Thursday, March 31, 2011

m.i.c.k.e.y

assalamualaikum...........^______________^

pagi2 lagi dah kelam kabut khadijah bawa remote kat ummi suruh pasang tivi. nak tengok channel 613...


dan cerita yang paling dinanti...

semestinya......

it's the mickey mouse club house
come inside it's fun inside
it's the mickey mouse club house
rollcall.....
donald!
daisy!
goofy!
pluto!
minnie!
mickey!
it's the mickey mouse club house
come inside it's fun inside
m..i..c..k..e..y..m..o..u..s..e

it's the mickey mouse club house! ahuk!


khadijah fav cartoon


weeeeeeeeeeee...yabedabeduuuuu... mickey mouse clubhouse time....

come, join watch with us at channel 613 now...!!!!! :)

say ooohhh,toolers....

pic at muzium negara... ^^



----------------------cinta hingga syurga---------------------------

when i need you





there's nothing to say coz now.....


i miss him.....








When I need you
Just close my eyes and I’m with you
And all that I so want to give you
Its only a heart beat away

When I need love
I hold out my hands and I touch love
I never knew there was so much love
Keeping me warm night and day

Miles and miles of empty space in
Between us
A telephone can’t take the place of your
Smile
But you know I won’t be traveling
Forever
Its cold out, but hold out and do like I do

When I need you
Just close my eyes and I’m with you
And all that I so want to give you babe
Its only a heartbeat away

It’s not easy when the road is your driver
Honey, that’s a heavy load that we bear
But you know I wont be traveling a
Lifetime
It’s cold out but hold out and do like I do
Oh I need you

When I need you
I hold out my hands and I touch love
I never knew there was so much love
Keeping me warm night and day

When I need you
Just close my eyes and I’m with you
And all that I so want to give you
Its only a heart beat away












* lagu when i need you,by celine dion.. taching giler okeh...
  2 month++ only... harus tabah harungi...
  aja2,paitin...!!!!








-------------------------------------------cinta hingga syurga-----------------------------------

Wednesday, March 30, 2011

taktik terbaik..!!!

assalamualaikum... ^__________________^

*mood : rasa nak gelak sampai pecah perut...hahaha..

sebabnya,tiap kali ummi khadijah ni nak ngadap blog jer....


mesti khadijah buat bermacam perkara tarik perhatian ummi.

tapi ada 1 taktik khadijah yang mmg ummi khadijah ni tak boleh elak. dan harus juga dahulukan dia tak kira apa keadaan sekalipun...



uuuuuu'uuuuuuuuukkkkkkkkkkkkk




haduyai,khadijah sudah u'uk..

ummi harus segera mencuci najis yang ada.. x mau bakteria bertempek terlalu lama...

jumpa lagi........

khadijah wif flower... ^^


--------------------------------------cinta hingga syurga-----------------------

1001 malam ummi khadijah.. (bad story)

assalamualaikum.. ^____________^

mulakan hari dengan lafaz bismillah n senyuman yang selebar-lebarnya walaupun dalam kefenatan yang amat banget..

haish...sabo yo lah kan..hukhuk..

malam tadi tido terlewat ckit sebab khadijah x mengantuk2.. susu bagi sampai 2 botol.. tapi tetap gak aktif bermain..semua dipanjatnya.

berpinar mata umminya ni tengok. terus ajak tido. lampu dah padam tapi matanya tetap x pejam. terkebil2 n siap ajak ummi nyembang. layan sekejap.

pastu demand,nak minum air masak dalam botol kesayangannya tu nk ummi yang pegang.. pun layankan gak.
tengok jam dah pukul 11 malam. haish..ni dah lebih.. dah x boleh dilayankan lagi ni.

terus ummi buat diam..pun x berjaya gak. lastnya,pukul 1 pagi baru dia tido. *rasa mata ummi dah jadi macam burung hantu dah masa tu..grrr


bila khadijah dah tido,barulah ummi boleh tido dengan aman tapi...........


tiba-tiba............

patutnya waktu camni dah lena dibuai mimpi indah... :(


ada 1 bunyi..........

seram uuu.................

bunyi macam kasut budak yg ada bunyi bila berjalan tu.. punyalah kuat. rasa macam dalam umah je..


ahai,dalam hati dah rasa semacam..bulu roma dah tegak tak ketahuan..



tapi,disebabkan penat,lantaklah.. setakat bunyi..

jangan usik khadijah dah lah... n paling penting...jangan timbul kat depan mata ku...huhuhu....


laili sambung tido tapi setiap setengah jam khadijah bangun...'waaaa..waaaaaaaaaa...'

demand nak ummi bg minum air tlg pegang untuk dia.

bila dia tido,laili sambung tdo balik..camtulah sampai subuh tadi.

dan tiap kali tido mmg x lena. mimpi nampak hantu macam real..siap menggigil 1 badan. mimpi jumpa org pelik 1 bangunan yg dok latah sampai ummi khadijah ni pun penat melihat.


penyudahnya,tiadalah mimpi indah yang menyelubungi tidoku semalam....

p/s: cerita ni benar2 kejadian okeh..

jgn biarkan diri anda diselubungi..........misteri...........

^____________________^

--------------------------------cinta hingga syurga----------------------------------

keterharuan yang terlampau

assalamualaikum.. ^____^

tersenyum sorang diri. baru kini ku tahu,selama ni kawan2 yg bagi komen kena isi word verification.. thanks to adik solo molo sebab sudi terus terang kat akak..

siyes,ummi khadijah ni langsung x tau tentang hal ni.. sori ye kawan2 dan adik2 sekalian..

haish,tetiba je rasa terharu menyelubungi diri mengingatkan pada rakan yang tetap singgah beri komen walaupun agak leceh..heee... *dan patut gaklah x ramai nak tinggalkan komen..hukhuk..

dan 2 org ni antara pengomen setia cinta hingga syurga. thanks k.liza n ieka sbb selalu singgah tinggalkan komen. dan yg lain tu,kalau laili x nyatakan nama...sorilah ye.. apapun,laili akan selalu terjah blog kawan2 semua walaupun rutin harian sejak bergelar isteri dan ummi khadijah ni teramatlah padat.. :)

dan harapnya kawan2 semua tetap setia beri sokongan ye..

---------------------------cinta hingga syurga----------------------

Tuesday, March 29, 2011

Deco Deco Beng Beng Boong

assalamualaikum.. ^_^

tersenyum plak ummi khadijah ni di tengahari ni kan..almaklumlah,dah siap masak tinggal nak ngap je.heee.. 

dan ni antara sebab ummi khadijah tersenyum dengan sendirinya.. diwar2kan,ada 1 segmen baru kat blog en.ben ashaari so,silalah join ye..

cara mudah je..wat entri tajuk Deco Deco Beng Beng Boong,letak header pastu linkkan.. simple je kan.


harap ramai lah yg suka deco cinta hingga syurga ni. if ada komen yg membina n ilmu yang best2 tu,sila2 lah menyudi2kan diri untuk share yer.. 

---------------------cinta hingga syurga-----------------

madu 3

assalamualaikum...

