Monday, July 25, 2011

penanggal

assalamualaikum....

selamat malam,semua... ^^

tengah menaip dalam keadaan perut yang kenyang amat sampai rasa nak terburai isi perut sebab dah penuh sangat.
haish,semua ni penangan sambal belacan+tempoyak dan ikan goreng kembong. makan sampai 3 pinggan okeh. tu pun rasa nak tambah lagi. rasanyalah,kalau ikut hati,mau 5 pinggan kot...hihihi...

tapi yang best tu,dalam 7 minggu ni,hari ni lah paling banyak laili makan. sedap je rasa..
ish,cerita pasal makan je kan..ummi khadijah ni.
takpe-takpe,kita tukar cerita.

ha..kawan-kawan nak cerita kelakar ke seram di waktu malam begini...?
hm,rasa takutlah plak nak cerita seram-seram kan..
kita cerita yang kelakar je lah yer...

kisah benar dari ummi khadijah.

rasanya mesti ramai di antara kawan-kawan ni yang suka tengok cerita seram kan. samalah juga macam ummi khadijah ni.
tapi penakut yang amat. so,tiap kali nak tengok,mesti tunggu en.suami sign off dulu. pastu layanlah movie2 yang tergendala tu sama-sama.

tapi 1 cerita ni memang buat laili kecut perut... PENANGGAL. hadui,rasa nak gugur jantung tengok cerita amy mastura tu bila dia dapat mangsa. sampai 3 hari 3 malam laili mengingau dalam mimpi..huhuhu.

jadi kelakar sebab adik ipar laili sorang tu selalunya berani. tapi entah macam mana,masa dia kat bilik air,bila adik-adik pakat nyakat,terus dia melompat lari dari bilik air ke ruang tamu..hahaha..kelakar betul rasanya.

adik ipar yang lagi sorang tu plak dah memang penakut,masa laili tinggalkan dia kat dapur,tiba-tiba  dengar bunyi orang berlari. kecut perut gaklah masa tu. rupanya,bila toleh belakang... (dalam hati dok kata ni dah macam cerita JANGAN PANDANG BELAKANG) adik ipar dok lari kejar laili takut dok sorang..hadoyai..lemah jantung den..

FIL pesan kat kami,pasni jangan tengok cerita seram sebab selalu bayang.
dan sekarang,memang dah takmo tengok. en.suami nak tengok pun dah tak bagi..hehe..

pengajarannya: kalau dah tau diri tu,penakut,janganlah nak tunjuk berani sangat. dahlah nanti suami sign on tinggal dengan anak. dengar bunyi tikus pun silap hari bulan boleh pengsan...huhuhu...


oklah,nak layan facebook plak. takmo layan movie seram..

selamat malam semua.......

p/s:sori tak letak pic PENANGGAL..takut...huhuhu...

---------------------------------cinta hingga syurga---------------------------

Thursday, July 21, 2011

cabaran kehidupan

assalamualaikum.... ^_____________________^

salam di petang khamis buat semua.
mesti tengah sibuk siapkan minum dan makan petang kan...ahailah,terliur plak rasa.. mehlah pos kat ummi khadijah yang dok mengidam ni...nak makan makanan yang orang masak jer...huhuhu...

sekarang ni dah 6 minggu usia kandungan anak ke-2 kami. masa awal-awal hari tu,takde alahan apa pun. tapi sejak masuk minggu ke-6 ni,tersangatlah menduga keimanan. tak kira masa asyik nak uwek-uwek.. makan minum semua keluar balik. sampai dah takde apa yang tinggal dalam perut.



siyes,memang dah tersangatlah pucat. lembik macam sotong. tapi kena gagahkan diri juga.
yelah kan,ikut hati ni,memang rasa nak tarik bantal je 24 jam. tapi rasa lagi sakit lah plak..ayoyo...
tapi ada bagusnya gak morning sickness ni,tu menunjukkan baby kita berkembang dengan baiknya di dalam rahim kita.

makanan masam...???? wah..terliur okeh..memang asyik nak yang masam-masam jer. beza sungguh dengan keadaan masa preggykan khadijah dulu. pastu suka sangat minum air milo ais..rasa macam..

fuhhhhh...sorga....

