Saturday, April 30, 2011

hepi besday to u,khadijah... :)

assalamualaikum...^______________^

salam ukhuwah dari ummi khadijah buat semua.
syukur Alhamdulillah,hari ni 30/04/11..adalah hari lahir ke-2 buat permata hati kecil kami.. siti khadijah binti saifull azuan.



pantas betul masa berlalu. suka,duka..semua kami lalui bersama. sejak di alam rahim,hinggalah sekarang.
terkadang terasa amat mencabar sekali bila menjaga dan mendidik khadijah. kerenahnya dan ragamnya amat menguji..tapi dia jugalah penghibur ummi kala kesunyian berjauhan drp insan tercinta dan kesayangan kami..tak lain tak bukan,suami tercinta merangkap abah tersayang khadijah..hihi..

permata hati kecil ummi abah.. we love u..mmuahh...!!!


6 bulan berjauhan,kami sebagai ummi dan abah khadijah dapat merasakan naluri kerinduan sorang anak kepada abahnya yang jauh di rantauan. mujur dengan kecanggihan teknologi kini,kami tetap dapat sama-sama meluah rasa rindu dan saling menatap wajah 1 sama lain..walaupun tak dapat bersentuhan merasa pelukan mesra abahnya. khadijah ekspresikan dengan cara lain. (dan dah tentu abah khadijah pun double triple lagi rindu kat kami..hikhik)





skype adalah penghubung kami. tiap kali berwebcam..khadijah dan abahnya akan bermain dan bergurau senda seperti berada di hadapan kami secara nyata..bukan di alam maya. main aum cak..aum cak..,tiru bunyi,n paling suka..bila khadijah buat give me five dengan abah.. terasa macam betul-betul dapat five dengan abah agaknya. dan kadangkala sampai nak suap makanan okeh..hahaha..



we're happy family..!!! :)


ramai yang kata keluarga pelaut atau pelayar ni,selalunya anak tak kenal ayah. tapi alhamdulillah..kuasa Allah swt,naluri anak dengan ayah memang tak boleh dipisah. walau jauh beribu batu..kasihnya tetap utuh.. rindu yang membuak,membuatkan hubungan tambah erat.

nanti kita mandi laut sama-sama lagi okeh.. ^^


besarnya dugaan menjadi keluarga pelaut/pelayar ni, ummi abah berdoa semoga khadijah akan terus dan sentiasa tabah melaluinya. sekental ummi abah. dan semoga pengalaman ini akan menjadikan khadijah seorang muslimah sejati..selalu bersyukur dan redha dengan ketentuan Allah swt dan sentiasa taat pada agama,dan sunnah rasul supaya berjaya dunia akhirat. dan semoga khadijah jadi anak yang solehah,mewarisi keperibadian isteri rasulullah saw, saidatina khadijah khuwailid. insyaallah..

gula-gula hati ummi abah.. :)

doa ikhlas juga daripada laili buat rakan-rakan semua ..semoga keluarga yang dibina tambah bahagia dan dipermudahkan segala urusan.

dan kepada yang turut meraikan hari lahir pada hari ni..laili ucapkan selamat hari lahir.. semakin meningkat usia,diharap amalan pun dipertingkatkan kerana kita hidup di dunia hanya sementara. yang kekal adalah di akhirat sana. mudah2an kalian berjaya dunia dan akhirat. insyaallah..



---------------------------------cinta hingga syurga------------------------

Thursday, April 28, 2011

tolong ingatkan saya





assalamualaikum... ^______________________^


hari jumaat yang dimuliakan ni,terasa sungguh syahdu bagi laili. bermuhasabah bersihkan jiwa. kita manusia mudah leka,terlalu asyik mengejar dunia. sampai terkadang,lalai dan terlupa pada kehidupan kekal dan hari pembalasan.




takut..amat takut..ngeri..dan amatlah mengerikan.. .memikirkan azab Allah swt. Yang Maha Hebat,tak tergambar dengan kata-kata. bayangkanlah,api dunia yang membakar kita sampai rentung..bagaimanalah pula dengan azabnya api neraka jahannam tu..? MasyaAllah..tak termampu dibayangkan..berjuta2 ganda azabnya. dan tak terlangkau fikiran kita. cukuplah kita terasa azab bila tangan terlecur kena seterika panas. dan cukuplah terkena percikan minyak panas ketika memasak. tu pun dah terasa azabnya.


dapatkah kita bayangkan..? api yang ada di bumi ni hanya sebahagian kecil dr api neraka yg telah dicuci dengan beberapa air yang diperintahkan Allah swt sebelum diturunkan ke bumi..? bayangkan pula api neraka yg langsung x dicuci oleh mana2 air tu..??? MasyaAllah..azab sekali.


dengan penuh rasa kesal,syahdu dan malu.. laili rasa malu pada diri sndiri setiap kali terleka dengan dunia.