^______________________^

senyum lebar-lebar...seindah suria k. :)


phewwww....awal pagi ni agak sibuk ckit blogwalking dari 1 blog ke 1 blog. tp tak boleh habiskan semua skali. kena tengok n baca pelan2 untuk lebih memahami dan merasai perasaan blogger tu semasa menyampaikan cerita.

2-3 menjak ni,laili asyik ngadap madu 3 laili jer.. nak perhatian sebab en.suami tiada di sisinya.. haish,nyampah..!!!patutnya i yg kena diperhati... grrr...

opppsss....jangan salah faham k. bukan madu tu ye...yg laki kahwin banyak tu...no,no,no.... bukan sama skali. madu yg laili maksudkan adalah....

jeng..jeng...jeng..... (disertai bunyi drum...)

mempersembahkan....

madu berlesen ummi abah khadijah...
^^ wink...wink.....^^


hahaha...nilah kesayangan kami.kalau en.suami ada..tiap hari akan dipolish. tapi,bila kena tinggal dekat ummi khadijah ni..langsung takde kena polish.. harap cuci bagi berkilat je lah...hehe...

sekarang ni dah 2 bulan kete tu dok bawah garaj je,minta perhatian..nak tukar gearbox.. hadudududu..poning2.. tapi alhamdulillah,berjaya gak kami saving duit dengan jayanya... so,tunggu barang sampai je lah.

pastu baru boleh bawa ronda2 semula. cian kat khadijah,dah rindu sgt nak jalan2 dgn kete tersayang ni hah.. tiap kali ummi cuci kete,kelam kabut dia ligan ummi sambil pakai kasut sebab ingatkan ummi nak bawa dia ronda2 naik kete.. walhal,enjin pun dah tak boleh start..huhuhu..sabar ye yayang..ummi abah tengah usaha yg terbaik ni..

dan ini pula pesanan buat en.kete: sila berbakti sepenuh kudrat anda dan jagalah kesihatan dengan sebaiknya,kami tau awak dah tua,sebab tu macam2 ubat kami bagi kat awak..makan pakai semua kami jaga..riban2 okeh.. so,plzzz na mo semput2 tengah jalan lagi ye..utamakan keselamatan.. salam sayang, wanlaili sekeluarga...


selesai sudah urusan pembacaan warkah utusan,tiba masa uruskan khadijah yang masih lena dibuai mimpi bermain di taman tema disney..weeehaa....


selamat memulakan kerja dengan senyuman.... ^^

-------------------------------------------cinta hingga syurga--------------------------------

4 atau 5..???

assalamualaikum....... ^_________^

senyum seindah suria k.

hari ni terlewat sikit update entri sebab tersangatlah bizi.. awal pagi lagi dah cuci kereta bagi meghelip2 sbb tak lama lagi tuan besar dah nak balik.. *yg sebenonye,statement nak sedapkan hati jer tu. hakikatnya,kena tunggu lagi 2 bulan ++.. 


lupakan hal sign off tu,tu urusan kami laki bini okeh.. x mo cerita lebih2..kang ada plak yang meluat.. padahal yang lain pun dok tunggu laki balik keje dari kul 8 pagi tadi sampai kul 5 petang.. wahaha..bagus2.. jangan lupa siapkan makanan dan minuman petang dengan sesedap rasa k.* jeles plak i kat u olls. uhuks...hehehe..

cian en.suami tu penat kerja. balik kerja,mestilah ternanti layanan penuh mesra dari isteri tercinta kan.. bukakan pintu kereta,pimpin masuk umah,bukakan stoking,sua air sejuk..yang naik motor plak,lepas suami turun motor,sesekali tu..sama2 lah pimpin motor kat garaj 5 bintang u olls tu...wah,sangat lomentik okeh.. dan dah semestinya akan terasa seperti... fuh..sorganya.. :)



*wuuu..rindunye nak lomentik2 camni kat en.suami.. kawan2,sila praktikkan pada en.suami anda k. kompom,senyum sampai telinga..^^ wink..wink..


oklah,walaupun laili cuma berdua dengan khadijah sekarang ni kerana suami tercinta sedang bertugas pada negara,makan minum petang tetap perlu disediakan. dan petang ni kami dua beranak ni,sepakat nak mam roti dengan nutella..nyumx3.. tersangatlah sedap dan nikmat.

marilah join kami sekali..jangan segan-segan ye...

dan...................

selamat berpetang-petangan...

-------------------------------cinta hingga syurga------------------------

Sunday, March 27, 2011

tarik tali

assalamualaikum... ^___________^

*mood : hepi  + jantung rasa nak gugur = sebab khadijah tersangat seronok panjat kerusi sambil jerit-jerit. "mimi..mimi.." tp jantung rasa nak gugur sebab kerusi tu tinggi dan nyaris-nyaris nak jatuh. tapi dia punyalah seronok tak ingat-ingat..huhuhu... oh my yayang,please lah..dok baik-baik sikit..

now,dia dah duduk atas riba umminya ni sambil minum air masak..hahaha..gud girl.. =))

sekarang laili nak share pasal cerita semalam. bercanda di pasiran pantai..hehe... tersangatlah heaven okeh. khadijah siap naik atas bot dan main tarik-tarik tali lagi tu. macam kuat sangat.. 

seronoknya dapat main tarik tali sampai mata pun terpejam2.. ^^

so,ummi pun dengan sepantasnya,haruslah mengabadikan detik-detik terindah si tecik khadijah dengan menggunakan khidmat fon sony ericsson G705 kesayangan tu.. * handphone yang abah khadijah beli masa dalam pantang khadijah..

yeahh....tarik kuat-kuat lagi,khadijah.. u can do it.. !!!

yelah,nak beli DSLR,masih lagi banyak benda lain nak guna duit. so,tunggulah dulu bila ekonomi dah betul-betul berganda. sampai dah tak tahu nak buat apa. barulah beli DSLR tu..*boleh ke camtu..???? boleh jer lah kan..daripada tak ada.. ^^

penatlah ummi,tarik kuat2 tapi sampan ni tak bergerak pun.... :(

ummi,marilah duduk sekali atas bot ni.. kita nyanyi2 lagu mickey mouse ek...
^_____________^


buat masa ni,guna je dulu apa yang ada. syukur,atas nikmat dan anugerah-Nya ni kan.. :) alhamdulillah..

khadijah dah pun tertido teman ummi update blog. dan sekarang,turn ummi nak join khadijah tido petang.

sampai berjumpa lagi di entri yang akan datang...



--------------------------------cinta hingga syurga-------------------------

Friday, March 25, 2011

riang ria bersama en.eskalator

assalamualaikum.. ^__________^

*mood : menyengih sorang diri.. :)

sejak petang semalam tulah aktiviti laili. pantang dok diam je..mesti tersengih dan ketawa tak henti-henti disambut oleh hilai tawa khadijah. siyes..dah rasa macam orang giler plak sebab ketawa sorang-sorang tanpa digeletek tak hengat-hengat tu..hukhuk..

tengok ummi ketawa tanpa henti..hahaha..


semalam laili shopping barang dapur dengan MIL,ditemani khadijah yg setia di sisi,adik ipar yang setia menjadi bibik untuk khadijah dan mak tok jiran sebelah rumah ni... seronok gak shopping semalam sebab berjaya berbelanja dengan berhemah dan tak melebihi bajet. sebelum ni merata kedai dan shopping mall kami masuk,tapi harga susu dumex tu semua sekitar 20 hengget ++. dan semalam,bulat mata ummi khadijah tengok harga susu tu di tesco cuma 18 hengget 90 sen.. jimat hampir 3 hengget..hahaha.. gedix plak ummi khadijah ni kan. tu baru jimat 3 hengget,dah nak riuh semesta alam blog ni..hahaha.. pastu teruslah rembat 4 peket yg 1kg tu untuk sebulan.

pastu beli gak lah makanan basah,sayur,buah dan snek berkhasiat buat kami dua beranak ni. habis rat gak lah. tapi takpe,semua tu benda makan..yang berkhasiat. jajan-jajan..tiada dalam list.

bila dah habis shopping kat tesco tu,kami pun turunlah pegi tempat parking naik eskalator. malas plak naik lif. walhal masa nak masuk tu,memilih naik lif..hikhik..

dijadikan cerita,alkisah pun bermula..bila dah sampai di penghujung perjalanan eskalator tu,troli laili tu tiba-tiba tak mau bergerak. jenuhlah laili menolak sepenuh kudrat yang ada..menggunakan tulang 4 kerat laili ni. hadui...roda belakang troli tersangkut maa... laili dah nyaris nak jatuh sebab eskalator tu sentiasa bergerak. troli plak tak mau bergerak-gerak. 

masa tu muka dah pucat..MIL n mak tok dah ada kat belakang..aduh..harus bersiap sedia bakal menjadi mangsa rempuhan troli yang sarat dengan segala macam...hadudu..sakit pinggang okeh..huhuhu..

dahlah masa tu laili siap menjerit panggil MIL tp tu lah kan,macam mana lah MIL nak elak..takde brek.. nak tak nak..direlakan jugalah... 

lepas kena sondol tu,barulah troli laili tu nak bergerak..

*hamboi hang..saja noo...nak tunggu kena langgak baru nak bergerak.. 

selesai je aksi tu,kami anak beranak pun gelak lah tanpa henti..memenuhi ruang legar tesco tu.. 
dalam hati,dah tak kira malu dah.. rasa lawak je.. rasanya muka laili masa tu dah macam mr.bean dah kot..hahaha.. 

en.eskalator yang amat berhemah.. ^___^


kesimpulannya,buat apa pun kadangkala kena gak merelakan walaupun tidak ingin kerana itu saja jalan yang ada.

pada kawan-kawan..kalau shopping tu,sila hati-hati k. jangan jadi macam kami ni..

selamat bershopping dan selamat menaiki eskalator dengan jayanya... ^______________^


-----------------------------------cinta hingga syurga------------------------------


Wednesday, March 23, 2011

nak lagi,lagi dan lagi...

assalamualaikum... ^__________________^

*mood pagi ni : seceria dan seindah pelangi...wah....gitu..
sebabnya kat sini ada pelangi..sangat cantik..dah lama tak tengok.


awal2 pagi ni memang bizi.. bizi mengemas,membasuh,memasak.. tapi seronok sangat sebab semua tu buat sendiri..bila tengok hasilnya amat puas hati. masak kalau x sedap pun,akan usaha makan sampai habis sebab dah perah sehabis daya upaya nak masak..hehe..

hari ni nak kena keluar shopping barang dapur dan susu khadijah. hadui...duit kena keluar lagi. masuknya sebulan sekali je..tapi keluarnya sangat laju..sederas air paip..hukhuk..

dan nampaknya kenalah exercise awal ckit sebab nanti akan ada adengan berlari-lari dan berkejar-kejaran ala hindustan kat shopping mall dengan si tecik khadijah yang langsung tak reti dok diam.

tengah makan pun nak bercakap..


mujurlah ada opah khadijah yg setia melayan kerenah cucunya. kalau laili keluar berdua,nampaknya kena dok dalam kantung macam anak kangaroo lah dia..hahaha..

berat..???? hadui,khadijah memang berat walaupun kecil ok. rasa nak patah pinggang dan bahu umminya ni dukung dia. tapi kalau dah terpaksa,kena gak lah sebab kalau dalam stroller dan troli tu,dia dah boleh panjat. tak tau takut langsung.

tengah menaip ni tiba2 teringat coklat..sedapnya.. lagi mahal lagi sedap kan..ekeke...* hamboi2,kalau coklat semedang je nak yang mahal..kuikuikui...


oh,my cadbury.. ^______^




takpelah,demi suami tercinta,ku pendamkan dulu keinginan makan coklat yang x cukup seguni tu..selagi ada,selagi tu lah nak makan.. tak takut kena diabetis langsung..hukhuk... *sayang,balik nanti kita makan coklat sama2 dengan khadijah sambil tengok kartun ek..wink wink...

oklah kawan2,harus mengawal nafsu makan coklat nih.. dan untuk shopping kali ni,coklat tiada dalam senarai. kalau tak nanti,asyik nak lagi,nak lagi dan lagi..hohoho....

nasihat percuma untuk diri sendiri dan kawan2,kalau makan apa pun,sila jangan berlebih-lebih ok.. =))

          --------------------------------cinta hingga syurga------------------------------




Sunday, March 20, 2011

nak jadi ibu ayam

assalamualaikum...........

dah lama laili tak update blog waktu pagi2 camni..tersangat bizi melayan khadijah yang semakin banyak kerenah..asyik nak manja2 je dengan 'mimi' nya ni. dok mana2 pun nak beriba. baru nak menaip update blog je,tangan ni dia dah tarik suruh peluk dia...

hadui...manja bebenor...la ni ummi nya ni tengah usaha bagi khadijah kurangkan ckit tahap kemanjaannya tu. risau plak nanti makin manja dah jenuh...nanti abah khadijah pun tak boleh manja2 dengan ummi..hikhik... *terlebey sudah.. ^_____________^ (haip...skodeng apa tu...????)

apa hal pun,sila mulakan harimu dengan semyum selebarnya...seindah sang suria k..

ayam oh ayam


malam tadi laili berangan nak jadi ibu ayam. mesti untung besar...yelah,kan ramai orang suka ayam..boleh kata hampir tiap hari nak beli ayam dan makan ayam... tambah lagi bila ayam tu digoreng ala2 ayam kfc n cicah dengan sos cili life ataupun kimball..fuh....sedapnya hingga menjilat jari tangan dan jari kaki okeh...


no photo plzzz...i nak mam ni...




nape laili kata untung besar? of coz lah untung besar, sebab sikalang ayam sulah naik halega maa......1kg rm8.20....haiyoooo....manyak mahal.... dahlah laili berdua dengan khadijah ni pun sebulan makan sampai 4 ekor ayam..seminggu 1 ekor.

lepas dengar berita semalam,terus laili kira2 tambah,darab,bahagi,tolak bajet bulanan belanja dapur termasuk susu dumex cekelet untuk khadijah. semua dah naik harga,so...list barang termasuk harga yang laili buat tu,terpksa lah letak harga lebih.. 3x check list tu... risau over bajet.

bukannya apa,laili ni sejak dah bergelar mem besar kepada en.saifull azuan ni.. bab2 harga barang ni memang alert lebih sikit sebab nak menyaving demi masa depan bersama. *nampaknya terpaksalah kensel nak buat langsir baru..huhuhu...semua naik harga..xde 1 pun yang turun harga.. oh en.gaji..awak bila plak nak naik ni...jadi riban2 juta2 lemon ni...???? haish...


khadijah photogedix wif mak de sambil mam anggur...


angan2 hanya tinggal angan2... nak jaga rumah dan anak pun dah terkocoh2. ni plak nak jadi ibu ayam.. *bukan ibu ayam yg jual orang tu okey..yang tu x boleh..dose....


penyudahnya,beli jelah ayam2 yang ada kat supermarket tu.. nak jadi vegetarian pun,sayur pun mahal2 gak...takde yang murah. pandai2 kitalah nak buat belanjawan dan plan masakan untuk keluarga tercinta..jimat2 juga tapi,khasiat pemakanan perlu dijaga. kena cukup semua zat yang diperlukan..



akhir kata,selamat berbelanja dengan berhemah...

p/s:pasni kena buat list dengan ketat..beli yang penting2 jer...yang kemahuan tu,tinggalkan..
khadijah,no more choki2 okey...just susu and healthy food for u okey lovey dovey ummi abah.. gud girl.. ^_____________^




--------------------------------------------cinta hingga syurga------------------------------

Friday, March 18, 2011

diriku dicium di khalayak ramai

*mood sekarang ni teramat-amat lah marah rasa macam nak bertukar jadi incredible hulk okeh...grrr...

cuba bayangkan laili jadi incredible hulk..huhuhu....


sila ambil langkah berjaga2 membaca entri ni k. kalau tidak,anda mungkin bakal menjadi mangsa seterusnya...



 alkisahnya camni:

kawan-kawan,sejak 2-3 hari ni ada je makhluk yg suka mengganggu laili.. suka sangat datang dekat2 laili ambik kesempatan..tanpa laili sedar...huhuhu.. 

mula2 dia tengok je..laili pun biar je lah sbb takkan nak marah plak kan.. mana nak tau kot matanya tu rabun ke juling ke..dia pandang orang lain. tapi laili plak perasan sendiri.. *laili bukan jenis suka perasan sendiri okey.. :) .pastu sebab kita buat tak kisah agaknya, dia datang plak dok dekat laili.. so,xpelah lagi.. sebab dok tu pun adalah renggang-renggang dan xde kacau apa pun.. nak buat laporan polis pun tak boleh..:(

tapi sekarang ni,dia dah bertindak di luar batasan okey..

nak tau dia buat apa..????

dia kan...dia...dia.....(nada geram )

dengan beraninya telah  mencium laili di khalayak ramai...!!!!! depan khadijah plak tu..wah..memang tersangatlah tak senonoh dan biadab..huhuhu....geram sangat okeh...

 pastu,laili pun takde bagi excused2 lagi dah..

dengan sepantas kilat,terus je laili bagi habuan kat dia.. 

laili lempang2 sampai bengkak pipi dia. tumbuk2 sampai terabur semua gigi. sepak terajang sampai dia tak boleh bangun. nak puas hati lagi,sepatutnya laili tembak dengan senapang M16... 

barulah puas hati.. sebab dia selamba dek je cium laili..tak bermoral sungguh kan...????

hah..ni lagi 1 datang cium laili.. jap ye... nak ambik senapang..

gunalah ridsect..takkan bagi peluang walaupun pada yang bersembunyi...



nak bagi mampus sebab dah ambik kesempatan...

sorilah,kerana tiada maaf bagimu wahai nyamuk durjana.....huhuhuhu...


 
sekali dirimu mencium diriku,akan ku dapatimu sampai ke pelosok mana sekalipun...
tak akan sesekali melepaskan...
nyamuk durjana.


Wednesday, March 16, 2011

nyum nyum nyum...

assalamualaikum.................

^_____________^

senyum seindah suria k. walaupun dalam hati agak mendung...huhuhu... :)

hari ni laili rasa ceria ckit sbb dpt email dr en.suami.. ckit sebanyak dptlah melegakan ckit keresahan isterinya ini..huhuhu...

klah,x mo sedey2....ptg nt dah blh mms2 dgn en.suami..harus ngadu sepuas2nya.. tggu kat btu nt baru nak sembang panjang lebar... 8P

pagi ni tiba2 terasa rindu masakan emak di kampung. lalu dengan cergasnya,laili ke dapur dibantu oleh PA yg setia,khadijah...hehehe..

*tolong nyebok je pun...dgn kereta mainan dia...hahaha..

so,menu pagi ni...ubi keledek goreng....


ni lah ubi keledek goreng versi ummi khadijah.
^__________^


aik...u olls gelakkan i ye..???? nak kena babap ni.. i tengah rindu kat my mother di kampung okeh... (tiru style cakap norkiah dalam masam manis tu ok...my mother di kampung..hikhik...)


menu masakan ni simple je..bahan pun x banyak.. cuma guna ubi keledek,tepung gandum,tepung goreng adabi n garam secukup rasa. n minyak secukupnya untuk menggoreng..

makan bila dah suam2 lah..cicah plak dgn sos cili.. fuh,marbeles...terangkat makan tu ok..sampai menjilat jari..


ubi keledek ni dulu murah je..tp sekarang ni makin mahal..dah cecah rm3 untuk 1 kg.. patutlah kuih2 pun makin kecik je org buat untuk jual.. so,nak untung,silalah buat kuih sendiri..hehe..

ubi keledek ni boleh buat macam2 tau.

antaranya,karipap,cucur badak,cek mek molek,keledek rebus,keledek bakar,serawa...ada setengah orang panggil pengat..n macam2 lagilah mengikut daya kreativiti n citarasa.

oklah kawan2,x mo celoteh panjang lebar. kalau rasa teringin tu,cepat2 lah masak ye... x pun jadikanlah menu minum petang nanti... kalau makan masa hujan,lagi best... ^____^






selamat bersantap...:)

lindungilah mereka.

*mood: jiwa kacau...






baru2 ni kita semua dikejutkan dengan berbagai bencana..mula2 gempa,lepas tu tsunami. dan kini letupan loji nuklear di japan..

laili nak cerita panjang lebar pun,mood agak kureng ckit untuk menaip. tp kawan2 boleh baca kat sini dan juga di sini untuk info yg terkini..

pasti ramai yang tertanya2 apa sangkut paut berita ni sampai buat jiwa laili kacau.. ye,anda mmg rakyat yg prihatin kerana sentiasa ambil berat.

sebab paling utama buat laili adalah kerana suami laili..juga abah kepada permata hati kecil kami,khadijah..kini sedang dalam perjalanan ke japan demi menyelesaikan tugasnya bersama krew2 lng. menghantar kargo ke sana. bukan hanya suami laili,tp laili juga tumpang risau bg kawan2 yg pasangannya sedang meredah lautan..x kiralah risiko tu kecil atau besar.




walaupun umum diberitahu yang radiasi tu menghala ke arah utara tp,hati tetap x tenteram.. sebabnya,radiasi tu bergerak mengikut angin..senang cakap melalui udara...

laili x tau nak gambarkan macam mana perasaan laili sekarang..


ramai yang cuba memujuk dan beri kata2 positif. tapi,sukar untuk laili terima sebab yang berkata x melalui..x rasa apa yang laili dan kawan yg senasib rasa.. plg tepat laili katakan,mereka x rasa apa yg pasangan kami..si chenta hati kami sedang lalui sekarang..dengan risiko yg berganda2...

banyak info laili cuba dapatkan tp hampa sebab kebanyakan fakta disembunyikan...

dalam tangis mengharap bantuan drp Allah taala laili menaip entri ini..

betapa bimbangnya diri laili,hanya Allah saje yg tau...selagi x melepasi saat kritikal ini..selagi tu lah jiwa kacau menyerang...

nilah kehidupan keluarga pelaut yg selalu org lupakan. kita di darat asyik fikir yang di darat. tp bg kami,yg di darat kena fikir. yg di laut pun kena fikir...

bukan nak mempertikaikan cuma berharap xde berlaku selindungan kepada kami...

laili harap kawan2 semua pun mendoakan keselamatan dan kesejahteraan chenta hati kami ni..

untuk kami,ada 3 bulan lg perlu ditempuh... harap dalam tempoh 3 bulan pelayaran ni,janganlah berlaku musibah yg lebih teruk lagi..

Ya,Allah...Kau peliharakanlah cinta hati kami. jauhkan drp segala bahaya dan drp segala penyakit. selamatkan mereka dan pulangkanlah mereka kepada kami nanti dalam keadaan yg sihat walafiat..amin..ya rabbal alamin...

Monday, March 14, 2011

rindunyer kat mimi...

assalamualaikum...

^_____________________^

*mood hari ni : hepilah sesangat walaupun berada dalam cuaca panas membahang..hukhuk.. :)

pagi ni laili dok umah sorang2 je sebab khadijah ikut opah,mak teh n pak cik mak cik yang ada..jalan2 ke teluk batik..

sepanjang menanti tu,rasa boring sesangat. sebab rumah jadi sunyi sepi xde lagi gema suara khadijah yang x reti diam tu.. *rindu x dengar khadijah panggil "mimi"... :)


tp dia x keluar lama sangat pun. dalam 2 jam je,dah balik. masa tu laili kat umah mertua lah.. dok tunggu dia balik.

elok je dengar suara laili,terus khadijah meluru ke dapur opahnya tu panggil....

"mimi..mimi....muah..mmuahhh...."

wahaha..khadijah rindu kat ummi rupanya..kiss ummi n peluk x nak lepas okeh...wuwuwuwu....


ummi rasa sangat bangga bila khadijah wat camtu...terus cair hati ummi ni tau..

ohh,khadijah yayang..bucuk2 ummi abah..teruskanlah menjadi penyejuk hati ummi ye.. cayang khadijah...

n cayang auntie2 cume gak sebab sudi baca entri ni..ahaks.. *terperasan diri artis sudah..hikhik...

gola2 masam manis ummi abah ^__________^


---------------------------------cinta hingga syurga----------------------------------------

Thursday, March 10, 2011

kepanasan telinga yang terlampau

assalamualaikum....

^_________________________^

senyum dengan selebar2nya macam jaclyn victor tu muyeh x.? hikhik..

*mood laili hari ni tersangat2 lah hepi...
ai..laili ni memanjang jer hepinye..sedih2 xde ke..?

aiyooo...x maulah camtu kawan.. laili tengah hepi ni..dalam hati ada taman..xmo lah sedih2.. nanti muka kedut 1000.. cepat tua...huhuhu..sia2 je hari2 makan carot n brokoli jaga kulit...ehehe...

awal pagi lagi masa tengah lena tdo,laili dah dikejutkan oleh 1 panggilan yg menghangatkan hati ini... panas ok..jantung degup kencang x ingat2 pabila mendengar suara itu...grrrr...

hah...kawan2 agak sape..? apa...mak enon..? ish,salah tu..cuba teka lagi...
hah...mak jah...?aik..ni dok sebut nama famos amos yg chef wan sebut masa wat rancangan memasak jer...ni mesti main hentam ni..hukhuk..

klah,xmo teka tekuk lama sangat..kang berlekak lekuk ayat dalam ni.. *peace no war


dan cni laili istiharkan insan yg tlh berjaya memanaskan hati,mendegup kencangkan jantung dan memanaskan telinga laili dengan jayanya...

x lain x bukan....

i love u.. u love me.. we're happy family..

si jejaka yang berkaca mata hitam tu lah.. en.suami tercinta..hikhik..

yelah,hati hangat kerana rindu. berdegup kencang kerana amat hepi..dengar suara pun rasa heaven giler.. panas telinga plak sebab dok pot pet pot pet x renti2...dok cerita macam2..dari hal anak sampai hal semasa...
mujur pakai ear phone. kalau x,rasanya lagi panas kot..mau terbakar hp tu sbb dok melekat kat telinga ni... :)

tp sekarang ni dah x boleh sembang lama2 kerana khidmatnya amat diperlukan... keje harus dedikasi okey..

esok last day untuk calling2.. oklah tu kan,dapat gak sembang2 drp langsung xde..syukur alhamdulillah..:)

kalau kat japan nak calling2 by fon mmg xde lah sbb rate kat sana tinggi. kalau pegi cc baru blh sembang guna skype. kalau x,sms n mms je lah.. tu pun dah hepi giler2 kentang..hikhik...

masa umah xde internet dulu,tiap kali masuk port kat oversea je...mesti call guna i-talk *i-talk...dengan mobile...nyanyi mcm dalam iklan tu k.


tulah yg kami guna sejak dulu sampailah bila dah masuk line internet. kalau rm10 tu,dapatlah sembang dlm 8min. elok je uu...aaaaaa........uuuuuuu..........aaaaaaaaa....gagap2 cakap sbb masa singkat,duit dah hbs. n selalunya kami end off awal sbb xnk line putus camtu je sebelum ucap * kini ku kata hi...hi..kau katakan bye..bye.. huhuhu...

oleh itu,kami amat2lah berterima kasih kepada rangkaian telekomunikasi yg ada..kerana menjadikan hubungan kami lebih erat walaupun jauh berjuta2 lemon batu..

*celcom,telekom n streamyx..sila jadi penaja kami boleh.. ????


masa semakin mencemburui kita. malam ni xleh blogging lelamaan.. harus memberi sepenuh masa kepada suami tercinta... sbb pasni kena tunggu 2 minggu baru blh dengar suara. si tecik khadijah pun dah standby dok kat hp...hehe...

selamat malam,semua..

selamat bercintan-cintun.......................


