Thursday, July 21, 2011

cabaran kehidupan

assalamualaikum.... ^_____________________^

salam di petang khamis buat semua.
mesti tengah sibuk siapkan minum dan makan petang kan...ahailah,terliur plak rasa.. mehlah pos kat ummi khadijah yang dok mengidam ni...nak makan makanan yang orang masak jer...huhuhu...

sekarang ni dah 6 minggu usia kandungan anak ke-2 kami. masa awal-awal hari tu,takde alahan apa pun. tapi sejak masuk minggu ke-6 ni,tersangatlah menduga keimanan. tak kira masa asyik nak uwek-uwek.. makan minum semua keluar balik. sampai dah takde apa yang tinggal dalam perut.



siyes,memang dah tersangatlah pucat. lembik macam sotong. tapi kena gagahkan diri juga.
yelah kan,ikut hati ni,memang rasa nak tarik bantal je 24 jam. tapi rasa lagi sakit lah plak..ayoyo...
tapi ada bagusnya gak morning sickness ni,tu menunjukkan baby kita berkembang dengan baiknya di dalam rahim kita.

makanan masam...???? wah..terliur okeh..memang asyik nak yang masam-masam jer. beza sungguh dengan keadaan masa preggykan khadijah dulu. pastu suka sangat minum air milo ais..rasa macam..

fuhhhhh...sorga....

la ni dok ngidam masakan mak di kampung. masakan MIL semua dah dapat. so,takdelah ngidam lagi...hihi..tq mak sebab masak semua yang menantumu idamkan.. ^^ la ni laili dok teringin nak makan sambal tumis terung pipit istimewa mak di kampung..makan dengan ikan goreng pun sodap...terangkat..boleh makan habis licin 3 pinggan okeh..hikhik...oooo...rindunya mak di kampung..padahal baru je balik kampung hari tu..hihi..

tadi singgah blog geng kapal. baca 1 entry tu,rasa sedih lah plak.. haish,mudah-mudahan tak terjadilah pada kita semua. dan seperti yang selalu laili sebut sebelum ni,kepercayaan dan kesetiaan amat penting. tulah asas dalam suatu perhubungan.

dan tengahari tadi plak ada tengok rancangan anjakan paradigma bersama dato' dr fadzilah kamsah.
topiknya memang bagus. "bila jodoh dah habis"
topik ni tentang pasangan yg bercerai. menjadi ibu tunggal. tapi bukanlah laili nak cerita bab cerai. tapi antara faktor berlaku perceraian.

banyak faktor yang sebenarnya remeh. tapi sebab sikap sambil lewa,yang remeh tulah yang menjadi punca..

hm...takut kan..yelah,kalau boleh,semua yang berkahwin nak rumahtangga yang dibina bahagia selamanya..kekal sehingga ke syurga. tapi,terkadang tak selamanya bahagia. sebab hidup kita sentiasa diuji. cuma cara kita hadapi tulah yang menjadi kunci kepada setiap yang berlaku.

dan sebab paling tinggi perceraian adalah... "KURANGNYA PENGHARGAAN DARI PASANGAN"

kalau bab ni,tak semestinya lelaki je yang jadi punca. perempuan sama juga. ada setengah perempuan pun terlalu taksub dengan dunia kerjanya. tapi ada juga yang bila dah ada anak,terus abaikan suami. kononnya suami dah besar panjang.. tak payah nak manja-manjakan dah..
ish..ada plak camtu..mana boleh camtu..lelaki ni,walaupun brutal,tapi sebenarnya manja yang amat. kalau bukan kita ni isterinya yang memanjakan,dekat siapa si suami nak bermanja...?????
pastu,1 lagi situasi yang selalu kita lihat,zaman sekarang kebanyakan isteri suka makan yang beli jer...takmo masak..penat katanya.
sekali-sekala takpelah..kalau dah hari-hari..apa ceritanya plak tu..?
si suami rasa terabai macam takde isteri plak.
bila si suami berlagak bujang..barulah si isteri nak ngamuk,majuk bagai..

dalam bab ni,kita isteri kita sentiasa alert,jaga yang remeh-remeh ni sebab dari remeh jadilah hal besar.
orang tua-tua selalu pesan,nak jaga suami kena jaga 2 perkara.
1)perut
2)keinginannya

kalau jaga yang dua-dua tu,insyaallah bahagia selamanya.

yang lelaki plak..pun terkadang ada gak salahnya..
kuat kerja sampai tak ingat anak bini. kami tau suami kerja keras untuk kami,tapi masa bersama keluarga amat penting. jadi,luangkanlah masa anda. jangan terlalu gila kerja okeh.
lagi satu,orang perempuan ni suka dimanja,terkadang tu baru nak manja-manja dah kena marah..
takmolah camtu cik abang.. setiap sentuhan tu ada telepati..aura yang tersendiri.
ni part yang laili rasa ramai sokong..lelaki selalunya lupa tarikh2 penting..contohnya,tarikh lahir,tarikh nikah..dan kadang tu,tarikh lahir diorang sendiri pun lupa..
sampaikan si isteri kena bagi remind.
kami ni kaum isteri bukan minta hadiah mahal-mahal pun..dapat ucapan istimewa pun dah cukup membunga-bungakan hati kami..
lepas tu hargailah apa jua yang isteri lakukan dengan sepenuh hati untuk anda.
nah..tak susahkan jaga hati pasangan..
pokok pangkalnya diri kita sendiri. jangan terlalu ego. takde maknanya nak ego pada pasangan kita. baik si isteri mahupun si suami.

sebut pasal tarikh-tarikh ni,teringat kat en.suami terchenta..dari awal lagi dah ngaku susah nak ingat tarikh sebab ada banyak nak ingat. tapi alhamdulillah,sejak berkawan sampailah sekarang,tak pernah pun dilupa tarikh2 penting..paling tak pun,ingatlah bulannya dan tahun. oklah tu kan..daripada langsung tak ingat..hukhuk..



laili pun faham sebab en.suami memang ada banyak yang nak kena ingat. yang penting,dalam diari dan hp ada terselit tarikh penting tu..hihi...

love u sayang.....mmuahhhh....


kepada kawan-kawan semua,selamat berpetang-petangan yer....


--------------------------cinta hingga syurga--------------------------

4 comments:

Oh Oeya said...

Tahniah Siti Norlaili.. moga dipelihara kandungan dan kesihatan, Amin.

Semua insan inginkan kebahagiaan :)

Atie said...

hi salam perkenalan....=)

tahniah pregnant anak no 2...teringat masa saya alahan mase baru preggie hari tu...rindu saat tu...hehe...skrg dh masuk 6 bulan baru ok..

siti norlaili yusof said...

oh oeya: amin..terima kasih..

betul tu,semua insan inginkan kebahagiaan.
semoga kita sentiasa dilimpahi kebahagiaan tika senang dan susah..amin.. :)

siti norlaili yusof said...

atie : hai,salam perkenalan juga. terima kasih sbb follow yer..

wah,dah 6 bulan ye,tinggal lagi 3 bulan je tu.
semoga semuanya selamat dan dipermudahkan ye.

alahan awal preggy mmg teruk kan. walaupun ni pengalaman ke-2 tp,alahnya lg hebat dr yg sulung hr tu..hihi..