Saturday, December 17, 2011

sabar...

assalamualaikum....... ^________________^

hari ahad ni mesti macam-macam aktiviti kawan-kawan dengan keluarga kan?
laili takde buat apa pun. rehat-rehat sambil layan cerita kat astro je lah.

baru-baru ni laili rasa emo je. terasa berat dugaan yang menimpa. mujurlah adanya suami dan ank tercinta sebagai penguat semangat. kalau tak, mahu dah meroyan laili dibuatnya dengan masalah yang ditimpa-timpa oleh insan yang tak habis-habis nak cari kelemahan insan lain nih.

hadui...tersangatlah menguji kesabaran. tapi apa boleh buat. "sabar je lah" tu sajelah kunci bagi segala kekuatan.



terkadang tu rasa macam nak juga cuba buat aksi macam filem tu.
alah, yang bila tension tu diorgang suruh pergi menjerit dekat gaung tu. jerit sekuat hati.

takpun cuba tumbuk yang ahli boxing selalu tumbuk tu. apa namanya ye? laili dah lupa lah plak.
takpelah,janji kawan-kawan tau apa namanya dan bentuknya kan..? kikiki...

dan kadang tu rasa nak juga pergi bersua tanya apa yang dia tak puas hati dengan kita. tapi,rasa berat sangatlah nak buat. rasa macam bawa bertan-tan batu kat mulut ni hah.



haish..........penyelesaiannya...????

" sabar"

kenapa laili kata sabar?



1) sebab semua yang berlaku ada hikmahnya.
2)setiap yang terjadi, ada pembalasannya. tak hari ni..mungkin esok lusa.
   senang cakap,Allah swt tu Maha Adil. hari ni hari kita. esok lusa hari dia lah plak kan.
3)untuk dapat 1 kebaikan,memang perlu ada pengorbanan.

dan banyak lagilah sebab mengapa kita perlu sabar.
tapi nak sabar ni pun bukan mudah kalau kita takde mental yang kuat.
pheww...boleh jatuh sakit tau nak pujuk hati yang lara ni. " makan hati berulam jantung "



untuk itu,sama-samalah kita kuatkan semangat kita agar sentiasa tabah dan sabar sebab semuanya ada hikmahnya.

sayang kamu semua..........



------------------------------------cinta hingga syurga--------------------------------

No comments: