Monday, March 7, 2011

Jelajah Blog 2011 : Kategori IBU

Assalamualaikum... selamat pagi kawan2 semua.. senyum seindah suria k. ^_____________________^

awal2 pagi ni lepas sarapan n main2 dengan khadijah sambil buat aktiviti mewarna,laili on lah komputer ni.. on email,fb n blog. pastu terjah ke blog en.ben ashaari..

ada 1 lagi segmen yg amat laili nantikan selama ni. sebab sebelum ni semuanya open tanpa mengira status.. sedangkan laili dah bergelar ibu..nak join dengan muda mudi belia tu pun rasa segan..so,byk follow je lah sebagai sokongan kpd blog diorang.

untuk jelajah blog 2011 ni,ni lah kali pertama laili join. sbb laili ni blogger baru..jan 2011. baru sangat.. :)

ok,ni antara cara nak join jelajah blog 2011 : kategori IBU. kawan2 pun kalau berminat joinlah ye..

1) letak banner en.ben ashaari :



2)buat tajuk Jelajah Blog 2011 : Kategori IBU dan linkkan ke entri tersebut.

3)siapa yang layak join..? of course lah yg dah bergelar ibu seperti laili ni... x kisahlah anak dah bape pun,janji ibu.. :)

4)ceritakan secara ringkas mengenai diri anda.

ok,secara ringkasnya,laili ni adalah seorang wanita berusia 23 tahun yang amat sederhana dan merupakan isteri kepada seorang suami yang kerjanya sebagai pelaut. bekerja berbulan2 lamanya meredah lautan untuk rezeki yang halal demi keluarga yang kami bina bersama. selalunya 6-7 bulan kami berjauhan jasad. tapi di hati dan di minda,sentiasa dekat dan x pernah melupakan. laili berkahwin seawal usia 19 tahun pada 21 dec 07. kahwin awal bukan kerana dah gatal nak kahwin tp kerana inginkan sebuah hubungan dan ikatan yg sah dalam menjalin kasih sayang.. dan kini laili turut bergelar ummi kepada permata hati kecil kami,si cilik..siti khadijah. dan hati laili ni sentiasa penuh dengan cinta untuk suami dan anak tercinta.


5)kenangan manis semasa bergelar ibu.

Alhamdulillah,setiap detik yg dilalui adalah amat indah. walaupun terkadang pening melayan kerenah khadijah yg makin hari makin banyak ragam n melasak x tentu masa.. sampai umminya ni pun naik penat. tp sangat seronok sbb adanya khadijah sebagai penghibur.

dan bagi laili,saat paling manis semasa bergelar ibu adalah saat laili bertarung nyawa demi 1 nyawa baru dalam hidup kami, siti khadijah. kehadirannya amat dinanti..sepanjang mengandungkannya,hari2 laili berdoa dia akan jadi kuat seperti kami ummi dan abahnya dalam mengharungi cabaran kehidupan yang mendatang..
laili bersalin awal..iaitu pada usia kandungan 8 bulan.
masa tu hanya Allah saje yg tau kerisauan kami...berdoa tanpa henti semoga khadijah dapat dilahirkan dengan selamat kerana kami ingin sangat melihatnya menjengah ke dunia ni dengan senyum dan tawa..
syukur sangat doa kami diperkenankan, khadijah selamat dilahirkan secara normal.

dan detik paling manis laili x boleh lupa..xkan lupa dan akan pastikan akan sentiasa di ingatan... adalah saat mendengar tangisan pertamanya.dan saat dia berada dalam pelukan laili buat pertama kalinya selepas beberapa saat dia dilahirkan.. x henti2 laili panjatkan kesyukuran kpd Allah swt. dengan anugerah ini buat kami..

saat laili bercerita tentang detik manis ni...air mata laili menitis kerana rasa syukur itu..
melihat dirinya setelah 8 bulan dlm kandungan..setiap hari bersama dalam rahim laili... adalah 1 keajaiban..hadiah yg amat besar dan tiada tandingannya.

dan khadijah adalah anugerah ke-2 terbesar dalam hidup laili.. syukur,ya Allah..

kenangan manis bergelar ibu..

