Friday, May 27, 2011

3 hari 2 malam part 1...

assalamualaikum.... ^_____________^


fuh..banyaknya habuk dan sawang kat sini.. apalah nak jadi dengan tuan rumah ni yer...hehe..
moh lah kita bersihkan sawang-swang dan habuk-habuk ni semua yer..

3 minggu laili merangkap ummi kepada si tecik khadijah ni menyepikan diri dari dunia blog kecintaan ni..
maaflah ye,laili berehat panjang atas sebab masalah kesihatan.
tiap hari jiwa ni meronta-ronta nak menulis di sini. tapi apakan daya,kesihatan harus diutamakan. :)
bunyi macam suspen jer kan..hikhik..

utamakan keselamatan...^^


so,senyum seindah suria k... ^______________________^

pada 9 mei-11 mei 2011 yg lalu,laili dan khadijah bermalam di wad hospital kanak-kanak. 3 hari 2 malam di sana,hanya Allah saje yang tahu perasaan diri ini.

main rebut kerusi

hampir 2 bulan khadijah demam tak kebah..sihat seminggu,demam 4 hari..pastu sihat 5 hari,demam 2 hari..macam tulah keadaan khadijah selama 2 bulan. asyik ulang-alik klinik panel je. lastnya in law suggest pegi hospital kerajaan. sebabnya area kami ni xde klinik specialist kanak-kanak. so,alternatif terbaik,pergi hospital kerajaan lah,walaupun result lambat dapat.

hari pertama masuk wad dah kena ngorat okeh..huhuhu....


hari pertama di hospital,ingatkan khadijah takkan kena tahan dalam wad. tup-tup..kena gak. memang pusing gak ummi khadijah ni dibuatnya. yelah,abah khadijah tengah sailing masa tu. on the way ke japan. nak call mmg xleh sebab xde line. mujur mertua dan kawan senasib banyak bagi supported. terima kasih pada family dan afa sebab tak putus2 bagi sokongan moral pada ummi khadijah yang tersangatlah emo dan hati tisu ni.

bayangkanlah,segarang-garang ummi khadijah ni dalam mendidik khadijah,tapi bila khadijah jatuh sakit,memang tak tido lah..tapi bila sampai khadijah kena tahan wad.

bersiap sedia untuk diambil darah...
sakit.....:(


doktor: maafkan kami,kami terpaksa masukkan anak awak ke dalam wad untuk pemeriksaan lanjut. kami risau dia ada penyakit lain..mungkin kanser atau leukemia..

kaki dah kena cucuk jarum..berehat jap atas katill..adalah dalam 10 minit dok diam..hukhuk..


terkedu laili masa tu. hampir-hampir menitis air mata dan doktor pun sampai gelisah tengok ummi khadijah ni hah.. semua doktor bagi support. diorang panggil mertua uruskan kemasukan khadijah dalam wad.


terima kasih mak,sebab selalu bagi semangat pada laili bila abang tiada di sisi. terima kasih kerana memahami menantumu yang tersangat hati tisu ni..*ahai,teremo sudah...

untuk hari pertama di wad,khadijah memang hepi sebab wad tu ceria dan ramai kawan..tapi semuanya tak sihat. sebelum kena cucuk ambik darah..memang meronda wad tu je lah kejenya. penat opahnya jaga sementara tunggu laili ambik barang keperluan kat rumah.

nyum..nyum...makan petang..


nurse dan doktor semua gelak tengok telatah khadijah yang tak dok diam tu. siap diorang kata..

biar dia jalan puas-puas. nanti dah kena cucuk,diamlah dia...

hahaha... ahailah doktor,khadijah ni dah kena cucuk jarum kat kaki pun tetap tak dok diam. berjalan ke hulu ke hilir dengan pelbagai aksi.. orang lain semua dah tido. tapi khadijah,pukul 11 malam baru tido.. haish...memang hari yang amat memenatkan bagi ummi khadijah..huhuhu...

babai..khadijah nak jalan-jalan...^^

oklah,insyaallah esok laili sambung lagi untuk part 2 kami di hospital k. ada banyak citer nak kongsi nih..huhu...

babai semua..dan utamakanlah kesihatan k. love u all....



-----------------------cinta hingga syurga-----------------------------

No comments: