assalamualaikum... ^______________________^
selamat hari lahir pada laili yang dah pun genap 23 tahun hari ini..
uikss..bagi ucapan pada diri sendirilah pula..hihihi..
maaflah ye..tereksaited tengok angka 23 tu..
jadinya,laili ucapkanlah juga selamat hari lahir kepada semua yang menyambut hari lahir dengan ucapan.. selamat hari tua.
umur dah makin meningkat,diharap amalan pun dipertingkatkanlah ye.. insyaallah,sama-sama kita usaha menjadi yang lebih baik pada hari ini,esok dan seterusnya supaya menjadi contoh teladan buat generasi akan datang.. insyaallah.
sambil berpetang-petangan melayan drama yang tak tau tajuk ni..sebab mata mengadap desktop dan tangan menaip pantas..harap dengar suara je lah sebab tak nak sunyi. sambil tu juga tangan ni dengan pantasnya menyuap satu persatu buah limau gedang yang ditabur dengan asam masin yang dibeli di tesco. hmm...nikmatnya rezeki dari Allah swt. sedap.
khadijah masih lena dibuai mimpi. kepenatan seharian tak tido siang dan menemani umminya ni ke klinik. seronok sangat kerana berjaya mendapatkan calci-yum kegemarannya,sampai tertido dalam kereta..hikhik..
takpelah,nanti sambil tengok kartun,ummi bagi khadijah makan calci-yum okeh..supaya dapat membesar dengan lebih sihat dan tinggi.
*bila lah calci-yum nak jadi penaja ni yer..bolehlah buat duit tabung khadijah shopping dekat tesco. :)
ha..ngap lagi 1 sudu. haish,banyak makan betul ummi khadijah ni kan. tahun ni pun macam biasa tak dapat nak sambut besday bersama en.suami terchenta sebabnya,beliau tiada di sini. tengah sambung belajar. tunggu hari cuti,baru balik ketemu. jadinya,sambutlah besday guna teknologi yang ada. sementara menanti kepulangannya..yippeee...
cepat-cepat pulang ye sayang..kami tunggu sayang balik..nak makan kek sama-sama.
oh ya,tadi ada sembang-sembang dengan mak cik jiran sebelah. tentang lafaz cerai. hm,zaman la ni,ramai juga yang masih jahil bab asas macam ni. lafaz cerai seolah-olah 1 gurauan buat mereka sedangkan dah jelas terang lagi bersuluh..lafaz cerai tu tak boleh dilafaz ikut suka walaupun sekadar bergurau sebab talak itu akan tetap jatuh walaupun dalam gurauan.
dan mungkin kerana tulah kuasa melafazkan talak tak diberi kepada kaum hawa sebabnya kaum hawa ni cepat emo. bila merajuk ke apa.. nilah antara dialog sesetengah di antaranya.( bukan semua yer..)
1) saya tau awak dah x suka saya. skrg,hntr saya ke rumah org tua saya ! ceraikan saya..ceraikan saya..!!!!
2)kalau awak nak sangat nikah lain,awak ceraikan saya dulu.
3)selama ni saya je yg penat jaga anak,sekarang..awak plak jaga. saya tak nak jadi isteri awak lagi. rasa macam jadi org gaji. lebih baik saya hidup sorang. ceraikan saya sebab saya mampu hidup sendiri.
nilah antara dialognya..tapi x semua betul. cuma selalu kita tengok,nilah dia. kadang tu,siap ada yang mencarut dan hilang akal. haish,tulah kan.
yang si suami pun kadang tu ikut sangat perasaan. dah marah sangat,terus je lafaz. malah ada yang sampai lafaz talak 3 terus. bila dah reda,nak menyesal pun tak guna. dah nak cari cina buta plak.
dan ni juga fahaman kebayakan orang yang mengatakan,cina buta tak payah bersama dengan isteri tu. malah ada yang sanggup upah cina buta. tapi laili dapat tau dari beberapa ustaz,cina buta sebenarnya walaupun berkahwin,diorang tetap kena melalui malam sebagai suami isteri. andai takde keserasian baru boleh bercerai. bukannya upah ikut suka.
tapi tak tahulah pula kot ada pendapat lain. tapi sebenarnya dah banyak diutarakan kes cina buta ni.
kesimpulannya,janganlah mempermainkan lafaz talak. dan ingatlah,satu-satunya perkataan yang walaupun dalam nada gurauan tapi memberi kesan yang buruk..adalah lafaz talak. dan Allah swt amat membenci talak tetapi tidak pula sehingga mengharamkan talak. semua tu bergantung pada keadaan.
akhir kata,sayangilah rumahtangga kita..suami,isteri dan anak-anak kita. kalau nak bergurau pun,berguraulah perkara lain. semoga rumahtangga kita semua sentiasa dirahmati dan rajin-rajinlah amalkan doa ni ye..
p/s: syukur dengan segala anugerah-NYA.. Alhamdulillah..
-------------------------------------cinta hingga syurga---------------------------
4 comments:
As salam Siti Norlaili.
Sihat ye! Baby sihat?
Happy bday ye ;-)
Follow sini juga :)
oh oeya:w'salam..
laili n bb,alhamdulillah sihat.
terima kasih ye..
dan terima kasih juga sebab follow.. :)
Hepi besday.. :)
semoga dimurahkan rezeki dan dikurnikan kesihatn yg baik...:)
ina haireina: amin..thanks dear.. :)
Post a Comment