6)kenangan pahit..?

hm,laili rasa xde yang pahit.. kerana setiap yang berlaku adalah 1 ujian buat kita. dan setiap ujian tu lah yang mematangkan kita supaya berusaha menjadi ibu yg terbaik..bukan terbaik di kalangan ibu2 lain. tp yg terbaik bagi anak2 kita.

kesimpulannya,xde yang pahit dalam kehidupan laili sepanjang bergelar ummi. semuanya manis2 belaka. cuma terkadang jer ada masin2 n kelat2 ckit.. biasalah..lumrah kehidupan kan sbb anak2 ni ragamnya bermacam2 tapi merekalah juga penghibur di kala suka dan duka. ^___________^

7)kata2 khas buat suami :

buat suami tersayang yang paling ayang cinta seluruh hidup ayang, saifull azuan isa.. sepanjang menjadi isteri sayang dan ummi kepada anak kita,ayang rasa amat bahagia. syurga dunia yang dicari,telahpun ditemui dalam rumahtangga yg kita bina bersama. jika khadijah adalah anugerah ke-2 terbesar dalam hidup ayg... sayang adalah anugerah pertama terbesar dalam kehidupan ayg.. anugerah yang amat besar dan tiada penggantinya. merasa nikmat rindu,cinta dan kasih sayang x berpenghujung walaupun terkadang kita terpaksa  berjauhan demi tuntutan kerja mencari rezeki halal...terpisah dengan lautan..namun rasa itu x pernah pudar. malah makin mekar hari demi hari.


doa ayang,moga hubungan kita kekal selamanya..cinta hingga syurga. dan semoga walau apapun dugaan yang datang menimpa,kita dapat harunginya bersama2 dengan penuh rasa cinta dan kepercayaan antara 1 sama lain...

i love u,sayang..love u so much till jannah..

8)nasihat untuk anak2 dan anak2 di luar sana:

buat anak2 semua,biarpun laili bergelar ummi pada usia yang muda (23 tahun),tapi naluri laili amat sensitif.. dan laili dapat rasa naluri yang sama seperti ibu2 kita yang dah semakin dimamah usia.

hidup ini terlalu singkat. terkadang,kerana keseronokan dunia..kita lupa pada ibu kita yang dahulunya bersusah payah membawa kita ke mana saja di alam rahimnya.bahkan bila dah lahir pun,24 jam masanya diperuntukkan untuk kita..bertarung nyawa demi kita,menyusukan,memberi makan dan menguruskan segala2nya buat kita. apa yang terdaya akan disediakan demi kita. tp,apakah kita sanggup melakuakan yang sama? sanggupkah kita memandikannya..mencuci najis2 nya,menyuap makan minumnya..mendodoikannya..?

besarnya harapanya si ibu untuk kita..janganlah dipunahkan..capailah dengan sedaya mungkin dan sentiasalah tanyakan khabarnya.. kasihilah ibu dengan sepenuh kasih sayang seperti mereka mengasihi kita kerana redha seorang anak pada ibunya. dan ada 2 sedekah dari ibu yang anak2 x akan mampu bayar sampai bila2 walaupun bergunung2 emas..iaitu,darah yang ditumpahkan demi nyawa kita dan air susu si ibu yang diberikan dengan sepenuh kasih sayang....

berbaktilah pada mereka selagi mereka masih ada di dunia ini.

9)harapan buat anak anda:

dak tecik yang x reti diam.. ^___________^

dan ini pula harapan buat khadijah anak ummi abah,ummi abah berharap..khadijah akan sentiasa gigih mencari ilmu..dunia dan akhirat kerana hidup di dunia hanya sementara dan yang kekal adalah di akhirat. jadi,untuk berjaya dalam kedua2nya carilah ilmu dunia dan akhirat seabaiknya. ummi dan abah akan cuba mengasuh dan mendidik khadijah sebaiknya dan yang terdaya selagi hayat dikandung badan semoga khadijah berada di landasan yang benar.
dan ummi abah juga berdoa agar khadijah akan jadi anak yg solehah dan apabila bergelar isteri..akan menjadi isteri yang solehah..taatkan suami. bila menjadi ibu pula..ummi abah berharap,khadijah akan menjadi ibu yang mithali.. amin...

dan semoga pesanan ini akan sentiasa dijadikan azimat buat khadijah dalam menempuh kehidupan.

