Saturday, September 17, 2011

kisah petang ini.

assalamualaikum... salam berpetang-petangan semua.... ^____________________________^

alhamdulillah,laili dan khadijah baru je balik dari makan jamuan rumah terbuka jiran sekampung.
sedap juga menunya. ada sup gearbox,laksa,mee sup,nasi impit,rendang.. urm....yummyyy..

khadijah sampai berebut sup gearbox dengan pak su nya..hahaha...



sekarang ni,sambil menaip entri..sambil melayan si muka buku. haha..emo betul ummi khadijah petang ni. mujurlah masih boleh calling-calling dengan suami terchenta. hikhik..jangan jeles okeh..

semalam kami ,layan movie hantu bonceng. ahailah..x menahan betullah tengok cerita tu. kelakar..tapi ada juga beberapa adegan yang kurang sesuai. tapi,layankan je lah. cerita tu sekadar hiburan semata-mata.



dan kepada yang belum menonton lagi,cepat-cepatlah tonton ye.. nak mudah,langgan je kat astro first. boleh sambil golek-golek depan tv..hihihi...

oklah,dah hampir pukul 7 malam. masa untuk mandi. orang tua-tua kata tak elok mandi malam. so,paling lewat pun,sebelum maghrib. tapi ada juga orang kata kalau mandi waktu senja,nanti digigit hantu. hm...boleh ke macam tu...????

no komenlah. semua orang ada pendapatnya sendiri kan...????

macam laili,memang amalkan mandi sebelum maghrib dan untuk pagi plak,kalau boleh...subuh-subuh lagi dah mandi. sebelum azan subuh. awet muda. so,kalau nak awet muda sentiasa..amal-amalkanlah ye mandi awal. lepas tu rajin-rajinkanlah selawat ke atas junjungan besar kita dan tiupkan ke telapak tangan. pastu usap ke muka. dan bacalah doa ketika menghadap cermin setiap kali kita berdandan ok.


Ertinya: Segala Puji bagi Allah yang memperbaiki diriku, perbaikilah budi pekertiku.


selamat beramal.

p/s : hilang segala stress dan emo lepas blogging ni. terima kasih semua sebab sudi baca. ^^





-----------------------cinta hingga syurga------------------------

8 comments:

mama ikhwan & Ikha said...

sedapnye sup gearbox.. huhuhu

siti norlaili yusof said...

mama ikhwan & Ikha : memang sedap...hihi..

Lovely Kitchen said...

pos sket sup gear box ke jepun...lama x mkn ni...sedapnya!

siti norlaili yusof said...

lovely kitchen : ahailah jauhnya..kita pos dlm ni je lah untuk santapan mata yer..hihi..

teringinnya nak jalan2 ke jepun tu..^^

cinnamon.com said...

salam,nampak sedap sup tu,saya follow sini ye,salam kenal..

siti norlaili yusof said...

cinnamon.com : hihi..mmg sedap.
thanks follow ya. dan salam kenal juga. ^^

PCL said...

salam singgah sini..wah ada banyak info dlm satu entri anda...teruskan , PCLK sedia membacanya. TQ.

siti norlaili yusof said...

PCL: terima kasih singgah dan follow cinta hingga syurga ye.

insyaallah akan lebih kerap mengupdate dan berkongsi info yg bermanfaat buat semua. :)