Wednesday, March 16, 2011

lindungilah mereka.

*mood: jiwa kacau...






baru2 ni kita semua dikejutkan dengan berbagai bencana..mula2 gempa,lepas tu tsunami. dan kini letupan loji nuklear di japan..

laili nak cerita panjang lebar pun,mood agak kureng ckit untuk menaip. tp kawan2 boleh baca kat sini dan juga di sini untuk info yg terkini..

pasti ramai yang tertanya2 apa sangkut paut berita ni sampai buat jiwa laili kacau.. ye,anda mmg rakyat yg prihatin kerana sentiasa ambil berat.

sebab paling utama buat laili adalah kerana suami laili..juga abah kepada permata hati kecil kami,khadijah..kini sedang dalam perjalanan ke japan demi menyelesaikan tugasnya bersama krew2 lng. menghantar kargo ke sana. bukan hanya suami laili,tp laili juga tumpang risau bg kawan2 yg pasangannya sedang meredah lautan..x kiralah risiko tu kecil atau besar.




walaupun umum diberitahu yang radiasi tu menghala ke arah utara tp,hati tetap x tenteram.. sebabnya,radiasi tu bergerak mengikut angin..senang cakap melalui udara...

laili x tau nak gambarkan macam mana perasaan laili sekarang..


ramai yang cuba memujuk dan beri kata2 positif. tapi,sukar untuk laili terima sebab yang berkata x melalui..x rasa apa yang laili dan kawan yg senasib rasa.. plg tepat laili katakan,mereka x rasa apa yg pasangan kami..si chenta hati kami sedang lalui sekarang..dengan risiko yg berganda2...

banyak info laili cuba dapatkan tp hampa sebab kebanyakan fakta disembunyikan...

dalam tangis mengharap bantuan drp Allah taala laili menaip entri ini..

betapa bimbangnya diri laili,hanya Allah saje yg tau...selagi x melepasi saat kritikal ini..selagi tu lah jiwa kacau menyerang...

nilah kehidupan keluarga pelaut yg selalu org lupakan. kita di darat asyik fikir yang di darat. tp bg kami,yg di darat kena fikir. yg di laut pun kena fikir...

bukan nak mempertikaikan cuma berharap xde berlaku selindungan kepada kami...

laili harap kawan2 semua pun mendoakan keselamatan dan kesejahteraan chenta hati kami ni..

untuk kami,ada 3 bulan lg perlu ditempuh... harap dalam tempoh 3 bulan pelayaran ni,janganlah berlaku musibah yg lebih teruk lagi..

Ya,Allah...Kau peliharakanlah cinta hati kami. jauhkan drp segala bahaya dan drp segala penyakit. selamatkan mereka dan pulangkanlah mereka kepada kami nanti dalam keadaan yg sihat walafiat..amin..ya rabbal alamin...

4 comments:

ieka said...

ameen~smoge Allah memelihara hubby laili n krew2 lain dpd sbrng bhya & pmslhan ktka pelayaran ksana..bykkn berdoa n tawakkal kpd Allah thdp ujian ini..insyaAllah, Allah akn m'beri ganjaran yg besar thdp org yg sabar..nk tnya,bpe lame hubby laili akn b'ada d Jepun??

siti norlaili yusof said...

ieka:suami laili punya artikel belayar 6 bulan.. kejenya ulang alik dr port di sarawak ke japan. diorg x dok lama kat sana.. bila selesai je terus kuar dari sana..selalunya dalam sehari je lah kat sana..

apapun,terima kasih kerana mendoakan keselamatan mereka ni semua termasuk suami laili.

laili pun mmg x putus2 kirim doa..moga mereka semua selamat.

insyaallah...

intan morsalin said...

bykkan solat hajat yer laili...hope sume urusan dipermudahkan Allah

siti norlaili yusof said...

intan morsalin : thanks dear..:)