,tq..sebab menjadi followers cinta hingga syurga ni. 

tambah hepi bila tengok ada followers yang memang laili harap akan follow sebab sebelum ni suka sangat follow blog dia. walaupun dikira famos amos..tapi sudi singgah dan follow. terharu sangat okeh. thanks to elia sebab sudi follow blog akak ni.




pastu ada lagi 1 blog yang laili dok follow. blog ni laili follow mulanya nk dapatkan resipi je kelmarin. sekali tengok,terus melekat 2 jam baca blog akak ni.kak shamam ni punya blog ada banyak resipi. dan sangat menyentuh hati laili.nak tau cerita yang menyentuh hati tu,kawan-kawan bacalah sendiri... berat mata kita ni memandang,berat lagi bahu yang memikul. 

doa laili,agar kak shamam terus tabah mengharungi kehidupan ni. bukan mudah untuk dilalui,tapi..tulah ujian yang harus akak tempuhi. doa laili,akan sentiasa mengiringi akak supaya terus tabah. dan semoga rohnya,dicucuri rahmat.

jujur,laili ni tersangat sensitif dan hati tisu. dalam bergembira pun,terkadang boleh nangis... sebab teringat,bila kita ketawa..gembira...insan lain mungkin sedang berduka.

semoga Allah swt akan terus memberikan sinar kebahagiaan kepada kita semua. walaupun dalam berduka,kita masih bersyukur atas segala nikmat-Nya.

setiap yang berlaku ada hikmahnya..


jadi,sama-samalah kita ingat-mengingati antara 1 sama lain okeh..

love u olls... ^^


p/s: siapa ada tengok cerita nora elena kat tv3..? best kan..esok kita tengok sambungannya k. peace... ^^




-------------------------cinta hingga syurga----------------------

Friday, May 27, 2011

3 hari 2 malam part 1...

assalamualaikum.... ^_____________^


fuh..banyaknya habuk dan sawang kat sini.. apalah nak jadi dengan tuan rumah ni yer...hehe..
moh lah kita bersihkan sawang-swang dan habuk-habuk ni semua yer..

3 minggu laili merangkap ummi kepada si tecik khadijah ni menyepikan diri dari dunia blog kecintaan ni..
maaflah ye,laili berehat panjang atas sebab masalah kesihatan.
tiap hari jiwa ni meronta-ronta nak menulis di sini. tapi apakan daya,kesihatan harus diutamakan. :)
bunyi macam suspen jer kan..hikhik..

utamakan keselamatan...^^


so,senyum seindah suria k... ^______________________^

pada 9 mei-11 mei 2011 yg lalu,laili dan khadijah bermalam di wad hospital kanak-kanak. 3 hari 2 malam di sana,hanya Allah saje yang tahu perasaan diri ini.

main rebut kerusi

hampir 2 bulan khadijah demam tak kebah..sihat seminggu,demam 4 hari..pastu sihat 5 hari,demam 2 hari..macam tulah keadaan khadijah selama 2 bulan. asyik ulang-alik klinik panel je. lastnya in law suggest pegi hospital kerajaan. sebabnya area kami ni xde klinik specialist kanak-kanak. so,alternatif terbaik,pergi hospital kerajaan lah,walaupun result lambat dapat.

hari pertama masuk wad dah kena ngorat okeh..huhuhu....


hari pertama di hospital,ingatkan khadijah takkan kena tahan dalam wad. tup-tup..kena gak. memang pusing gak ummi khadijah ni dibuatnya. yelah,abah khadijah tengah sailing masa tu. on the way ke japan. nak call mmg xleh sebab xde line. mujur mertua dan kawan senasib banyak bagi supported. terima kasih pada family dan afa sebab tak putus2 bagi sokongan moral pada ummi khadijah yang tersangatlah emo dan hati tisu ni.

bayangkanlah,segarang-garang ummi khadijah ni dalam mendidik khadijah,tapi bila khadijah jatuh sakit,memang tak tido lah..tapi bila sampai khadijah kena tahan wad.

bersiap sedia untuk diambil darah...
sakit.....:(


doktor: maafkan kami,kami terpaksa masukkan anak awak ke dalam wad untuk pemeriksaan lanjut. kami risau dia ada penyakit lain..mungkin kanser atau leukemia..