10)nasihat buat gadis di luar sana:

wahai adik2 yang akak sayang...dah menjadi tanggungjawab akak untuk berpesan ke arah kebaikan.
jagalah tingkah laku walau di manapun adik2 berada..

jagalah auratmu dengan sebaiknya dan peliharakanlah batasanmu dengan lelaki2 yang bukan mahram dengan sebaiknya..

peliharalah mahkota diri adik2 untuk lelaki bergelar suami. kerana sebaik2 wanita,adalah untuk lelaki yang baik.

dan inilah doa bagi seorang ibu buat anak2 gadisnya. supaya x berlaku fitnah dan percontengan arang.. jangan buat orang tua adik2 bersedih kerana mereka telah banyak mengalirkan air mata demi kita. hadiahkanlah senyuman dan kegembiraan untuk mereka... dan jadilah anak yg solehah. apabila bergelar isteri,isteri yg solehah dan apabila bergelar ibu..jadilah ibu yang solehah dan mithali..

sayang adik2 semua... ^__________^

                      ----------------------------cinta hingga syurga------------------------

33 comments:

Ztee_Azwanis said...

salam kenal... :)

ayeesha anna said...

jenjalan tgk geng mama segmen en ben

http://diarialeesya.blogspot.com/

siti norlaili yusof said...

mama likha: salam kenal juga.. terima kasih kerana sudi singgah n follow.. :)

siti norlaili yusof said...

mamaleesya: terima kasih.. nanti sy akan singgah ke blog awak.. :)

Prince said...

"nice entry tau... dtg dari blog abg ben.... jom bce petua orang2 tua tntg soal kecntikan tubuh badan..."

SELAMAT BERKENALAN YE...:)

cikpuanyuz said...

jelajah dari blog ben ashaari...
wahh..turn kaum ibu2 plak join segmen...syabas!!

keep on blogging mama :)

siti norlaili yusof said...

prince:terima kasih...dan selamat berkenalan juga.
saya dah singgah blog awak.. mmg banyak petua. :)

siti norlaili yusof said...

cik yuz: thanks dear...
ye,akhirnya ada gak peluang untuk kaum ibu macam laili ni.. suke.. :)

! Diari-Selebriti-Mama ! said...

singgah dar blog BA.slmt bkenalan.dah follow^^
jemput singgah http://mamaglamdiva.blogspot.com

siti norlaili yusof said...

Diari-Selebriti-Mama: terima kasih akak. saya dah pun follow blog akak. selamat berblogging.. :)

mas saari said...

singgah dari segmen abg ben

selamat hari wanita!
semoga menjadi ibu yang tabah dan sabar dlm membesarkan anak2..

risa said...

salam dear!!! nice to knowing u...i'm here lalalalala

siti norlaili yusof said...

mas.saari:terima kasih.. :)
selamat hari wanita..

siti norlaili yusof said...

risa: walaalaikumussalam..
nice to know u too. n thanks 4 followed.

Sue Saari said...

BW sini + follow... :D

siti norlaili yusof said...

cik sue: terima kasih follow.. :)

siti norlaili yusof said...

salam perkenalan juga..
terima kasih followed. :)
ye,lepas ni blh lah kongsi cerita dan pengalaman..
insyaallah akan selalu singgah ke blog awak.:)

Lulu Caldina said...

Tanpa ibu siapalah kita..
Tahniah kerana menjadi seorang ibu, semoga memiliki anak yang soleh dan berjaya..

qemaishak said...

Datng siggah & follow u juga..
salam kenal..

siti norlaili yusof said...

lulu caldina: ye betul tu..tanpa mereka siapalah kita kan..:)
amin..terima kasih ye follow.

siti norlaili yusof said...

qemaishak:thanks,dear..
salam kenal juga. :)

emarieys said...

salam kenalan dari segmen BA

siti norlaili yusof said...

MamaEma: salam kenal.
nanti sama2 kita share citer dan pengalaman ye.. :)

atie @ ejay said...

salam ziarah dr blog en.ben:)

Myalycia said...

tq singgah blog alycia... seronokkan ada segmen utk ibu2 ni ;)

siti norlaili yusof said...

atie @ ejay: thanks dear.. salam kenal ye.. :)

siti norlaili yusof said...

~~@lyci@~~: u r wellcome..:)
ye,mmg seronok bila en.ben wat segmen camni. kita pun boleh kenal2.
insyaallah,akan selalu singgah ke blog alycia. :)

Liza @ Adzriel AB said...

anak sulung akak pulak siti aishah...eee.. sepadan!

siti norlaili yusof said...

adzriel AB: tulah,saya tgk blog akak pg td. nama penuhnya sti aishah rupanya. sedap nama tu. n mmg sepadan..hihi.. :)

rinie din said...

salam kenal. singgah dari blog BA. sudilah join segmen ni. tq
http://creativmum.blogspot.com/2011/01/sudikah-anda-jadi-follower-kami.html

siti norlaili yusof said...

rinie din: salam kenal kak..
terima kasih follow.
comel blog akak..ada fav kartun.. :)

ibu qaleesya said...

salam kenal.. dah folo akak

siti norlaili yusof said...

salam kenal juga.. thanks dahlinks.. :)