Friday, December 23, 2011

mop....????

asssalamualaikum........... ^____________________________^

selamat pagi semua...
cuaca hari ni hujan sejak dari subuh tadi. dan dek kerana tersangatlah sejuk. dah tak payah nak pasang kipas pagi-pagi macam selalu tu...hihi..

baby pun sibuk je tendang-tendang perut umminya ni. haish, seronok ye yayang. tambah lagi semalam abah dah balik cuti,selang 5 minit je menendang. nak 'communicate' dengan abah lah tu bagitau sihat..hihihi...

khadijah a.k.a kak long dah pun pergi berjalan ke rumah opahnya. ada sepupunya kat sana. so,awal pagi lagi dah nak main lah.

abah khadijah..? haha..sama je macam ummi khadijah. tengah mengadap laptop. zaman IT katakan. masing-masinglah ngadap benda alah ni.

nak tengok tivi,takde cerita best.. hujan pun makin lebat. astro pun jap ada jap takde macam biskut chipsmore..

walaweh..sedapnya biskut chipsmore. dah lama tak makan. selalu asyik cari biskut 4 segi lemak masin tu je. biasalah kan,selera berubah.

oh ya,semalam laili ada tengok rancangan 30 minit bersama ustaz don di tv al-hijrah. topik pasal najis. nampak remeh tapi sangatlah dititikberatkan.



paling laili suka bab mengemop. boleh dikatakan hampir setiap hari kita mop lantai. ada juga yang dalam sehari sampai 2-3 kali mengemop. tapi dalam tak sedar tu rupanya ada juga kesilapan kita.

selalunya kita akan bawa sebaldi air berisi pencuci lantai. kita mop 1 rumah kita dengan air yang sebaldi tu. bila dah siap mop,kita pun terus duduk.

sedar tak kita yang mungkin atas lantai tu ada tahi cicak atau apa-apa najis. tambah lagi kalau ada anak kecil. kadang tu anak-anak mungkin terbocor air kencing atau beraknya. atau sedap sikit dengar...'u'uk lah bahasa paling famous di kalangan anak kecil ni.



kita pun mop je terus. pastu celup-celup mop tu dalam baldi yang sama menggunakan air yang sama dan kita mop lagi. pastu....siap. kita pun dengan senyum lebar kata "dah bersih".
walhal tidak. sebabnya air dalam baldi tu dah bercampur dengan najis. dan air tu adalah air najis. jadi,sepatutnya kita kena guna air yang baru..yang bersih.

laili pun taklah arif sangat. tapi bila dengar ustaz tu cakap,termenung jugalah sekejap. mujurlah laili jenis kalau mengemop nak sampai 2 baldi. yang pertama cuma mop dan kedua pulak,laili bilas dengan air yang baru. tapi nampaknya kali ni kenalah buat 3 pusingan kot. barulah rasa betul-betul bersih..

oklah,rasanya cukuplah kot setakat ni laili berkongsi info. kita sambung lagi di entri yang lain k. nak rehat-rehat sekejap.

selamat beramal dan...

sayang kamu semua................

-------------------------cinta hingga syurga-----------------------

Tuesday, December 20, 2011

i love u

assalamualaikum.... ^______________________^


salam di tengahari buat semua.. hari ni lewat sikit update sebab melayan kerenah si tecik khadijah yang pot pet pot pet bercerita abahnya nak balik esok. padahal sekarang ni abahnya tengah study lagi. tunggu hari cuti nanti baru dapat balik pun..hikhik.



biasalah kan,budak dah banyak mulut. selagi tak tido,selagi tulah berceloteh.. siap buat plan lagi kata :
" ummi,nanti abah alik li yan,jatung untuk kakak..kan ummi kan..nanti abah li untuk kakak"
hahaha..pecah perut ummi abahnya ni gelak dengar dia cakap.