kaki dah kena cucuk jarum..berehat jap atas katill..adalah dalam 10 minit dok diam..hukhuk..


terkedu laili masa tu. hampir-hampir menitis air mata dan doktor pun sampai gelisah tengok ummi khadijah ni hah.. semua doktor bagi support. diorang panggil mertua uruskan kemasukan khadijah dalam wad.


terima kasih mak,sebab selalu bagi semangat pada laili bila abang tiada di sisi. terima kasih kerana memahami menantumu yang tersangat hati tisu ni..*ahai,teremo sudah...

untuk hari pertama di wad,khadijah memang hepi sebab wad tu ceria dan ramai kawan..tapi semuanya tak sihat. sebelum kena cucuk ambik darah..memang meronda wad tu je lah kejenya. penat opahnya jaga sementara tunggu laili ambik barang keperluan kat rumah.

nyum..nyum...makan petang..


nurse dan doktor semua gelak tengok telatah khadijah yang tak dok diam tu. siap diorang kata..

biar dia jalan puas-puas. nanti dah kena cucuk,diamlah dia...

hahaha... ahailah doktor,khadijah ni dah kena cucuk jarum kat kaki pun tetap tak dok diam. berjalan ke hulu ke hilir dengan pelbagai aksi.. orang lain semua dah tido. tapi khadijah,pukul 11 malam baru tido.. haish...memang hari yang amat memenatkan bagi ummi khadijah..huhuhu...

babai..khadijah nak jalan-jalan...^^

oklah,insyaallah esok laili sambung lagi untuk part 2 kami di hospital k. ada banyak citer nak kongsi nih..huhu...

babai semua..dan utamakanlah kesihatan k. love u all....



-----------------------cinta hingga syurga-----------------------------

Friday, May 6, 2011

sedetik lebih...lelaki ini..

assalamualaikum......... ^____________^

sihat ke..???? malam ni kita jiwang skit lah ye.. rindu pada en.suami lah.. hehe.
tiba-tiba je terngiang-ngiang di gegendang telinga ni,lagu lelaki ini dari anuar zain. touching giler lagu tu. kena plak lagu tu keluar masa laili baru kahwin dengan en.suami tercinta. pheww..tak tau lah nak gambarkan camne tahap ketersentuhan hati dan air mata ini..huhuhu...

haishhhh...dak tecik ni..ummi menaip..dia pun sibuk nak menaip..babap jap tangan syomel ni hah..
baru diam..heee...

sambung cerita balik k.

anuar zain


sebenarnya,laili dan en.suami memang suka dengar lagu-lagu anuar zain sebab lagunya semua best-best. teringat lagi dulu anuar zain tu jadi model masa siti nurhaliza masuk anugerah juara lagu.. tak lama pastu,jadi penyanyi plak. suara memang tip top.

tapi dalam banyak-banyak lagu,lagu lelaki ini lah yang paling laili suka masa tu.. tersangat menyentuh hati dan perasaan..sampai meleleh air mata dan air hidung..kena plak sambil tengok gambar dan video bersama en.suami..tersangat..sangat..sangatlah...tersentuh tak ingat-ingat.

so,mari kita layan lagu ni sama-sama ye..

lirik lagu : lelaki ini - anuar zain

Kasih, kenanganku
Ingatkah saat saat dulu
Kasih, apakah dirimu
Merasakan semua itu
Kemana pun langkahku pergi
Ku masih melihat bayanganmu cintaku
Dan kemanapun arah anginku berlari
Hati ini masih kau miliki
Lelaki ini yang selalu mencintamu
Selalu, tanpa ragu
Lelaki ini yang selalu memuja
Hanya dirimu
Yang bertakhta dalam sanubariku
Sanubari ku
Aku yang mencintakan mu
Hanya dirimu…
Kerana cintaku, tak berbatas waktu
Kerana cintaku, tak mengenal jenuh hatimu
Hatimu




best kan,lagunya..tak rugi layan. cuma klip video je yang tak sama macam cerita kami. takpelah,tu tafsiran diorang kan. setiap orang ada tafsirannya sendiri. bagi kami,biarlah hanya kami je yang tau..ecece...nak rahsia sikit..ehehe..

