Sunday, December 2, 2012

peliharalah ia....

assalamualaikum.............

selamat asar kepada yang beragama islam ye.. ^_______________^

hari ni laili bizi sikit dengan anak-anak.. tapi,tulah yang paling seronok..kebizian sebagai ummi...tak dapat nak    digambarkan perasaan tu. melayan kerenah anak-anak yang bermacam ragam...melihat pula proses tumbesarannya...ekeke... tersangatlah sorga bagi yang dah bergelar ibu-ibu ni kan.. :)

pendek kata, anak ni lah penawar duka lara kita. penghibur buat kita... kita sedih ke gembira ke...diorang nilah yang jadi penawar kita kan.. Alhamdulillah...ALLAH SWT beri ruang dan peluang pada laili menjadi ummi pada usia yang agak muda... hihi..mudalah tu kan..umur 24 tahun..anak dah 2..

yeszzaa...saya ibu yang muda.. nanti umur 41..khadijah pun eloklah dah 20 tahun... ooohhhh..pantas sungguh masa berlalu kan.. tengok khadijah makin membesar..dah jadi kak long...ada adik kecik nama aisyah.. wuwuwu... tiba-tiba rasa sedih.. harus siap sedia dari awal mereka akan tinggalkan kami bila dewasa nanti..setelah memegang status "isteri"

haish..jauh pemikiran umminya ni kan...

biasalah..fikiran harus sentiasa ke depan kan...

dan buat anak-anak ummi..bila dah besar nanti..mesti kamu pun akan baca blog ummi ni...membaca setiap coretan ummi tentang kita..keluarga pelaut/kelasi. 

dan ini pesanan ummi buat anak-anak ummi.. pesanan ni juga..adalah pesanan yang ummi pegang dari arwah atuk kamu...dan sentiasa diingatkan suami ummi yang tercinta (abah kesayangan yang sangat sayang dekat kamu berdua)

ummi harap anak-anak ummi dapat mengikutnya sebagai seorang muslimah yang patuh dengan syariat. dan berharap juga rakan-rakan lain pun jadikanlah satu pengajaran untuk kehidupan yang mendatang supaya tiada sesalannya nanti...


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila seseorang wanita melakukan solat lima waktu, puasa Ramadan, memelihara maruahnya, dan taat suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang kamu kehendaki.” (Riwayat )
Seroang wanita memang mudah masuk ke syurga berbanding lelaki. Ini kerana, jika seorang wanita itu betul-betul mengikuti apa yang telah ditetapkan dalam agama islam. Syurga adalah tempatnya.
Berbanding dengan lelaki, banyak yang perlu ditanya sebelum masuk ke syurga, Allah akan tanya anak-anaknya, isteri-isterinya, berkenaan apa yang dibuat semasa hayatnya, jihadnya kemana dan semualah. Macam-macam lagi pertanyaan Allah. 
Tetapi, wanita juga yang paling ramai di dalam neraka kerana solat yang dilakukan oleh seorang wanita itu kadangkala tidak mencegah dirinya daripada perkara keji dan mungkar, wanita juga antara yang suka berpuasa, tetapi puasanya hanya dapat lapar dan dahaga sahaja, tapi masih melakukan dosa-dosa, samaada dosa kecil atau besar.
Wanita antara yang susah menjaga maruahnya, masih membuka aurat, walaupun bertudung, tetapi tidak sangat mengikut tuntutan syarak dan wanita juga juga sering gagal memberi ketaatan kepada suaminya.



Bagaimana dengan menjaga maruah dan taatkan suami? Dua perkara ini lebih ramai yang gagal. Maruah diri tidak dijaga sewaktu keluar kerja. Pakaian yang mendedahkan aurat boleh membawa banyak dosa lain selepasnya. Pergaulan bebas juga boleh membawa kepada dosa mulut, mata dan telinga.
Mengenai mentaati suami, realitinya isteri paling ramai gagal memberi ketaatan kepada suaminya. Perintah suami mudah disanggah isteri dan kehendaknya saja yang dipakai. Layakkah mereka itu masuk syurga dalam keadaan itu?
Insaflah wahai wanita yang bergelar isteri. Jangan jadikan diri anda sebagai orang yang pertama masuk ke dalam neraka.
Semoga segala amalan yang kita lakukan diterima oleh Allah.
hm...semua ni pun adalah ingatan untuk ummi juga.. sebab kita selalu lupa. kesimpulannya...mudah sebenarnya nak masuk syurga..tapi kerana selalu ikut nafsu...itulah yang buat terasa susah..  wanita ni Allah dan nabi sayang sangat...sebab tu senang dapat pahala..untuk masuk syurga. 
dengan syarat kita jaga ibadat kita..aurat kita dan taat pada suami kita.
in shaa Allah..pilihlah mana-mana pintu syurga pun..

buat suami tercinta...terima kasih sebab selalu ingatkan ayang tanggungjawab sebagai seorang isteri..seorang ummi yang baik dan muslimah sejati..in shaa Allah...moga hidayah Allah swt sentiasa bersama kita...dan semoga anak-anak kita pun terpelihara.. amin............

------------------------------cinta hingga syurga----------------