Monday, May 30, 2011

ku keterkejutan lagi... :O

assalamualaikum.... ^________________^

hari ni dah pun hari isnin..30 mei 2011.. lagi beberapa jam je,dah nak 31 mei.. tak sabarnya nak tunggu 1 jun.. dah rindu kat en.suami ni..hihi.. :D

tiap hari belek kalendar je dah ni... +________+


yelah,dah hampir 6 bulan en.suami merangkap abah khadijah ni pergi belayar menunaikan tanggungjawabnya pada negara dengan penuh amanah dan dedikasi...

bukan senang okeh, bekerja berjauhan dari keluarga tercinta ni..dah lah tak jumpa berbulan-bulan..6 bulan okeh..bukan 6 minit atau 6 jam atau 6 hari atau 6 minggu...tapi...6 bulan..1 tempoh yang amat panjang. nak calling hari-hari pun tak leh...line bukan sentiasa ada kat tengah laut tu. so,tunggulah bila ada line.   memang sejibik...opps...silap,sebijik macam loving couple..tapi yang ni sah punya okeh..dah akad nikah..cintan cintun pun dapat pahala..hihi...



so,dalam mood yang tak tahu nak dijelaskan seperti apa ni..sebab otak tengah kosong...kita layan je lah celoteh ummi khadijah untuk hari ni ye... yang tengah hepi tak hengat-hengat ni bila tengok followers dah bertambah jadi 180 orang... tq,tq..sebab menjadi followers cinta hingga syurga ni. 

tambah hepi bila tengok ada followers yang memang laili harap akan follow sebab sebelum ni suka sangat follow blog dia. walaupun dikira famos amos..tapi sudi singgah dan follow. terharu sangat okeh. thanks to elia sebab sudi follow blog akak ni.




pastu ada lagi 1 blog yang laili dok follow. blog ni laili follow mulanya nk dapatkan resipi je kelmarin. sekali tengok,terus melekat 2 jam baca blog akak ni.kak shamam ni punya blog ada banyak resipi. dan sangat menyentuh hati laili.nak tau cerita yang menyentuh hati tu,kawan-kawan bacalah sendiri... berat mata kita ni memandang,berat lagi bahu yang memikul. 

doa laili,agar kak shamam terus tabah mengharungi kehidupan ni. bukan mudah untuk dilalui,tapi..tulah ujian yang harus akak tempuhi. doa laili,akan sentiasa mengiringi akak supaya terus tabah. dan semoga rohnya,dicucuri rahmat.

jujur,laili ni tersangat sensitif dan hati tisu. dalam bergembira pun,terkadang boleh nangis... sebab teringat,bila kita ketawa..gembira...insan lain mungkin sedang berduka.

semoga Allah swt akan terus memberikan sinar kebahagiaan kepada kita semua. walaupun dalam berduka,kita masih bersyukur atas segala nikmat-Nya.

setiap yang berlaku ada hikmahnya..


jadi,sama-samalah kita ingat-mengingati antara 1 sama lain okeh..

love u olls... ^^


p/s: siapa ada tengok cerita nora elena kat tv3..? best kan..esok kita tengok sambungannya k. peace... ^^




-------------------------cinta hingga syurga----------------------

4 comments:

shamam said...

hidup biar penuh dengan kasih sayang, sbb x lama maner pun kehidupan kat dunia ni...so bersyukur dan nikmatilah saat2 bahgia bersama insan2 tersayang.

siti norlaili yusof said...

shamam : betul tu kak.. hidup di dunia cuma sementara. yg kekal,di akhirat sana.

sbb tu kita kena sentiasa bersyukur dgn apa yang ada dan sentiasa penuhi hidup kita dgn kasih syg..

^^

Muslimah Optimis said...

tahniah laili..
lama xdrop komen kt sini..
semoga terus semangat menulis ya...
didoakan jg semoga suami selamat sampai

siti norlaili yusof said...

muslimah optimis : terima kasih MO.
sebab singgah. dah lama laili tak wat entry sbb terlalu bizi dengan bermacam urusan. ni baru nak mulakan balik.

hihi..terima kasih ye MO. dah tak sabar tunggu en.suami balik ni..:)