Friday, July 25, 2014

anak-anak vs puasa

assalamualaikum...^^

selamat berpuasa yer... fuh...rindu giler nak menulis. dah tersangat lama meninggalkan blog kesayangan ni.. huhuhu... dah bersawang-sawang okeh..hukhuk..
sori.... *sambil lap mata dengan tisu..

oklah..since anak dah dua ni.. memang kebizian dan kemalasan tu tahap maksima untuk menulis. padahal.. taip2 je pun..ye dok...hihi.

hari-hari layan kerenah anak2..macam2 ragam ada. yg menangis bergolek2. yang menangis tersedu2 kat depan tv..tapi mata tengok ke tv. citer kartun. menguji kesabaran sungguh.

tapi anak kedua la paling kena sabar. sentiasa nak perhatian. silap sikit jer...
amo kawan ummi esyah...huhu...

boleh plak cakap camgitu yer..haha.. nak gelak pun ada. tapi cover sebab tengah bagi pengajaran.

tapi tulah kan..adat dengan anak kecik ni. jap ketawa..jap nangis meraung2 tergolek2 nak bagi seluas alam ni dengar..wuwuwu..
sabau yo la ummi nye ni.

ooppsss.. 11 pagi.. time untuk siapkan makan tengahri anak kecik dua orang ni. pose yang yok kan..hihi.

selamat menjalani ibadah puasa ye..
sayang semua.




cinta hingga syurga....

Sunday, December 2, 2012

peliharalah ia....

assalamualaikum.............

selamat asar kepada yang beragama islam ye.. ^_______________^

hari ni laili bizi sikit dengan anak-anak.. tapi,tulah yang paling seronok..kebizian sebagai ummi...tak dapat nak    digambarkan perasaan tu. melayan kerenah anak-anak yang bermacam ragam...melihat pula proses tumbesarannya...ekeke... tersangatlah sorga bagi yang dah bergelar ibu-ibu ni kan.. :)

pendek kata, anak ni lah penawar duka lara kita. penghibur buat kita... kita sedih ke gembira ke...diorang nilah yang jadi penawar kita kan.. Alhamdulillah...ALLAH SWT beri ruang dan peluang pada laili menjadi ummi pada usia yang agak muda... hihi..mudalah tu kan..umur 24 tahun..anak dah 2..

yeszzaa...saya ibu yang muda.. nanti umur 41..khadijah pun eloklah dah 20 tahun... ooohhhh..pantas sungguh masa berlalu kan.. tengok khadijah makin membesar..dah jadi kak long...ada adik kecik nama aisyah.. wuwuwu... tiba-tiba rasa sedih.. harus siap sedia dari awal mereka akan tinggalkan kami bila dewasa nanti..setelah memegang status "isteri"

haish..jauh pemikiran umminya ni kan...

biasalah..fikiran harus sentiasa ke depan kan...

dan buat anak-anak ummi..bila dah besar nanti..mesti kamu pun akan baca blog ummi ni...membaca setiap coretan ummi tentang kita..keluarga pelaut/kelasi. 

dan ini pesanan ummi buat anak-anak ummi.. pesanan ni juga..adalah pesanan yang ummi pegang dari arwah atuk kamu...dan sentiasa diingatkan suami ummi yang tercinta (abah kesayangan yang sangat sayang dekat kamu berdua)

ummi harap anak-anak ummi dapat mengikutnya sebagai seorang muslimah yang patuh dengan syariat. dan berharap juga rakan-rakan lain pun jadikanlah satu pengajaran untuk kehidupan yang mendatang supaya tiada sesalannya nanti...


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila seseorang wanita melakukan solat lima waktu, puasa Ramadan, memelihara maruahnya, dan taat suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang kamu kehendaki.” (Riwayat )
Seroang wanita memang mudah masuk ke syurga berbanding lelaki. Ini kerana, jika seorang wanita itu betul-betul mengikuti apa yang telah ditetapkan dalam agama islam. Syurga adalah tempatnya.
Berbanding dengan lelaki, banyak yang perlu ditanya sebelum masuk ke syurga, Allah akan tanya anak-anaknya, isteri-isterinya, berkenaan apa yang dibuat semasa hayatnya, jihadnya kemana dan semualah. Macam-macam lagi pertanyaan Allah. 
Tetapi, wanita juga yang paling ramai di dalam neraka kerana solat yang dilakukan oleh seorang wanita itu kadangkala tidak mencegah dirinya daripada perkara keji dan mungkar, wanita juga antara yang suka berpuasa, tetapi puasanya hanya dapat lapar dan dahaga sahaja, tapi masih melakukan dosa-dosa, samaada dosa kecil atau besar.
Wanita antara yang susah menjaga maruahnya, masih membuka aurat, walaupun bertudung, tetapi tidak sangat mengikut tuntutan syarak dan wanita juga juga sering gagal memberi ketaatan kepada suaminya.



Bagaimana dengan menjaga maruah dan taatkan suami? Dua perkara ini lebih ramai yang gagal. Maruah diri tidak dijaga sewaktu keluar kerja. Pakaian yang mendedahkan aurat boleh membawa banyak dosa lain selepasnya. Pergaulan bebas juga boleh membawa kepada dosa mulut, mata dan telinga.
Mengenai mentaati suami, realitinya isteri paling ramai gagal memberi ketaatan kepada suaminya. Perintah suami mudah disanggah isteri dan kehendaknya saja yang dipakai. Layakkah mereka itu masuk syurga dalam keadaan itu?
Insaflah wahai wanita yang bergelar isteri. Jangan jadikan diri anda sebagai orang yang pertama masuk ke dalam neraka.
Semoga segala amalan yang kita lakukan diterima oleh Allah.
hm...semua ni pun adalah ingatan untuk ummi juga.. sebab kita selalu lupa. kesimpulannya...mudah sebenarnya nak masuk syurga..tapi kerana selalu ikut nafsu...itulah yang buat terasa susah..  wanita ni Allah dan nabi sayang sangat...sebab tu senang dapat pahala..untuk masuk syurga. 
dengan syarat kita jaga ibadat kita..aurat kita dan taat pada suami kita.
in shaa Allah..pilihlah mana-mana pintu syurga pun..

buat suami tercinta...terima kasih sebab selalu ingatkan ayang tanggungjawab sebagai seorang isteri..seorang ummi yang baik dan muslimah sejati..in shaa Allah...moga hidayah Allah swt sentiasa bersama kita...dan semoga anak-anak kita pun terpelihara.. amin............

------------------------------cinta hingga syurga----------------

Wednesday, November 28, 2012

bertemu kembali.

assalamualaikum................. ^_____________^

apa khabar kawan-kawan semua.. selamat bertemu kembali lama betul laili tak buat entri baru kan... ada yang rindu tak...?
harap ada lah yang rindu ek...huhuhuhu...:)

bukan laili tak nak update entri baru tapi komputer laili ni rosak hari tu...tiba-tiba hang..pastu habis gelap..takde apa. bila en.suami balik plak..pakai laptop en.suami je lah..tapi bila dah asyik jalan sana sini.. hm..habis semua entah ke mana.

sekarang komputer dah elok..siap buat format baru lagi tu... so,bolehlah laili ni mengupdate dan berblogwalking nanti..hihi...

rindu tau nak baca blog kawan-kawan yang laili selalu follow... ni nanti nak jelajah lagi tengok blog baru plak..
seronok baca blog ni..sambil tu bolehlah tengok idea-idea diorg yang meletup-letup dan ayat-ayat canggih diorang yang bombastik tu. dan paling laili suka...boleh tambah ilmu...huehuehue...

oklah,dah 10 pagi..masa untuk ke dapur. nanti kita bertemu lagi k. in shaa Allah ada banyak lagi nak kongsi nanti. nak masak bagi anak-anak makan sampai kenyang dulu.. :)

love you alls...


                 *miss u en.suami... balik nanti kita photoshoot lagi yer... ^^*

--------------------cinta hingga syurga----------------

Monday, July 9, 2012

istimewa untuk semua... ^^

assalamualaikum......... ^__________________^





apa khabar semua.. mulakan hari dengan senyuman okey. dan yang beragama islam..mulakan juga bersama dengan lafaz basmallah..

hari ni,awal-awal pagi lagi dah sarapan kue teow goreng..habis sepinggan..:)

sekarang ,seperti yang dijanjikan...hari ni laili ada surprise untuk kawan-kawan semua...


jeng...jeng...jeng... (mood:sila baca dengan nada penuh kejutan dan tanda tanya okey )














                                         tadddddddddaaaaaaaaaaaaa...................







ha....ni lah permata hati ke-2 kami.. siti aisyah binti saifull azuan namanya. lahir pada 8 mac 2012 , jam 3.23am dengan berat 2.92kg.. ^^


amacam...syomel tak...ada macam ummi ke abah...?
kalau tanya family,ramai kata ikut muka abah dia. kulit jer ikut ummi..hahaha..
oklah tu kan,campur-campur.. tak acilah kalau semua ikut abah jer kan...kikiki...


haish,baru pukul 7, si tecik dah pun bangun dengan mata buntangnya.

nanti jumpa lagi di entry akan datang k.


p/s:sori saje lewat post..nak kasi surprise dalam penantian...jangan mare...


sayang kamu semua.............






------------------------------cinta hingga syurga-----------------------



Tuesday, June 12, 2012

sayang,cinta,rindu.................kamu.

assalamualaikum....


^_________________^
senyum tak perlu kata apa-apa....cuma senyum...boleh tak..????
hihi...tiba-tiba jer laili bangun kul 12 pagi mengupdate blog..
fuh,siyes....sangat-sangatlah hepi...
teringat pula kenangan di masa lalu.

bangun pagi demi buah fikiran yang tiba-tiba muncul... :)

sebenarnya pun,sambil mengepost entry ni...laili dok menunggu seseorang....

seseorang yang paling laili sayang...........
seseorang yang paling laili rindu................
seseorang yang bukan sekadar teman...tapi segala-galanya bagi laili.............
seseorang yang paling laili cinta....................

EN.SAIFULL AZUAN 

hee....semua dah agak kan..???
hihi..jangan mare ek...



ni tengah dok tunggu panggilan cinta jarak jauh...:)

sayang kamu semua..................









-----------------------------cinta hingga syurga--------------------------------

Monday, June 11, 2012

halluuuuuuuuuuuuu.................

assalamualaikum...........



apa khabar semua...lama sungguh tak bertemu kan..???
huhuhu...........
sori............

bukannya malas nak mengupdate..tapi ada masalah sedikit yang menghalang untuk aktiviti pengeposan ni daripada dijalankan..

1)preggy n kelahiran
2)pindah rumah.
3)monitor terbakar
4)pemasangan streamyx

ha...nilah penyebabnya..kenapa lama sangat takde post daripada isteri en.saifull azuan dan ummi kepada siti khadijah dan baby baru kita...siti aisyah. :)

hm,takmo citer panjang..apa yang laili tahu..laili rindu sangat nak menulis kat laman blog kecintaan ni..
rindu sesangat. dok tengok masa je untuk menaip.

almaklumlah..anak dah 2..suami je 1..
*mmglah suami 1 je kan..????
  tak mo lah banyak2 suami..hukhuk...



ooo...nak tengok gambar baby baru yer...
ha,yang tu tunggu next entry lah yer..nak kasi surprised sikit...hua hua hua....

kepada kaum2 hawa @ isteri...dah siap masak ke untuk cik abang dan anak-anak?
jangan malas2 ye...nanti makan kedai jer..suami tersangkut plak dengan makanan di kedai.
tersangkut dengan masakan takpe lagi lah kot.. yang harunya kalau tersangkut dengan si tukang masak...huhu...beware okeh..

oklah semua,semoga bertemu lagi di entry akan datang k.
tunggu tau...

sayang kamu semua.........

----------------------cinta hingga syurga------------------

Friday, December 23, 2011

mop....????

asssalamualaikum........... ^____________________________^

selamat pagi semua...
cuaca hari ni hujan sejak dari subuh tadi. dan dek kerana tersangatlah sejuk. dah tak payah nak pasang kipas pagi-pagi macam selalu tu...hihi..

baby pun sibuk je tendang-tendang perut umminya ni. haish, seronok ye yayang. tambah lagi semalam abah dah balik cuti,selang 5 minit je menendang. nak 'communicate' dengan abah lah tu bagitau sihat..hihihi...

khadijah a.k.a kak long dah pun pergi berjalan ke rumah opahnya. ada sepupunya kat sana. so,awal pagi lagi dah nak main lah.

abah khadijah..? haha..sama je macam ummi khadijah. tengah mengadap laptop. zaman IT katakan. masing-masinglah ngadap benda alah ni.

nak tengok tivi,takde cerita best.. hujan pun makin lebat. astro pun jap ada jap takde macam biskut chipsmore..

walaweh..sedapnya biskut chipsmore. dah lama tak makan. selalu asyik cari biskut 4 segi lemak masin tu je. biasalah kan,selera berubah.

oh ya,semalam laili ada tengok rancangan 30 minit bersama ustaz don di tv al-hijrah. topik pasal najis. nampak remeh tapi sangatlah dititikberatkan.



paling laili suka bab mengemop. boleh dikatakan hampir setiap hari kita mop lantai. ada juga yang dalam sehari sampai 2-3 kali mengemop. tapi dalam tak sedar tu rupanya ada juga kesilapan kita.

selalunya kita akan bawa sebaldi air berisi pencuci lantai. kita mop 1 rumah kita dengan air yang sebaldi tu. bila dah siap mop,kita pun terus duduk.

sedar tak kita yang mungkin atas lantai tu ada tahi cicak atau apa-apa najis. tambah lagi kalau ada anak kecil. kadang tu anak-anak mungkin terbocor air kencing atau beraknya. atau sedap sikit dengar...'u'uk lah bahasa paling famous di kalangan anak kecil ni.



kita pun mop je terus. pastu celup-celup mop tu dalam baldi yang sama menggunakan air yang sama dan kita mop lagi. pastu....siap. kita pun dengan senyum lebar kata "dah bersih".
walhal tidak. sebabnya air dalam baldi tu dah bercampur dengan najis. dan air tu adalah air najis. jadi,sepatutnya kita kena guna air yang baru..yang bersih.

laili pun taklah arif sangat. tapi bila dengar ustaz tu cakap,termenung jugalah sekejap. mujurlah laili jenis kalau mengemop nak sampai 2 baldi. yang pertama cuma mop dan kedua pulak,laili bilas dengan air yang baru. tapi nampaknya kali ni kenalah buat 3 pusingan kot. barulah rasa betul-betul bersih..

oklah,rasanya cukuplah kot setakat ni laili berkongsi info. kita sambung lagi di entri yang lain k. nak rehat-rehat sekejap.

selamat beramal dan...

sayang kamu semua................

-------------------------cinta hingga syurga-----------------------