la ni dok ngidam masakan mak di kampung. masakan MIL semua dah dapat. so,takdelah ngidam lagi...hihi..tq mak sebab masak semua yang menantumu idamkan.. ^^ la ni laili dok teringin nak makan sambal tumis terung pipit istimewa mak di kampung..makan dengan ikan goreng pun sodap...terangkat..boleh makan habis licin 3 pinggan okeh..hikhik...oooo...rindunya mak di kampung..padahal baru je balik kampung hari tu..hihi..

tadi singgah blog geng kapal. baca 1 entry tu,rasa sedih lah plak.. haish,mudah-mudahan tak terjadilah pada kita semua. dan seperti yang selalu laili sebut sebelum ni,kepercayaan dan kesetiaan amat penting. tulah asas dalam suatu perhubungan.

dan tengahari tadi plak ada tengok rancangan anjakan paradigma bersama dato' dr fadzilah kamsah.
topiknya memang bagus. "bila jodoh dah habis"
topik ni tentang pasangan yg bercerai. menjadi ibu tunggal. tapi bukanlah laili nak cerita bab cerai. tapi antara faktor berlaku perceraian.

banyak faktor yang sebenarnya remeh. tapi sebab sikap sambil lewa,yang remeh tulah yang menjadi punca..

hm...takut kan..yelah,kalau boleh,semua yang berkahwin nak rumahtangga yang dibina bahagia selamanya..kekal sehingga ke syurga. tapi,terkadang tak selamanya bahagia. sebab hidup kita sentiasa diuji. cuma cara kita hadapi tulah yang menjadi kunci kepada setiap yang berlaku.

dan sebab paling tinggi perceraian adalah... "KURANGNYA PENGHARGAAN DARI PASANGAN"

kalau bab ni,tak semestinya lelaki je yang jadi punca. perempuan sama juga. ada setengah perempuan pun terlalu taksub dengan dunia kerjanya. tapi ada juga yang bila dah ada anak,terus abaikan suami. kononnya suami dah besar panjang.. tak payah nak manja-manjakan dah..
ish..ada plak camtu..mana boleh camtu..lelaki ni,walaupun brutal,tapi sebenarnya manja yang amat. kalau bukan kita ni isterinya yang memanjakan,dekat siapa si suami nak bermanja...?????
pastu,1 lagi situasi yang selalu kita lihat,zaman sekarang kebanyakan isteri suka makan yang beli jer...takmo masak..penat katanya.
sekali-sekala takpelah..kalau dah hari-hari..apa ceritanya plak tu..?
si suami rasa terabai macam takde isteri plak.
bila si suami berlagak bujang..barulah si isteri nak ngamuk,majuk bagai..

dalam bab ni,kita isteri kita sentiasa alert,jaga yang remeh-remeh ni sebab dari remeh jadilah hal besar.
orang tua-tua selalu pesan,nak jaga suami kena jaga 2 perkara.
1)perut
2)keinginannya

kalau jaga yang dua-dua tu,insyaallah bahagia selamanya.

yang lelaki plak..pun terkadang ada gak salahnya..
kuat kerja sampai tak ingat anak bini. kami tau suami kerja keras untuk kami,tapi masa bersama keluarga amat penting. jadi,luangkanlah masa anda. jangan terlalu gila kerja okeh.
lagi satu,orang perempuan ni suka dimanja,terkadang tu baru nak manja-manja dah kena marah..
takmolah camtu cik abang.. setiap sentuhan tu ada telepati..aura yang tersendiri.
ni part yang laili rasa ramai sokong..lelaki selalunya lupa tarikh2 penting..contohnya,tarikh lahir,tarikh nikah..dan kadang tu,tarikh lahir diorang sendiri pun lupa..
sampaikan si isteri kena bagi remind.
kami ni kaum isteri bukan minta hadiah mahal-mahal pun..dapat ucapan istimewa pun dah cukup membunga-bungakan hati kami..
lepas tu hargailah apa jua yang isteri lakukan dengan sepenuh hati untuk anda.
nah..tak susahkan jaga hati pasangan..
pokok pangkalnya diri kita sendiri. jangan terlalu ego. takde maknanya nak ego pada pasangan kita. baik si isteri mahupun si suami.

sebut pasal tarikh-tarikh ni,teringat kat en.suami terchenta..dari awal lagi dah ngaku susah nak ingat tarikh sebab ada banyak nak ingat. tapi alhamdulillah,sejak berkawan sampailah sekarang,tak pernah pun dilupa tarikh2 penting..paling tak pun,ingatlah bulannya dan tahun. oklah tu kan..daripada langsung tak ingat..hukhuk..



laili pun faham sebab en.suami memang ada banyak yang nak kena ingat. yang penting,dalam diari dan hp ada terselit tarikh penting tu..hihi...

love u sayang.....mmuahhhh....


kepada kawan-kawan semua,selamat berpetang-petangan yer....


