Tuesday, March 8, 2011

demimu,kugagahkan jua..

assalamualaikum... ^____________________^

sekarang ni laili menaip sambil menahan sakit yang amat sangat di kaki kiri laili..

tp laili bukannya sakit sebab ada penyakit tapi sebab nak menyelamatkan khadijah,laili harus hadapinya..
kasih ibu kan,biar kita yang sakit..jangan anak yang sakit.

alkisahnya terjadi tengahari tadi. khadijah seronok sangat main panjat2 di rumah opahnya. sebab nak menyakat mak uda nya..dia pun panjatlah naik atas pc yang diletak kat tepi katil umah opah. pc tu dah rosak. so,dah x de gunalah. 2-3x dia usaha panjat akhirnya berjaya. ingatkan nak duduk jer..

tup2... dia nak berdiri atas tu..


kelam kabut lah umminya ni bangun..berlari sepantas kilat nak sambut anak sebab risau terjatuh.. alhamdulillah sempat sampai n sambut dia.

kalau x,x tau lah apa yang jadi...mau jatuh berlaga katil,n terhempap dek pc yang besar gedabak tu..huhuhu..

masa nak sambut khadijah tu,sebab xnak anak jatuh dulu sebelum laili sampai,laili tahan pc tu dengan kaki kiri laili.

tapi pc tu amat berat..x mampu nak menahan dengan sebelah kaki..khadijah plak tolak dengan kakinya sbb nak jatuh.. so,terhempaplah pc tu kat kaki laili ni...huhuhu..

sakitnya boleh tahan gak lah.. sampai nak menangis masa tu menahan sakit yang amat sangat.. yelah, sampai tobek kulit n daging kat kaki laili ni..jalan pun tercengkot2..haduyai...

xpelah,yang penting khadijah selamat.. biar umminya ni sakit pun xpe..ummi redha. :(

u're everything my yayang..


khadijah,lepas ni tolong baik2 ckit ye yayang..

           ------------------------------cinta hingga syurga------------------------------------

4 comments:

Kak Sam said...

Assalamualaikum..
Tq kerana sudi singgah blog saya.
Begitu lah kasihnya ibu. Semoga cepat sembuh.

siti norlaili yusof said...

kak sam: waalaikumussalam..
sama2 kasih dan terima kasih juga pd akak sbb sudi singgah ke 'cinta hingga syurga' ni.

ye kak..kasih seorang ibu mengatasi segalanya.
kalau blh,segala kesakitan tu biarlah kita yg tanggung.. sbb kita nak lihat anak tu sentiasa dlm keadaan selamat,sihat dan ceria.

terima kasih,kak.

Liza @ Adzriel AB said...

adoi...memang meleleh air mata. kita yg dewasa ni takpe lagi. risau anak2 kecil. kalau ada foban cream lukanya cepat sembuh.

siti norlaili yusof said...

adzriel AB: betul kak,kita yg dewasa ni xpe..jgn anak2 kita..terutama yg masih kecil kan..
terima kasih akak. mmg ada simpan krim tu tp x teringat plak nak sapu.. Alhamdulillah luka dah ok. cuma rasa sakit tu masih adalah sbb pc tu kan berat. tp syukur sgt kena kat laili.
kalau kena dekat khadijah mau pengsan n x tdo laili ni..:)