Friday, December 23, 2011

mop....????

asssalamualaikum........... ^____________________________^

selamat pagi semua...
cuaca hari ni hujan sejak dari subuh tadi. dan dek kerana tersangatlah sejuk. dah tak payah nak pasang kipas pagi-pagi macam selalu tu...hihi..

baby pun sibuk je tendang-tendang perut umminya ni. haish, seronok ye yayang. tambah lagi semalam abah dah balik cuti,selang 5 minit je menendang. nak 'communicate' dengan abah lah tu bagitau sihat..hihihi...

khadijah a.k.a kak long dah pun pergi berjalan ke rumah opahnya. ada sepupunya kat sana. so,awal pagi lagi dah nak main lah.

abah khadijah..? haha..sama je macam ummi khadijah. tengah mengadap laptop. zaman IT katakan. masing-masinglah ngadap benda alah ni.

nak tengok tivi,takde cerita best.. hujan pun makin lebat. astro pun jap ada jap takde macam biskut chipsmore..

walaweh..sedapnya biskut chipsmore. dah lama tak makan. selalu asyik cari biskut 4 segi lemak masin tu je. biasalah kan,selera berubah.

oh ya,semalam laili ada tengok rancangan 30 minit bersama ustaz don di tv al-hijrah. topik pasal najis. nampak remeh tapi sangatlah dititikberatkan.



paling laili suka bab mengemop. boleh dikatakan hampir setiap hari kita mop lantai. ada juga yang dalam sehari sampai 2-3 kali mengemop. tapi dalam tak sedar tu rupanya ada juga kesilapan kita.

selalunya kita akan bawa sebaldi air berisi pencuci lantai. kita mop 1 rumah kita dengan air yang sebaldi tu. bila dah siap mop,kita pun terus duduk.

sedar tak kita yang mungkin atas lantai tu ada tahi cicak atau apa-apa najis. tambah lagi kalau ada anak kecil. kadang tu anak-anak mungkin terbocor air kencing atau beraknya. atau sedap sikit dengar...'u'uk lah bahasa paling famous di kalangan anak kecil ni.



kita pun mop je terus. pastu celup-celup mop tu dalam baldi yang sama menggunakan air yang sama dan kita mop lagi. pastu....siap. kita pun dengan senyum lebar kata "dah bersih".
walhal tidak. sebabnya air dalam baldi tu dah bercampur dengan najis. dan air tu adalah air najis. jadi,sepatutnya kita kena guna air yang baru..yang bersih.

laili pun taklah arif sangat. tapi bila dengar ustaz tu cakap,termenung jugalah sekejap. mujurlah laili jenis kalau mengemop nak sampai 2 baldi. yang pertama cuma mop dan kedua pulak,laili bilas dengan air yang baru. tapi nampaknya kali ni kenalah buat 3 pusingan kot. barulah rasa betul-betul bersih..

oklah,rasanya cukuplah kot setakat ni laili berkongsi info. kita sambung lagi di entri yang lain k. nak rehat-rehat sekejap.

selamat beramal dan...

sayang kamu semua................

-------------------------cinta hingga syurga-----------------------

3 comments:

syariza09 said...

kita x pernah terpikir pasal hal2 ni kan

siti norlaili yusof said...

syariza09: betul tu. selalunya kita fikir yang mudah je..pastu cepat.

bila ustaz tu bagi penerangan,terus terkedu dibuatnya.

sekarang,sama-samalah kita ubah cara lama kita tu.. :)

Mama Farris said...

nice info...


sbb najis tu tak nampak kita ingat cam dah bersih..tapi idak lagik..kena mop ngan air bersih baru suci..