maksudnya..?
hm,meh lah ummi khadijah translate sikit ye..
khadijah kata.. " ummi,nanti abah balik beli durian,jagung untuk kakak..kan ummi kan..nanti abah beli untuk kakak"



khadijah ni suka sangat makan durian dan jagung. hampir tiap minggu,di pasar jumaat tu kami akan belikan durian dan jagung. memang tersangatlah hantu durian macam ummi abah. jagung? fuh,siap ingat kat mak cik jual jagung tu lagi..haha..

hari ni dah 21 dec. tarikh keramat buat kami. pada tarikh 21 dec 07 nilah laili dan en.suami bersatu  sah sebagai suami isteri. tersangatlah sorga bila memegang status suami isteri sebab semuanya 'dihalalkan'. ^^

hari ni juga, genaplah 4 tahun usia perkahwinan kami. terasa pantas betul masa berlalu.. pejam celik je rupanya 4 tahun. setahun je lagi genaplah 5 tahun. dan dalam tempoh 4 tahun ni,bermacam dugaan dah kami lalui. syukur alhamdulillah sekali lagi. semuanya berjaya kami harungi.

gambar majlis kahwin? maaflah,gambar kami tak banyak sebab masa tu kamera problem. jadi,tak dapatlah nak upload banyak kat sini. dan untuk entri kali ni,memang laili tak dapat upload sebab komputer problem sikit. lambat sangat nak upload sampai jammed dibuatnya..hukhuk..

dan rasanya,mesti ramai juga antara kawan-kawan ni yang berkongsi tarikh istimewa pada hari ni kan? laili ucapkan tahniah dan semoga bahagia berkekalan ye..

dan ucapan untuk en.suamiku : i love u,sayang.. love u so much... 



sayang kamu semua...

p/s: nak hadiah anniversarry boleh tak..???? ehehe... jangan mare ye.. kami cuma nakkan doa yang ikhlas untuk kebahagian kami. dah cukup. tak payah hadiah mahal pun.. sudi2kanlah ye pos kat kami.. :)


---------------------------cinta hingga syurga------------------



Saturday, December 17, 2011

sabar...

assalamualaikum....... ^________________^

hari ahad ni mesti macam-macam aktiviti kawan-kawan dengan keluarga kan?
laili takde buat apa pun. rehat-rehat sambil layan cerita kat astro je lah.

baru-baru ni laili rasa emo je. terasa berat dugaan yang menimpa. mujurlah adanya suami dan ank tercinta sebagai penguat semangat. kalau tak, mahu dah meroyan laili dibuatnya dengan masalah yang ditimpa-timpa oleh insan yang tak habis-habis nak cari kelemahan insan lain nih.

hadui...tersangatlah menguji kesabaran. tapi apa boleh buat. "sabar je lah" tu sajelah kunci bagi segala kekuatan.



terkadang tu rasa macam nak juga cuba buat aksi macam filem tu.
alah, yang bila tension tu diorgang suruh pergi menjerit dekat gaung tu. jerit sekuat hati.

takpun cuba tumbuk yang ahli boxing selalu tumbuk tu. apa namanya ye? laili dah lupa lah plak.
takpelah,janji kawan-kawan tau apa namanya dan bentuknya kan..? kikiki...

dan kadang tu rasa nak juga pergi bersua tanya apa yang dia tak puas hati dengan kita. tapi,rasa berat sangatlah nak buat. rasa macam bawa bertan-tan batu kat mulut ni hah.



haish..........penyelesaiannya...????

" sabar"

kenapa laili kata sabar?