takdelah..bagi kami lagu ni tentang cinta yang begitu besar ertinya. walau ke mana pun,pasangan tu jugalah dalam ingatannya. wah..tersentuh lagi...haish,kan dah nak kena lap air hingus...ish..ish..ish..

tapi la ni anuar zain ada lagi 1 lagu yang rasanya hampir sama dengan kami..chewahh..tajuknya sedetik lebih. 1st time dengar dan tengok klip video lagu tu kat tv,menitis-nitis air mata ni sebab terlalu menghayati. apa boleh buat,hati tisu lah katakan. keras kat luar je..tapi dalamnya,mudah betul tersentuh..cepat je air mata dan air hidung ni menitis..huhu... layan k. lagu ni tengah meletup-letup sekarang ni. terutama di kalangan yang pasangannya senasib..hihi...








klah,na mo emo-emo malam-malam ni.. nak tidolah pula. jeles tengok dak tecik tido lena sambil polok-polok lola dan bear tersayangnya..huhu..

dan sebelum tido,sama-samalah kita amalkan selawat ke atas Nabi saw,fatihah,kursi dan 4 qul k. pastu tiupkan pada telapak tangan..dan sapu seluruh badan. mudah-mudahan terhindar dari segala perkara yang tak elok dan kita sentiasa dilindungi Allah swt. dan jangan lupa,tidolah dengan aman dan tenteram dengan memaafkan semua orang. jangan tido dalam keadaan marah dan dendam k.

assalamualaikum.....

p/s:lagu lelaki ini masa tengah baru kahwin. tapi sekarang ni,dok layan lagu sedetik lebih jer... ahailah..pasni nak layan lagu apa lah pulak yer..hihi.. pis..pis..kacang pis..  love u all...^^


---------------cinta hingga syurga---------------

Wednesday, May 4, 2011

terkedetikan

assalamualaikum... ^__________________^

bintang senyum...^^


selamat malam,semua... malam yang mendamaikan..tapi batuk tak henti-henti. ubat dah bermacm ubat yang ditelan. kawan-kawan ada petua untuk hilangkan batuk tak selain daripada minum air asam jawa. sebabnya laili dah try minum tapi tetap tak hilang gak batuknya..tolong share ye..huk huk..

hari ni hari ke-2 laili berpuasa. alhamdulillah semuanya berjalan lancar.. semalam je hampir nak muntah sebab tak sahur. set jam pukul 6 (ternyayok cikit..huhu..). camne nak sahur.. tau-tau je azan. tapi alang-alang dah niat. teruskan je lah. mujur gak lah dah berhenti bagi bf pada khadijah. jadinya,takdelah masalah kurang air ke apa.. :)

bila berpuasa ni memang banyak bagi keinsafan. saat kelaparan yang amat sangat tu,keinsafan datang dengan banyaknya.. semuanya difikirkan.. dalam kita kekenyangan,betapa ramainya yg kelaparan..malah ada juga yg berperang. di kala kita shopping beribu2 membeli barangan branded,sampaikan ada yang tak bayar zakat harta..yg kesusahan ni,nak beli secawan beras pun tak mampu. di kala kita duduk senang lenang di rumahku syurgaku yg begitu indah berpenghawa dingin,kita lupa pada org yg rumahnya hanya menanti masa untuk roboh. tidurnya bertilamkan tanah,bantalnya..berbantalkan lengan. selimutnya,hanyalah kedukaan.

insaf kan,bila mengenangkan kesusahan dan kepayahan orang lain?
makan,pakai..tak mencukupi. tak dapat nak dibayangkan sebab rasa tak sanggup nak bayangkan. betapa daif    dan sukarnya kehidupan sesetengah ni.. tapi syukur pada Allah swt sebab kita punya segala..cukup untuk diri kita dan keluarga yang dibina. alhamdulillah..

doa laili,semoga mereka terus tabah menghadapi hidup ini. bersyukur dengan apa yang ada dan berdoa kebaikan sepanjang masa.

insyaallah,esok pun laili akan berpuasa. mudah2an semuanya dipermudahkan dan dimakbulkanlah semua doa laili berkat daripada puasa laili tu..amin..

*mood malam ni,tersangat merindui en.suami terchenta..*
 1 month to go...weeee... ^^


--------------------------cinta hingga syurga------------------------