Friday, March 25, 2011

riang ria bersama en.eskalator

assalamualaikum.. ^__________^

*mood : menyengih sorang diri.. :)

sejak petang semalam tulah aktiviti laili. pantang dok diam je..mesti tersengih dan ketawa tak henti-henti disambut oleh hilai tawa khadijah. siyes..dah rasa macam orang giler plak sebab ketawa sorang-sorang tanpa digeletek tak hengat-hengat tu..hukhuk..

tengok ummi ketawa tanpa henti..hahaha..


semalam laili shopping barang dapur dengan MIL,ditemani khadijah yg setia di sisi,adik ipar yang setia menjadi bibik untuk khadijah dan mak tok jiran sebelah rumah ni... seronok gak shopping semalam sebab berjaya berbelanja dengan berhemah dan tak melebihi bajet. sebelum ni merata kedai dan shopping mall kami masuk,tapi harga susu dumex tu semua sekitar 20 hengget ++. dan semalam,bulat mata ummi khadijah tengok harga susu tu di tesco cuma 18 hengget 90 sen.. jimat hampir 3 hengget..hahaha.. gedix plak ummi khadijah ni kan. tu baru jimat 3 hengget,dah nak riuh semesta alam blog ni..hahaha.. pastu teruslah rembat 4 peket yg 1kg tu untuk sebulan.

pastu beli gak lah makanan basah,sayur,buah dan snek berkhasiat buat kami dua beranak ni. habis rat gak lah. tapi takpe,semua tu benda makan..yang berkhasiat. jajan-jajan..tiada dalam list.

bila dah habis shopping kat tesco tu,kami pun turunlah pegi tempat parking naik eskalator. malas plak naik lif. walhal masa nak masuk tu,memilih naik lif..hikhik..

dijadikan cerita,alkisah pun bermula..bila dah sampai di penghujung perjalanan eskalator tu,troli laili tu tiba-tiba tak mau bergerak. jenuhlah laili menolak sepenuh kudrat yang ada..menggunakan tulang 4 kerat laili ni. hadui...roda belakang troli tersangkut maa... laili dah nyaris nak jatuh sebab eskalator tu sentiasa bergerak. troli plak tak mau bergerak-gerak. 

masa tu muka dah pucat..MIL n mak tok dah ada kat belakang..aduh..harus bersiap sedia bakal menjadi mangsa rempuhan troli yang sarat dengan segala macam...hadudu..sakit pinggang okeh..huhuhu..

dahlah masa tu laili siap menjerit panggil MIL tp tu lah kan,macam mana lah MIL nak elak..takde brek.. nak tak nak..direlakan jugalah... 

lepas kena sondol tu,barulah troli laili tu nak bergerak..

*hamboi hang..saja noo...nak tunggu kena langgak baru nak bergerak.. 

selesai je aksi tu,kami anak beranak pun gelak lah tanpa henti..memenuhi ruang legar tesco tu.. 
dalam hati,dah tak kira malu dah.. rasa lawak je.. rasanya muka laili masa tu dah macam mr.bean dah kot..hahaha.. 

en.eskalator yang amat berhemah.. ^___^


kesimpulannya,buat apa pun kadangkala kena gak merelakan walaupun tidak ingin kerana itu saja jalan yang ada.

pada kawan-kawan..kalau shopping tu,sila hati-hati k. jangan jadi macam kami ni..

selamat bershopping dan selamat menaiki eskalator dengan jayanya... ^______________^


-----------------------------------cinta hingga syurga------------------------------


4 comments:

Adzriel AB said...

berkunjung tengok girl comel. banyak cakap dah sekarang kot?

http://adzriel.blogspot.com/2011/03/kunjung-mengunjung-amalan-mulia.html

Awangku Johan said...

salam ziarah dan salam perkenalan dari saya.. izinkan saya follow blog awak ek.. oleh itu, mai la singgah ke blog saya.. kalau suka follow ya.. thanks

siti norlaili yusof said...

adzriel ab : terima kasih.. :)
mmg skrg ni khadijah dah makin banyak cakap. selagi tak tido,selagi tu lah bercakap tak henti2. kalau nak tido je..dia akan ajak bersembang dan kadang tu sampai menyanyi2..hehe..

siti norlaili yusof said...

awangku johan : terima kasih,selalu2 lah singgah cni lagi ye.. :)