Saturday, February 12, 2011

kerana hobi

assalamualaikum...

apa kbr kawan..?laili harap semua baik2 je...:)
oh ya,masa tengah membelek majalah wanita pagi tadi,laili tertarik pada 1 cerita tentang sepasang suami isteri..dah x ingat tajuknya tp ceritanya bersangkutan dengan hobi si suami sehingga berlaku perceraian..

tp ni bukan hobi biasa..kalau setakat hobi memancing,main bola,main golf..mungkin xde masalah. tp suaminya ada hobi yg laili kategorikan sebagai hobi yg menjijikkan dan keji...

iaitu..menonton dan mengumpul cd lucah..pastu suka wat rakaman masa isterinya dlm keadaan b***l di luar pengetahuan dan izin si isteri.

dipendekkan cerita,si isteri dpt gak mengesan..semua yg dirakam,dipadamnya dan dia wat salinan untuk dijadikan bahan bukti di muka pengadilan..

si isteri mohon cerai di mahkamah..tp si suami plak mempertahankan diri sendiri kata dia berhak wat apa saje ke atas si isteri.. astaghfirullah...betapa hina dan rendahnya akhlak si suami..

jujur laili katakan,apakah haknya wat macam tu..mmg isteri adalah hak suami,tp suami juga sepatutnya mnjaga segala peribadi isteri..jgn sampai melanggar batasan adab tertib..betul x kawan2?rasanya kawan2 pun sependapat dengan laili kan...:(

sedih laili baca kisah wanita ni..umur bukan muda lg..dua2 dlm lingkungan 40an..dah agak berumur dan sepatutnya si suami tu jelas tentang semua ni..melihat porno misalnya..sah2 hukumnya adalah haram..

seperti yg kita sedia maklum,isteri adalah amanah wat suami...
suami pula adalah imam wat isteri..pelindung dan pencinta wat isteri..
tp suami ni plak,sebaliknya...

di mahkamah,suami tu minta tempoh seminggu untuk berfikir..dan akhirnya mereka bercerai juga.

laili dapat rasakan topik ni agak sensitif tp,laili sengaja utarakan supaya kita sama2 muhasabah... sebab zaman sekarang ni,begitu banyak bahan porno di pasaran dan internet..meluas sungguh...kawan2 pun tau kan..sekarang ni,mudah sgt nk dpt benda2 ni semua.. 

so, kepada yg ada terlibat,hentikanlah..xde faedahnya melihat porno..hanya merosakkan fikiran dan aqidah kita je...

mungkin anda x nampak kesannya sekarang..tp,keburukannya dah jelas terdapat pd diri anda sejak kali pertama lg anda terlibat..

bukan laili nk kata laili ni baik. tp mmg betul laili x pernah lihat porno. dan sebagai muslim..berdosa kita melihat aurat org lain.. dan bg dah berkahwin pula..x semestinya anda boleh memperlakukan pasangan anda seperti dalam cerita di atas.. 

peliharalah rumahtangga dengan sebaiknya..dan jadikanlah segala sunnah sebagai panduan supaya rumahtangga kekal bahagia.. insyaallah.. bahagia dunia akhirat..sentiasa dalam redha dan rahmat Allah swt.

*maafkan laili kalau ada yang kurang berkenan.tp perkara ni byk berlaku di sekitar kita..sama2 kita muhasabah..:)

ikhlas:siti norlaili yusof

------------cinta hingga syurga----------

No comments: