Tuesday, June 28, 2011

ketermengalahan lagi..

assalamualaikum..... ^^

petang yang ceria,rumah penuh riuh rendah antara ummi vs khadijah yang berebut nak conquer tv. ahailah,melepas lagi ummi khadijah nak tengok cerita marimar kegilaan ramai di tv3 tu dek penangan lawan yang lagi hebat..bbtv. hohoho..kartun jer lah...



apa boleh buat,umminya ni hati lembut..so,terpaksalah ketermengalahan lagi je lah. (yang iye nya,tak larat nak dengar suara nyaring si tecik khadijah membebel * nak tun..nak tun...hukhuk...)



dan pastinya situasi ni dialami hampir semua ibu-ibu...bapak-bapak..abang-abang..kakak-kakak..adik-adik..dan seangkatan dengannya lah..*ada budak kecik..kompom kena selalu tengok kartun.

takpelah,bila malam menjelang nanti,ummi plak conquer tv. nak layan movie dengan en.suami tersayang..hehe..



alamak,nak kena bancuh kuih.. nanti kita jumpa lagi k.

p/s: sayangilah keluarga kita selayaknya..^^


--------------------------------------------cinta hingga syurga------------------------------

Tuesday, June 14, 2011

pancingan

assalamualaikum...^^

pagi yang amat menceriakan. laili harap kawan-kawan semua pun sentiasa ceria. dengan senyuman yang tak lekang di bibir..tiap hari sayang dan cinta...senyuman yang seindah suria... ^_____^

awal pagi lagi kami 3 beranak dah sarapan kopok lekor..walaweh....amat menyelerakan..cicah plak dengan sos cili kimball..fuh,teramat-amatlah nikmat okeh..wuwuwu.. MIL laili sebut kembel..hehe..

hari ni tak sempat masak yang sesedap rasa tu,sebab nak cepat sesangat. en.suami tengah nak melepaskan gian pegi memancing dengan FIL dan adiknya. ikan apalah yang diorg dapat ye..? dressing habis baik punya dah diorg 3 beranak tu..siap berspek2 lagi tu.. tergoda i..kikiki...



tapi takpe,ikan nak wat makan. kalau ikan yang lagi 1,awal-awal ummi khadijah dah bagi pelangkung barang sebarang dua..kih kih kih...

tapi,seronok gak sebenarnya,sebab memancing ikan ni hobi yg bagus. perkara yang baik lagi menguntungkan. dapat erat silaturahim dengan family dan ikan-ikan tu semua..ecece..

ikan: habislah aku kena makan..huhuhu...

pastu yang penting sekali ada hasilnya,dan tak kaco orang lain. kan bagus tu.



bukan apa,laili ni dengar ramai gak kaum isteri yg tak suka si suami keluar memancing. katanya lama sangat.lagipun ikan boleh beli. dan kata mereka,suami asyik keje,pastu kuar mancing,takde masa untuk diorang..huhuhu..sedey i tau..hukhuk..sabar ek..na mo emo-emo..

lagipun yayang-yayang semua,si suami pun perlu masa untuk kurangkan stress..perlukan hobi sebagai aktiviti riadah.

isteri teremo: kami pun stress gak...:(

kalau macam tu,apa kata,cuba-cuba pelajari dan kenali hobi mereka tu. memanglah terkadang kita rasa bosan. tapi fikirkan bila dapat hasil dr titik peluh suami. rasa ikan tu,lagi sedap tau walaupun hanya ikan sebelah atau gerut-gerut. kalau dapat ikan kerapu,lagilah sedap. buat plak masak sweet sour..wowowo...we love it.. :)

takpun,kawan-kawan carilah hobi yang boleh dilakukan untuk isi masa terluang masa en.suami pergi memancing. nak baca novel ke,mengait ke..takpun ngadap fb. ok gak tu. nanti en.suami balik,nak ngadap suami plak. tapi nak best lagi,tido jer.. ada anak,heret sekali tido. ekeke..



kalau kawan-kawan nak tau,dulu laili pun tak suka en.suami keluar memancing sebab lama berjam-jam. yelah,orang fikir pendek. nama pun 9 nafsu 1 akal.. mujur gaklah si en.suami ni penyabar. pujuk hati isterinya ni ha..dan bagi laili faham.

bukan apa,suami kan sailing 6 bulan,so..kalau boleh tiap saat nak ada depan mata. bila pegi mancing,kan dah hilang dari pandangan mata berjam-jam. tu yang rasa tak boleh blah tu. tapi bila difikirkan dengan 1 nafsu 9 akal..haha..barulah boleh terima.

dan sekarang,memang laili suka sangat bila en.suami keluar memancing dengan family. siap bagi moral support lagi tu.. nanti dapat makan ikan fresh lagi sedap..
saje nak bagi semangat berkobar-kobar..

tak sabar tunggu hasil tangkapan en.suami..^^

mudah-mudahan murahlah rezeki hari ni nak makan ikan fresh..boleh makan secara berjemaah dalam blog kechentaan ni..nanti kita ramai-ramai tengok yer..hihihi....


sayang kamu semua....

mulakan hari dengan lafaz bismillah dan niat yang baik k.