        ------------------------------------cinta hingga syurga----------------------------------

Wednesday, March 9, 2011

gigi patah gara2 basikal

assalamualaikum...

tajuk yang memang x boleh blah kan..hikhik...

urm...di waktu malam yang mendamaikan ni..(xdelah damai sangat pun sebab khadijah terjerit2 main kat sebelah umminya ni..hehe), sambil memerhati gelagat khadijah mengayuh basikal arnabnya,laili teringat kenangan lalu masa mula2 belajar bawak basikal roda 2.. alah,basikal untuk orang dewasa tu..

laili belajar bawa basikal masa umur 9 tahun. lewat ckit sebab penakut amat.. tu pun mujurlah ada kakak tersayang yg sudi ajar. kalau x,mau sampai sekarang pun x reti bawa..hukhuk...

berbekalkan azam yg tggi dan semangat yang berkobar2 tu,tiap hari laili turun padang belajar bawa basikal tu bagi mahir..

yelah,kawan2 laili semuanya pandai bawak basikal. x padan dengan kecik cinonet tu pun boleh lagi bawak basikal tua tu tau..siap menyenget diorg kayuh basikal tu. gelak laili tengok. tp tu lebih bagus drp laili yang langsung x reti ni... gelak tu pun bukan sebab apa,basikal tua tu kan ada alang,sbb kecik n rendah..kaki pun pendek..pandai plak diorang wat akal kayuh cara menyenget camtu.. tu lah yg x menahan tu..hahaha..

tinggi basikal ni kan... ^_____________^


*pada yang ada wat aksi sebegitu,jgn terasa ye..ni xde kena mengena dengan anda ok...sebab kita x pernah jumpa. so,laili xkan gelakkan anda..hehe..

selepas berusaha tanpa kenal erti putus asa walaupun terkadang rasa nak putus urat kaki ni sbb mengayuh tanpa henti.. dan terasa nak putus urat halkum sebab asyik menjerit mintak tolong,laili berjaya juga akhirnya.

dan tibalah hari yang dinanti.. hari membuat pertunjukan di hadapan abah(sekarang ni dah arwah),mak,abg dan kakak...

dengan senyum lebar macam kerang busuk tu,laili melangkah bangga menuju ke arah basikal kesayangan laili tu.. terus kayuh dengan senyuman. *bangga okey sebab pasni dah xde org boleh gelakkan ai..ehehehe.. (gelak nakal)

bila dah puas kayuh tu,laili pun pusing untuk patah balik. bila dah nak sampai umah tu,laili jerit "abah.....tengok ni,laili dah pandai bawa basikal....yeye...!!!" sambil lambai tangan kat abah..

padah orang riya' agaknya,laili terlanggar batu n basikal tu gelong xleh nak control.. apa lagi....



laili pun.... terus lah.........



dummmm!!!!!



waaaaaaaaaaaa.................tolong.....................huhuhu...


sekali,laili jatuh longkang dah... gusi laili berdarah..rasa nak pengsan dah masa tu...tengok darah berjejeh-jejeh..

mak,abah n kakak kelam kabut datang.. nak gelak pun ada sebab mak sampai nangis tengok anak daranya ni jatuh..masuk dalam longkang plak tu.. tambah drama bila darah keluar dengan banyaknya dari mulut laili,siku dan lutut.

bila dah kena angkat tu..laili pun cakap...

"mak,abah..gigi laili sakit..rasa macam dah patah..huhuhu..."

habis je cakap tu,tengok2 2 batang gigi bertabur...


wargghhhhhhhhhhhhhh..........gigi susuku sudah patah.........waaaaaaaaaaaa...tulun..........tulun............


basikal tu...???

haish,orang tengah cerita pasal gigi susu tersayang yang patah,korang tanya pasal basikal plak..?
kecik hati laili tau..hukhuk..

basikal tu dah arwah pun..rosak teruk sebab termasuk dalam longkang. mujurlah longkang tu kering..xde air..
kami jatuk gedebuk macam nangka busuk je kat dalam tu.

pas insiden tu,laili x berani bawak basikal dekat seminggu. fobia takut jatuh lagi..kang patah gigi lagi..

tapi disebabkan keinginan membuak2,x dan sembuh sepenuhnya,laili dah curi2 bawak..hehe..

ni dah hampir 4 tahun x kayuh basikal. x taulah boleh kayuh lagi atau x..hikhik...

pada kawan2 semua,kalau bawak basikal atau motor tu hati2 k. jangan asyik nak tegur n lambai orang sana sini..bahaya ok... :)

     -----------------------------------cinta hingga syurga-----------------------------------

Tuesday, March 8, 2011

demimu,kugagahkan jua..

assalamualaikum... ^____________________^

sekarang ni laili menaip sambil menahan sakit yang amat sangat di kaki kiri laili..

tp laili bukannya sakit sebab ada penyakit tapi sebab nak menyelamatkan khadijah,laili harus hadapinya..
kasih ibu kan,biar kita yang sakit..jangan anak yang sakit.

alkisahnya terjadi tengahari tadi. khadijah seronok sangat main panjat2 di rumah opahnya. sebab nak menyakat mak uda nya..dia pun panjatlah naik atas pc yang diletak kat tepi katil umah opah. pc tu dah rosak. so,dah x de gunalah. 2-3x dia usaha panjat akhirnya berjaya. ingatkan nak duduk jer..

tup2... dia nak berdiri atas tu..


kelam kabut lah umminya ni bangun..berlari sepantas kilat nak sambut anak sebab risau terjatuh.. alhamdulillah sempat sampai n sambut dia.

kalau x,x tau lah apa yang jadi...mau jatuh berlaga katil,n terhempap dek pc yang besar gedabak tu..huhuhu..

masa nak sambut khadijah tu,sebab xnak anak jatuh dulu sebelum laili sampai,laili tahan pc tu dengan kaki kiri laili.

tapi pc tu amat berat..x mampu nak menahan dengan sebelah kaki..khadijah plak tolak dengan kakinya sbb nak jatuh.. so,terhempaplah pc tu kat kaki laili ni...huhuhu..

sakitnya boleh tahan gak lah.. sampai nak menangis masa tu menahan sakit yang amat sangat.. yelah, sampai tobek kulit n daging kat kaki laili ni..jalan pun tercengkot2..haduyai...

xpelah,yang penting khadijah selamat.. biar umminya ni sakit pun xpe..ummi redha. :(

u're everything my yayang..


khadijah,lepas ni tolong baik2 ckit ye yayang..

           ------------------------------cinta hingga syurga------------------------------------

Monday, March 7, 2011

Jelajah Blog 2011 : Kategori IBU

Assalamualaikum... selamat pagi kawan2 semua.. senyum seindah suria k. ^_____________________^

awal2 pagi ni lepas sarapan n main2 dengan khadijah sambil buat aktiviti mewarna,laili on lah komputer ni.. on email,fb n blog. pastu terjah ke blog en.ben ashaari..

ada 1 lagi segmen yg amat laili nantikan selama ni. sebab sebelum ni semuanya open tanpa mengira status.. sedangkan laili dah bergelar ibu..nak join dengan muda mudi belia tu pun rasa segan..so,byk follow je lah sebagai sokongan kpd blog diorang.

untuk jelajah blog 2011 ni,ni lah kali pertama laili join. sbb laili ni blogger baru..jan 2011. baru sangat.. :)

ok,ni antara cara nak join jelajah blog 2011 : kategori IBU. kawan2 pun kalau berminat joinlah ye..