1) sebab semua yang berlaku ada hikmahnya.
2)setiap yang terjadi, ada pembalasannya. tak hari ni..mungkin esok lusa.
   senang cakap,Allah swt tu Maha Adil. hari ni hari kita. esok lusa hari dia lah plak kan.
3)untuk dapat 1 kebaikan,memang perlu ada pengorbanan.

dan banyak lagilah sebab mengapa kita perlu sabar.
tapi nak sabar ni pun bukan mudah kalau kita takde mental yang kuat.
pheww...boleh jatuh sakit tau nak pujuk hati yang lara ni. " makan hati berulam jantung "



untuk itu,sama-samalah kita kuatkan semangat kita agar sentiasa tabah dan sabar sebab semuanya ada hikmahnya.

sayang kamu semua..........



------------------------------------cinta hingga syurga--------------------------------

Wednesday, December 14, 2011

selamat hari lahir, sayang... ^^

assalamualaikum... ^____________________________^

alhamdulillah,syukur kerana masih dipanjangkan usia. masih lagi berpeluang untuk bernafas menghirup udara segar di sekeliling. melihat keindahan panorama ciptaan Ilahi bersama insan tersayang.

selamat pagi semua...

hari ni 15 disember, tarikh yang amat besar maknanya bagi laili dan suami sebab pada tarikh ni lah suami laili dilahirkan. dan lahirnya ke dunia, Allah swt jadikannya sebagai khalifah dan suami kepada laili. ketua keluarga kepada keluarga yang kami bina. 

syukur sesangat.. hanya Allah swt sahaja yang tahu betapa bersyukurnya laili kerana menjadi pendamping suami laili, SAIFULL AZUAN ISA. i love u so much sayang.. sehingga ke akhir nafas,ayang akan terus menyayangi,merindui dan mencintaimu dengan sepenuh hati selayaknya.

"doa ayang buat sayang,moga Allah swt panjangkan usia sayang supaya sayang akan sentiasa bersama kami. walaupun ajal maut itu 1 ketentuan dan sayang selalu mengajar sayang supaya sentiasa redha dalam menerima ujian yang berkaitan dengan ajal."




dan kepada kawan-kawan semua, doakanlah yang terbaik buat kami. dipanjangkan usi,dipanjangkan jodoh,dimurahkan rezeki. sebabnya,semua orang ingankan kebahagiaan. tidak terkecuali bagi kami. sepertimana laili selalu doakan untuk kalian,doakanlah juga buat kami ye.

semoga cinta kami berkekalan hingga ke syurga.

p/s: maaflah pagi ni entri pasal besday suami. laili kongsi dengan semua sebab ini adalah kegembiraan buat kami. :)


sayang semua........



----------------------------cinta hingga syurga-----------------------------

Tuesday, December 13, 2011

minggu ke-28.. ^^

assalamualaikum... ^_____________________^

salam penuh ceria dan kerinduan buat semua yer.. baru-baru ni bizi nak rehat pun menyempat-nyempat jer.
makanya,bersawanglah blog kecintaan ramai ni sebab terlalu lama tak diupdate.

ahailah,maaf beribu kali maaf dari laili ye. bisnes dah makin maju. sehari beratus kuih nak kena buat. tu yang penat sikit nak menggodek muka buka dan blog kecintaan ni. email pun baru tadi laili kemaskini. pheww..penuh betul inbox email. berpinar mata dibuatnya..hikhik..

semalam laili check up untuk 28 minggu kehamilan. hb makin menurun lah plak. tulah padah orang tak suka makan ubat kan...??? nah, sekarang doktor suruh hantar najis ke lab plak. haiya..apa ini macam kalu..manya pening ooo...

tapi takpelah,dah orang mintak kan,kita bagi je lah untuk tatapan diorang..wuuuu wuuuu wuuu... nak gelak pun ada. geram pun ada..hohoho...

dan paling best,sekarang doktor dah bagi laili minum susu untuk ibu mengandung. bukan sebelum ni tak boleh. tapi diorang tak galakkan sebab berat laili ni sampai terlebih 100-200g. ni dah ok,maka dengan sepantas kilatnya haruslah mulakan kembali hari-hariku dengan susu anmum materna perisa coklat kegilaan  sejak dari preggykan khadijah dulu.. yummy.. memang sedap. !!! ^^

susu anmum materna yang sangat sedap dan bagus untuk ibu-ibu
yang sedang hamil. ^^


dan sejak kelmarin,laili dah takde skip segala vitamin yang doktor bagi. makan pun dah tak kontrol sangat dah. dan harapnya,nanti takdelah turun hb lagi. hihi..

khadijah...???
hm,dia baru je sembuh dari demam. sekarang ni batuk sikit. serius laili katakan demam kali ni adalah yang paling teruk buat khadijah. dia sangat lemah. sampai menitis air mata kami dibuatnya bila lihat langsung tak bermaya.



sekarang kami semua dah kembali senyum dengan keletahnya. syukur Alhamdulillah. akalnya dah makin panjang. cakap pun dah semakin fasih. ummi dan abah gembira sangat tengok kak long ( panggilan baru untuk khadijah) sihat. semoga Allah sentiasa berikan kesihatan yang baik buat kita semua.

oh ya,sekarang ni dah bulan disember kan.? musim jualan murah.. mujurlah sekarng ni musim berjimat buat kami. kalau tak,habis segala benda nak dibeli..hukhuk..

p/s: tak lama lagi dah nak buka sekolah. jangan pula dilupa persiapan anak-anak untuk ke sekolah nanti ye. :)


sayang semua..........


-------------------------cinta hingga syurga------------------------

Thursday, December 1, 2011

kemaafan sekali lagi

assalamualaikum... ^________________________^

salam di petang khamis buat semua. hari ni 1 disember. wah..bulan penuh dengan sejarah buat kami telah pun tiba..hihi..

* tiba-tiba je terasa berdebar..huuheehuu...

pertama sekali,laili nak minta maaf pada semua kerana terlalu lama tak update cerita terbaru buat semua. baik dari kisah kami dan juga kisah semasa. lama betul takde diskusi dalam 'blog kechintaan ramai' ni kan. *haish,bajet artis lah plak ummi khadijah ni kan..hikhik..

sekarang ni memang laili bizi sikit. buat bisnes kuih kecil-kecilan. saje nak buat tambah pendapatan dan memenuhkan masa. lagipun masa preggy ni tak elok duduk goyang kaki je. kena gak rajin bergerak dan excercise. insyaallah,nanti baby pun aktif. keje menendang je. ^^

oh,nak tau bisnes apa ye?
hm....pernah makan kuih masalodeh / vadei tak?
ha..kuih tulah yang laili buat sekarang. alhamdulillah,dapat sambutan sampai tak menang tangan. tu yang bila ada masa,nak rehat je. sampai nak buat entri baru pun tertangguh-tangguh. sorilah kengkawan semua ye..

masalodeh..yummy..!!!


semalam laili buat check-up di klinik. dah pun genap 26 minggu kehamilan anak ke-2 ni. tinggal lagi beberapa minggu je lagi untuk kami menatap wajah 1 sama lain setelah sekian lama dibawa bersama ke hulu ke hilir di dalam rahim ni. teruja sangat. khadijah pun hari-hari nak sayang baby.

terlanjur ni,laili nak minta tolong kawan-kawan untuk like kan pada pic di page ni. sebenarnya gambar-gambar ni lukisan anak pak su kami. sudi-sudikanlah ye.. setiap 'like' yang diberi amat dihargai.

foto 1)
.http://www.facebook.com/photo.php?fbid=266350013404433&set=a.266383496734418.61264.235154956523939&type=3&theater.http%3A%2F%2Fwww.facebook.com%2Fphoto.php%3Ffbid=266386026734165&theate...



foto 2)

oklah semua,dah masa untuk minum petang. nanti kita ngomel kat entri lain plak ye. nak blogwalking plak..dan cari resepi untuk esok.. ^__________^

sampai di sini dahulu.



-----------------------------------cinta hingga syurga--------------------------