Tuesday, December 20, 2011

i love u

assalamualaikum.... ^______________________^


salam di tengahari buat semua.. hari ni lewat sikit update sebab melayan kerenah si tecik khadijah yang pot pet pot pet bercerita abahnya nak balik esok. padahal sekarang ni abahnya tengah study lagi. tunggu hari cuti nanti baru dapat balik pun..hikhik.



biasalah kan,budak dah banyak mulut. selagi tak tido,selagi tulah berceloteh.. siap buat plan lagi kata :
" ummi,nanti abah alik li yan,jatung untuk kakak..kan ummi kan..nanti abah li untuk kakak"
hahaha..pecah perut ummi abahnya ni gelak dengar dia cakap.

maksudnya..?
hm,meh lah ummi khadijah translate sikit ye..
khadijah kata.. " ummi,nanti abah balik beli durian,jagung untuk kakak..kan ummi kan..nanti abah beli untuk kakak"



khadijah ni suka sangat makan durian dan jagung. hampir tiap minggu,di pasar jumaat tu kami akan belikan durian dan jagung. memang tersangatlah hantu durian macam ummi abah. jagung? fuh,siap ingat kat mak cik jual jagung tu lagi..haha..

hari ni dah 21 dec. tarikh keramat buat kami. pada tarikh 21 dec 07 nilah laili dan en.suami bersatu  sah sebagai suami isteri. tersangatlah sorga bila memegang status suami isteri sebab semuanya 'dihalalkan'. ^^

hari ni juga, genaplah 4 tahun usia perkahwinan kami. terasa pantas betul masa berlalu.. pejam celik je rupanya 4 tahun. setahun je lagi genaplah 5 tahun. dan dalam tempoh 4 tahun ni,bermacam dugaan dah kami lalui. syukur alhamdulillah sekali lagi. semuanya berjaya kami harungi.

gambar majlis kahwin? maaflah,gambar kami tak banyak sebab masa tu kamera problem. jadi,tak dapatlah nak upload banyak kat sini. dan untuk entri kali ni,memang laili tak dapat upload sebab komputer problem sikit. lambat sangat nak upload sampai jammed dibuatnya..hukhuk..

dan rasanya,mesti ramai juga antara kawan-kawan ni yang berkongsi tarikh istimewa pada hari ni kan? laili ucapkan tahniah dan semoga bahagia berkekalan ye..

dan ucapan untuk en.suamiku : i love u,sayang.. love u so much... 



sayang kamu semua...

p/s: nak hadiah anniversarry boleh tak..???? ehehe... jangan mare ye.. kami cuma nakkan doa yang ikhlas untuk kebahagian kami. dah cukup. tak payah hadiah mahal pun.. sudi2kanlah ye pos kat kami.. :)


---------------------------cinta hingga syurga------------------



4 comments:

NukiLan Tinta said...

hepi anniversary yg ke-4 laili..semoga kekal b'bahgia bersama selamanya ke syurga...^____^

siti norlaili yusof said...

nukilan tinta: amin.. terima kasih lalings.. :)

Ainul Hayat said...

Tahniah. Selamat ulangtahun perkahwinan yang ke-4 Laili dan suami. Semoga sentiasa berbahagia dan dimurahkan rezeki. Laili due bile?

siti norlaili yusof said...

ainul hayat: amin.. terima kasih erni.

insyaallah 6 mac ni laili due. la ni dah 29 mggu laili preggy. :)