1) letak banner en.ben ashaari :



2)buat tajuk Jelajah Blog 2011 : Kategori IBU dan linkkan ke entri tersebut.

3)siapa yang layak join..? of course lah yg dah bergelar ibu seperti laili ni... x kisahlah anak dah bape pun,janji ibu.. :)

4)ceritakan secara ringkas mengenai diri anda.

ok,secara ringkasnya,laili ni adalah seorang wanita berusia 23 tahun yang amat sederhana dan merupakan isteri kepada seorang suami yang kerjanya sebagai pelaut. bekerja berbulan2 lamanya meredah lautan untuk rezeki yang halal demi keluarga yang kami bina bersama. selalunya 6-7 bulan kami berjauhan jasad. tapi di hati dan di minda,sentiasa dekat dan x pernah melupakan. laili berkahwin seawal usia 19 tahun pada 21 dec 07. kahwin awal bukan kerana dah gatal nak kahwin tp kerana inginkan sebuah hubungan dan ikatan yg sah dalam menjalin kasih sayang.. dan kini laili turut bergelar ummi kepada permata hati kecil kami,si cilik..siti khadijah. dan hati laili ni sentiasa penuh dengan cinta untuk suami dan anak tercinta.


5)kenangan manis semasa bergelar ibu.

Alhamdulillah,setiap detik yg dilalui adalah amat indah. walaupun terkadang pening melayan kerenah khadijah yg makin hari makin banyak ragam n melasak x tentu masa.. sampai umminya ni pun naik penat. tp sangat seronok sbb adanya khadijah sebagai penghibur.

dan bagi laili,saat paling manis semasa bergelar ibu adalah saat laili bertarung nyawa demi 1 nyawa baru dalam hidup kami, siti khadijah. kehadirannya amat dinanti..sepanjang mengandungkannya,hari2 laili berdoa dia akan jadi kuat seperti kami ummi dan abahnya dalam mengharungi cabaran kehidupan yang mendatang..
laili bersalin awal..iaitu pada usia kandungan 8 bulan.
masa tu hanya Allah saje yg tau kerisauan kami...berdoa tanpa henti semoga khadijah dapat dilahirkan dengan selamat kerana kami ingin sangat melihatnya menjengah ke dunia ni dengan senyum dan tawa..
syukur sangat doa kami diperkenankan, khadijah selamat dilahirkan secara normal.

dan detik paling manis laili x boleh lupa..xkan lupa dan akan pastikan akan sentiasa di ingatan... adalah saat mendengar tangisan pertamanya.dan saat dia berada dalam pelukan laili buat pertama kalinya selepas beberapa saat dia dilahirkan.. x henti2 laili panjatkan kesyukuran kpd Allah swt. dengan anugerah ini buat kami..

saat laili bercerita tentang detik manis ni...air mata laili menitis kerana rasa syukur itu..
melihat dirinya setelah 8 bulan dlm kandungan..setiap hari bersama dalam rahim laili... adalah 1 keajaiban..hadiah yg amat besar dan tiada tandingannya.

dan khadijah adalah anugerah ke-2 terbesar dalam hidup laili.. syukur,ya Allah..

kenangan manis bergelar ibu..

6)kenangan pahit..?

hm,laili rasa xde yang pahit.. kerana setiap yang berlaku adalah 1 ujian buat kita. dan setiap ujian tu lah yang mematangkan kita supaya berusaha menjadi ibu yg terbaik..bukan terbaik di kalangan ibu2 lain. tp yg terbaik bagi anak2 kita.

kesimpulannya,xde yang pahit dalam kehidupan laili sepanjang bergelar ummi. semuanya manis2 belaka. cuma terkadang jer ada masin2 n kelat2 ckit.. biasalah..lumrah kehidupan kan sbb anak2 ni ragamnya bermacam2 tapi merekalah juga penghibur di kala suka dan duka. ^___________^

7)kata2 khas buat suami :

buat suami tersayang yang paling ayang cinta seluruh hidup ayang, saifull azuan isa.. sepanjang menjadi isteri sayang dan ummi kepada anak kita,ayang rasa amat bahagia. syurga dunia yang dicari,telahpun ditemui dalam rumahtangga yg kita bina bersama. jika khadijah adalah anugerah ke-2 terbesar dalam hidup ayg... sayang adalah anugerah pertama terbesar dalam kehidupan ayg.. anugerah yang amat besar dan tiada penggantinya. merasa nikmat rindu,cinta dan kasih sayang x berpenghujung walaupun terkadang kita terpaksa  berjauhan demi tuntutan kerja mencari rezeki halal...terpisah dengan lautan..namun rasa itu x pernah pudar. malah makin mekar hari demi hari.


doa ayang,moga hubungan kita kekal selamanya..cinta hingga syurga. dan semoga walau apapun dugaan yang datang menimpa,kita dapat harunginya bersama2 dengan penuh rasa cinta dan kepercayaan antara 1 sama lain...

i love u,sayang..love u so much till jannah..

8)nasihat untuk anak2 dan anak2 di luar sana:

buat anak2 semua,biarpun laili bergelar ummi pada usia yang muda (23 tahun),tapi naluri laili amat sensitif.. dan laili dapat rasa naluri yang sama seperti ibu2 kita yang dah semakin dimamah usia.

hidup ini terlalu singkat. terkadang,kerana keseronokan dunia..kita lupa pada ibu kita yang dahulunya bersusah payah membawa kita ke mana saja di alam rahimnya.bahkan bila dah lahir pun,24 jam masanya diperuntukkan untuk kita..bertarung nyawa demi kita,menyusukan,memberi makan dan menguruskan segala2nya buat kita. apa yang terdaya akan disediakan demi kita. tp,apakah kita sanggup melakuakan yang sama? sanggupkah kita memandikannya..mencuci najis2 nya,menyuap makan minumnya..mendodoikannya..?

besarnya harapanya si ibu untuk kita..janganlah dipunahkan..capailah dengan sedaya mungkin dan sentiasalah tanyakan khabarnya.. kasihilah ibu dengan sepenuh kasih sayang seperti mereka mengasihi kita kerana redha seorang anak pada ibunya. dan ada 2 sedekah dari ibu yang anak2 x akan mampu bayar sampai bila2 walaupun bergunung2 emas..iaitu,darah yang ditumpahkan demi nyawa kita dan air susu si ibu yang diberikan dengan sepenuh kasih sayang....

berbaktilah pada mereka selagi mereka masih ada di dunia ini.