-------------------------------cinta hingga syurga------------------------

kembali bersama

assalamualaikum...^^


harap semua sihat lah ye.. laili sihat jer..malah hari demi hari makin sihat ditemani khadijah tersayang dan en.suami techenta...hihihi...

lama betul tak menghupdate blog tersayang ni..rasa macam dah bertahun. bukan tak nak update tapi,en.deskstop tersayang ni plak tetiba rosak. sedih sangat sebab tak leh berblog dan on9 fb kecintaan. rasa macam nak demam okeh.. cian blog ni hah,sampai berhabuk jadinya..huhuhu...

gambar selingan dari en.google..^^


mujur gaklah rosaknya masa malam terakhir en.suami sign off. so,takdelah pening nak hantar kedai sebab nak AMOS. syukur sesangat kan..:)

en.suami balik je,esoknya terus perbaik,dan install balik segala jadah untuk isteri terchenta nya ni. pandai guna je,nak isi apa bukannya gheti pun..hahaha...

jamed jadinya ummi khadijah tengok en.deskstop camni..huhu..:(


berita paling gembira laili nak kongsi,sekarang kami dah kembali bertiga,sejak 6/6/11.. en.suami kata kali ni nak cuti panjang..weee...nanti bolehlah honeymoon dan babymoon puas-puas..


jom kita lompat-lompat sesama ala-ala kanak-kanak riang ria raya ribena..yeay..yeay...

oh ya,pagi tadi ada gempa bumi di indonesia. masa tu laili baru on laptop dengan khadijah. tiba-tiba kepala rasa pening. tengok-tengok lampu bergoyang kuat dan air dalam aquarium berkocak kuat. confirm gempa. terus cepat-cepat keluar rumah.

pastu tadi baca plak blog kak dieha-geng kapal pasal penyamun. ahailah,risau betul rasa. zaman la ni,bahaya sungguh. sana-sini orang nak mencuri.. tu belum lagi kes pencuri yang pecah masuk rumah pastu cederakan orang..ada plak yang sampai kes rogol dan membunuh..kejam sungguh kan.



semoga kita semua dilindungi Allah swt. dijauhkan dari semua tu..amin..


akhir kata,salam sayang penuh kerinduan dari ummi khadijah. dan terima kasih sebab setia mengunjungi kami di sini.. sayang semua...:)



p/s: banyak lagi kerja halal kat dunia ni..tak perlu sampai nak merompak.


----------------------------cinta hingga syurga---------------------

Wednesday, June 1, 2011

penangan terhebat

assalamualaikum.... ^_____________________^

jatuh cinta lagi..lagi-lagi ku jatuh cinta...lalalalalala....lalalalalala.....

malam ni hati dok nyanyi-nyanyi riang jer...asebabnya...entahlah..tengah angau kot...hahaha...
yelah,dari hari tu dok countdown bila nak masuk bulan jun. ni dah bulan jun,memang hepi sesangatlah...
tu belum lagi bila dapat surprise en.suami balik.
rasanya mau terpengsan kot sebab terlebih hepi.

siyes okeh,masa en.suami balik cuti trip yang lepas..memang laili hampir pengsan. masa tu,kali ke-3 en.suami s.off pas kahwin. khadijah pun baby lagi.

memang kelakar masa tu,malunya tu mengalahkan peranten baru..kena plak kali tu en.suami balik sndiri naik bas,x jemput kat KLIA. so,sampai rumah naik teksi lah. tengok-tengok dah terpacak depan muka pintu.
halamak hai..nak gugur jantung ni hah..adik ipar dan jiran semua pakat nyakat.
muka memang dah merah padam. jenuh cover. salam tangan en.suami pun terketar-ketar..hahaha..
elok masuk rumah,sementara en.suami sembang dengan family dan jiran,laili plak dah malu-malu meow..

siap nak nyorok lagi tu sebab malu..mujur lah ada adik ipar teman,kurang sikit gugupnya. biasalah kan,6 bulan tak jumpa touching-touching.. camtulah jadinya...

tapi tulah,tiap kali en.suami sign off je,camtulah laili..malu yang amat. masa preggy dulu pun sama. sambut kat KL tapi nyorok belakang MIL..haha..memang lawak giler lah masa tu.

kali ni plak..?ha...x tau lah camne...tunggu dan lihat je lah. tapi takpe,kali ni malu-malu pun ada khadijah tolong cover..hihihi...

kawan-kawan dah biasa makan macaroons tak? comel kan..nampak sedap je.. teringin nak makan. dah usya banyak pasaraya kat area ni tapi takde. nak order on9 risau hancur.. tapi yang best tu,dek penangan kecomelan mac tu,sampai mimpi masak mac okeh..dah 2x laili mimpi.

comel kan..rasa sayang jer nak ngap...haha...


bukan main expert lagi dalam mimpi tu laili mengadun mac tu..macam dah buat kelas masakan okeh. tahap kritikal betul ummi khadijah ni. tunggu en.suami balik nanti nak buat sama-sama..pastu makan sama-sama...weeeee... barulah best kan,ada cikgu dengan murid main masak-masak..hikhik..

oklah,tak nak merapu panjang sangat. dahlah memang jenis cakap non stop.. cerita pasal si mac yang comel ni,mau mimpi lagi ni..hehe..takpelah,keranamu mac yang comel,nanti akan kupastikan diri ini berjaya membuatmu..miahahaha...
*tengok resipi kat youtube jer..hihi..

p/s:selalu betul mimpi JJCM. terserlah sungguh sifat kuat makan yang tak tertahan...hahaha...



---------------------cinta hingga syurga---------------------