--------------------------cinta hingga syurga--------------------------

Wednesday, July 13, 2011

pengemuman...pengumuman....

assalamualaikum...... ^_____________________^

salam di pagi hari...ummi khadijah in the house.....!!!!!! 

maaflah yer,lama menyepi. dok ngekor en.suami jenjalan ke hulu ke hilir.
biasalah kan,menghargai masa yang ada...bukan senang woooo....
semalam plak dah p nyoping kat pasar malam bukit beruntung.
pheeewwww...memang bestlah sebab pasar malamnya besar. makanan pun sedap-sedap.
berbaloilah jalan jauh kan..kikiki...

ni sambil menaip sambil menepuk vontots(bontot) si tecik khadijah.
ahailah..bangun pagi je terus....

"mi...nak syusyu...nak syusyu....syu..."

kalau lewat sikit bancuh,mulalah buat muka masam dengan mulut muncung donald duck nya tu..
ee...geram ummi okeh..rasa nak cubit-cubit je molot comel kesayangan kami si tecik ni hah..

urmmmm........

sebenarnya ada sesuatu yang ummi khadijah nak share hari ni.
bagi kawan-kawan yang selalu setia mengikuti perjalanan hidup kami di cinta hingga syurga ni mesti ternanti-nanti penuh debaran pengumuman ummi khadijah ni kan..kikiki...bajet artis lah plak...wuuuu...

dan dengan ini,secara rasminya diisytiharkan dengan kebenaran mohor-mohor besar dari doktor sakit puan...(merapu bebenor ummi khadijah ni...^^)...

bahawasanya,siti norlaili bt yusof telahpun hamil 5 minggu untuk cahaya mata kedua..dijangka bersalin pada 8 mac 2012..harap maklum ye,tuan-tuan dan puan-puan sekalian... :)



p/s:nanti jangan lupa pos hadiah dekat khadijah dengan bb baru yer..nak besor-besor tau.. ^^

sayang kamu semua......mmuahhh....




---------------------------cinta hingga syurga-------------------------------------

Wednesday, July 6, 2011

1 lagi..1 lagi...1 lagi.....

assalamualaikum.... ^____________^

pagi yang indah..terasa amat indah bila tengok si tecik khadijah sarapan dengan banyaknya awal pagi tadi.

tambah gembira lagi bila tengok berat badan dah bertambah..wahhhh...rasa nak melompat lebih tinggi lah plak..hihihi..

yelah,sebelum ni,asyik 45-46kg je. makanlah banyak manapun sampai terjojol halkum dan nak pecah perut sampai termuntah uwek..uwek sebab dah terlalu kekenyangan. camtu gaklah berat ummi khadijah ni.

tapi kali ni dapat sampai 48kg...wah..miahahaha...tak kusangka. akhirnya naik gak. sebab terlebih hepi ada en.suami kot.

tapi masih perlu 1kg untuk dapat berat ideal sesuai dengan ketinggian.

sebut pasal ni,teringat plak semalam adik ipar siap tegur dan pelik tengok laili makan banyak tapi camni gak.

haduyai,la ni bolehlah selim melim. tapi kalau ada baby,9 bulanlah membulat jer. nanti jalan pun macam penguin. comel lah tu kan..ekeke..

oh ya,la ni ramai betul orang eksaited nak kurus kan. sampai ada yang buat diet katakan TIDAK kepada nasi.
urm..boleh ke macam tu...? rasanya mesti tetap terasa lapar dan tak puas kan. yelah,nasi tu kan makanan ruji kita. paling tak pun,sehari sekali kena makan nasi.



tapi tak kisahlah,yang penting..amalkanlah diet sihat k. pastikan cukup semua zat. tak nak makan nasi boleh ganti dengan mee,bihun atau spageti. sup pun ok.

laili...???? ahailah,sehari tak makan nasi,boleh pengsan dek gastrik okeh..pening lalat dibuatnya. apa boleh buat. nafsu makan ummi khadijah ni kan kuat. kerja melantak je..sikit-sikit tapi kerap.