9)harapan buat anak anda:

dak tecik yang x reti diam.. ^___________^

dan ini pula harapan buat khadijah anak ummi abah,ummi abah berharap..khadijah akan sentiasa gigih mencari ilmu..dunia dan akhirat kerana hidup di dunia hanya sementara dan yang kekal adalah di akhirat. jadi,untuk berjaya dalam kedua2nya carilah ilmu dunia dan akhirat seabaiknya. ummi dan abah akan cuba mengasuh dan mendidik khadijah sebaiknya dan yang terdaya selagi hayat dikandung badan semoga khadijah berada di landasan yang benar.
dan ummi abah juga berdoa agar khadijah akan jadi anak yg solehah dan apabila bergelar isteri..akan menjadi isteri yang solehah..taatkan suami. bila menjadi ibu pula..ummi abah berharap,khadijah akan menjadi ibu yang mithali.. amin...

dan semoga pesanan ini akan sentiasa dijadikan azimat buat khadijah dalam menempuh kehidupan.

10)nasihat buat gadis di luar sana:

wahai adik2 yang akak sayang...dah menjadi tanggungjawab akak untuk berpesan ke arah kebaikan.
jagalah tingkah laku walau di manapun adik2 berada..

jagalah auratmu dengan sebaiknya dan peliharakanlah batasanmu dengan lelaki2 yang bukan mahram dengan sebaiknya..

peliharalah mahkota diri adik2 untuk lelaki bergelar suami. kerana sebaik2 wanita,adalah untuk lelaki yang baik.

dan inilah doa bagi seorang ibu buat anak2 gadisnya. supaya x berlaku fitnah dan percontengan arang.. jangan buat orang tua adik2 bersedih kerana mereka telah banyak mengalirkan air mata demi kita. hadiahkanlah senyuman dan kegembiraan untuk mereka... dan jadilah anak yg solehah. apabila bergelar isteri,isteri yg solehah dan apabila bergelar ibu..jadilah ibu yang solehah dan mithali..

sayang adik2 semua... ^__________^

                      ----------------------------cinta hingga syurga------------------------

Saturday, March 5, 2011

lebih bagus,lebih jimat...

assalamualaikum... ^_________________^

mood sangat hepi hari ni.. sebab laili ada 1 lagi berita baik untuk kawan2 semua terutama bagi ibu dan bapa2 sekalian...:)

kawan2 biasa dengar orang sebut tentang CD tak? bukan CD lagu atau cerita tu.. tapi, cloth diaper. cloth diaper ni tersangatlah bagus sebab boleh guna berulang kali.. cara mencucinya pun tersangatlah senang..

sebelum ni kami guna pampers hey baby! untuk khadijah..lama jugalah sampai umurnya 1 tahun 10 bulan. lepas tu masa tengah sembang2 dengan suami dalam fon hari tu (suami laili xde kat cni kerana bertugas menyeberang lautan sana..hukhuk..,so..sembang melalui fon n skype je lah..hehe)

dipendekkan cerita,kami ni nak sangat saving seboleh mungkin..apa yg boleh jimat tu,haruslah dijimatkan. bila suami tanya bajet pampers anak sebulan,laili pun bagitaulah dalam sebulan kena rm50.. wah. mahal tu..kalau 2 bulan dah seratus.. bila fikirkan mmg rugi tp nak wat camne..budak kecik lagi bukan tau cakap nak u'uk ke apa..tau2 datang dekat dah mintak cuci..huhu..

so,dari situ suami tanya kesanggupan laili untuk guna CD sbb CD ni nak kena cuci tiap kali lepas guna. terus on internet tgk CD tu..then laili kata ok sbb x rumit. n yg penting xde bocor. kualitinya setanding dengan pampers pakai buang. paling bagus,walaupun untuk 5 keping harganya rm216(mahal gak tu 1 keping dalam rm40). tapi boleh guna dalam jangka masa panjang. yelah,cuba kawan fikir,pampers pakai buang yg mahal tu kita boleh mampu beli..so,apalah sangat dengan CD ni kan? rm50x12=rm600. tapi untuk CD tu baru rm216..  boleh beli 10 rm432... nah..untung kan..

pastu boleh kurangkan pencemaran alam..kan bagus tu..

dan untuk pertama kalinya kami cuba nak gunakan CD untuk khadijah. dan brand yg kami pilih adalah brand lunatoots..


banyak design dia n comel2 jer.. dah hampir seminggu khadijah gunakan CD. dan kami amat berpuas hati. yg penting,khadijah pun suka. sesuai dengan harga yg kami bayar. kualitinya sangat baik..malah lebih baik drp pampers pakai buang..

cara cuciannya pula,lepas guna tu terus cuci..tp bukan cuci pakai sabun ke apa.. just pancutkan air yang mengalir deras pada CD tu. lepas tu masukkan dalam tong yg berpenutup.. boleh tunggu pas guna 2-3 helai baru cuci dalam mesin basuh.

nah,senang kan.. x payah nak sental2.. nak setelkan pun x sampai 5 minit. yg lain serah jer pada mesin basuh untuk uruskan..

untuk lebih info,kawan2 boleh rujuk di laman web lunatoots ni.

tapi CD ni pun ada macam2 brand..harga pun berbeza. so,kawan2 boleh pilih nak guna yang mana. boleh gak try dapatkan info tu di blog ni happy cloth diapering. kat situ ada macam2 info tentang CD.

akhir kata,marilah kita beralih kepada penggunaan CD.. selamat mencuba.. :)

--------------------------cinta hingga syurga------------------------

24 jam sehari, 7 hari seminggu

*mood kosong...*


haish...tiba2 je fikiran laili jadi kosong.. x tau lah apa sebabnya... nak kata bermasalah..semua orang ada masalah kan.. lagipun,setiap masalah tu mesti ada penyelesaiannya...

fikir punya fikir punya fikir....terus timbul lampu lip lap lip lap dalam kepala otak laili ni....

ya...laili sedang dilamun rasa rindu kali yang berjuta lemon kepada en.hubby tercinta yang nun jauh berada di seberang lautan sana... *jauh hanya pada jasad k. di ingatan dan di hati sentiasa dekat..x boleh nak pisah dan x boleh melupakan walau sesaat... :)


'abah,balik nanti kita main sama2 kat tepi pantai ni eyh..^_______^ '


lumrah perasaan cinta kan..rindu itu pasti menjengah ke dalam diri ini.. tambah lagi bila bercinta jarak jauh macam ni..berbulan2 x jumpa.. la ni dah 3 bulan...tggal lg 3 bulan jer..harap semuanya dipermudahkan buat kami suami isteri dan khadijah..permata hati kecil kami..bertemu semula menempuh hari2 bersama 24 jam sehari,7 hari seminggu...bestnyer..tiap hari bersama..hikhik..

tulah ganjarannya dlm hidup berjauhan. segalanya indah walaupun semasa melalui tanpa si chenta hati d cc,hanya Allah saje yg tau.. ada hikmahnya tu...lbh menghargai pasangan. :)

we miss u so much..sayang...


... Ya Allah,Kau peliharakanlah chenta hati kami..selamatkanlah chenta hati kami ini drp segala bahaya dan malapetaka. lindungilah dia dengan rahmat kasih sayang-Mu.. dan kembalikanlah chenta hati kami dengan keadaan yang selamat,sihat walafiat untuk terus menempuh hari2 mendatang bersama dengan penuh rasa cinta yang Engkau kurniakan.kekal hingga syurga..amin...



                        --------------------------cinta hingga syurga-----------------------