aiseh..bulan puasa dah dekat. tinggal berapa hari je lagi ni. kawan-kawan dah habis ganti puasa ke..? laili ada lagi sikit je nak kena ganti. jadinya,haruslah mencergaskan diri menggantikan puasa2 yag lepas. praktis sebelum sambut ramadhan..

asal pose jer gastrik..ayoyo..
sila jangan tinggal pose k. ^^


oklah,masa untuk berehat. hari ni awal pagi lagi dah masak makan tengahari. so,boleh rehat awal.
pada yang kena memasak tu,selamat ke dapur-dapuran untuk memasak ye.. masak sedap2.

dan yang tak perlu memasak tu,tunggulah waktu makan tengahari untuk nikmati juadah yang ada ye..

sayang kamu semua...

senyum...


-----------------------cinta hingga syurga---------------------

Tuesday, July 5, 2011

apakah....????

assalamualaikum.... ^__________________^

salam di petang hari buat semua. hari ni selera makan ummi khadijah teramatlah tinggi. dari subuh lagi dah ngup ngap...ngup ngap... pastu masa masak lauk tengahari tadi,tengok ikan je rasa meloya. tapi nanti lapar,nak kena makan gak.

so...jalan selamat yang ummi khadijah ni pilih,melarikan diri berehat sebentar bersama coklat cadbury.. (abah khadijah beli sebab pujuk isterinya majuk hari tu..ngeh..ngeh..ngeh...) *silakan jeles okeh...kikiki...

teringat plak hari tu cium bau nasi tengah masak tu,terasa busuk yang amat. pastu en.suami plak 2 hari berturut-turut meloya tak bersebab sampai termuntah. ahailah..tanda2 apakah ini..takkan gastrik plak kot..???? huhuhu....

alolo..tomeinyer kan baby tu tido camtu.. ^^


ataukah...mungkin tanda-tanda yang paling dinanti sejak kepulangan en.suami..????
ehem...ehem...kita tunggu dan lihat yer.
mana tau,kot rezeki nak dapat ahli baru kan..ekeke...

dah hampir waktu asar,pray 1st. pastu nak mencergas-cergaskan diri kopek nyioq untuk buat inti kuih pulut inti..nyummy...

selamat berpetang-petangan bersama keluarga tercinta ye. dan yang tengah bersiap-siap nak balik kerja tu,berhati-hatilah di jalan raya..

sayang kamu semua...

----------------------cinta hingga syurga-------------

Friday, July 1, 2011

di subuh hari

assalamualaikum........ ^______________________^

salam di subuh hari penuh ceria buat semua. senyum seindah suria k...

hari ni awal subuh lagi ummi khadijah dah ngadap blog. selesai je solat,terus menggodek lappy tersayang...sambil ditemani en.suami terchenta dan khadijah tersayang yang tengah rancak belajar ABC.



haish,tetiba plak teringat lagu nasyid raihan. kawan2 nak tau ke lagu apa yang menusuk jiwa laili di subuh hari ni...?????

jeng...jeng....jeng...mempersembahkan....


amacam..best tak lagu pebret ummi khadijah ni..? so,cepat2lah bangun solat subuh ye. sebabnya banyak kelebihan solat subuh ni. sampaikan baginda rasulullah saw bersabda :

"barangsiapa yang mengerjakan solat subuh selama 40 hari secara berjemaah akan diberi oleh Allah swt akan 2 kebebasan:

1)dibebaskan daripada api neraka
2)dibebaskan daripada sifat nifaq (munafik)

dan banyak lagi kelebihan solat subuh ni. jadi,janganlah tinggalkan. tambah pula,solat ni tiang agama. wajib ke atas setiap manusia yang bergelar muslim.

dan paling laili suka,bila membaca hadis dari rasulullah saw:

"seandainya mereka tahu kelebihan yang terdapat di dalam solat isya' dan  subuh, sudah pasti mereka akan mendatanginya walaupun dalam keadaan merangkak"  -imam muslim

dan kalu nak tahu apa lagi kelebihannya,singgahlah baca kat sini k http://anjangdahar.blogspot.com/2009/05/keistimewaan-subuh.html ^^



selamat beramal....


----------------------------cinta hingga syurga----------------------