memang kita manusia mudah lupa.. lupa yang hidup di dunia hanya sementara. yang kekal adalah di akhirat sana. lupa bahawa hidup mati kita di tangan Allah swt. bukannya di tangan kita sampai kita boleh berkata "alah..kita muda lagi,takkanlah dah nak taubat. tunggulah dah tua nanti baru taubat " 


astaghfirullah,fikiran apakah itu? tak sedarkah kita,bahawa ke mana pun kita sentiasa ada malaikat pencatat amal bersama kita..? tak sedarkah lagi kita bahawa malaikat maut sentiasa menjalankan tugasnya tanpa mengenal pangkat kita di dunia ini..?


kita bukannya kekasih Allah yang mana malaikat maut tu akan minta izin dulu pada kita dan kalau kita x izinkan dia akan pergi sebab kita nak taubat dulu... kita ni manusia biasa.. bukannya sesiapa. 


mendengarkan lagu "bila izrail datang memanggil " pun dah cukup menggetarkan dan menggigilkan jiwa dan sanubari..ni kan pula kalau berhadapan..








oleh itu,sama2lah kita renungkan amalan kita. kerana setiap yang kita lakukan,walaupun sebesar zarah,tetap diambil kira. dan sama2lah kita saling ingat-mengingati.


semoga kita semua tergolong dalam umat Nabi Muhammad saw dan menerima syafaat baginda.. amin..amin ya rabb..




sajak di bawah untuk renungan kita bersama:




Tolong ingatkan saya,
Andai saya terlupakan tuhan,
Dalam kelapangan dan kesibukan,
Dalam kesenangan dan kesusahan.

Tolong ingatkan saya,
Jangan jadi anak derhaka,
Mak ayah dilupakan jangan,
Usah diluka hati dan perasaan.

Tolong ingatkan saya,
Dengarlan dan bacalah Al-Quran,
Tika radio penuh hiburan,
Tika tv penuh Hindustan.

Tolong ingatkan saya,
Di mana silamnya zahirku,
Jika aurat didedahkan disingkat,
Diketat dan dijarangkan.

Tolong ingatkan saya,
Jadilah sahabat yang baik,
Sentiasa memberi peringatan,
Sentiasa menerima teguran.

Tolong ingatkan saya,
Kalau bercinta biarlah keranaNya,
Dalam memilih utamakan iman,
Kelak ikatan dihindari syaitan.

Tolong ingatkan saya,
Hidup ini satu kembara,
Kutiplah mutiara dalam perjalanan,
Moga di sana menjadi bekalan.

Tolong ingatkan saya,
Diri ini milik Yang Kuasa kepadaNya,
Jiwa diserahkan segala-segala,
Dialah tumpuan.





semoga Allah swt ampunkan segala dosa kita..amin..










-----------------------------------cinta hingga syurga--------------------------------

Wednesday, April 27, 2011

kebizian sebelum raya

assalamualaikum.... ^_________________^

*mood : tengah berangan berhari raya bersama keluarga tercinta..


yeah..yeah...raya datang lagi...!!!! 

uppsss...ahailah..puasa pun belum,dah nak raya. laju betul melangkah yer ummi khadijah ni..?hehehe..
selalunya lagi 4-5 bulan nak raya,dah sibuk tempah baju dengan tailor kecintaan. tapi sejak tailor kecintaan laili tu dah berpindah nun...di kelantan sana. tersangatlah jauh,okeh..hukhuk.. terus hilang segala mood untuk menempah baju. *jahitannya sangat kemas dan selesa..selama 7 tahun tailor kecintaan tu jahit pakaian untuk laili.. memang tiada pengganti..wuuuu..

bukanlah takde tailor lain tapi,rasa tak selesa bila tailor lain buat. kita sukat dah elok tapi,bila buat..diorang perbesarkan..katanya kecik.. adoyai,dah saiz s takkanlah nak pakai saiz xl plak..gelebeh jer.. dah nak kena jahit balik. cukup tak puas hati okeh.

sebab tulah dah tak mo tempah kat sebarang orang.. penyelesaiannya..beli yang dah siap. belek saiz dan jahitan..kalau berkenan,terus je rembat..hahaha..

tapi tulah,dalam almari tu,ada lagi 2 pasang kain ela tak berjahit. dan sekarang tengah survey the best tailor kat sini. harap jahitannya akan memuaskan hati laili. barulah boleh jalan-jalan di hari raya dengan riang gumbiranya bersama en.suami tercinta dan khadijah tersayang..hehe...

p/s: sedang memikior fesyen yang sesuai untuk digayakan ala-ala wanita melayu terakhir.. urrrmmmm....*jangan jeles okeh..ekekekk...

bak kata upin ipin :
"betul,betul,betul..." ^__________^


-----------------------------cinta hingga syurga---------------------

Tuesday, April 26, 2011

kehabukan yang terserlah...

assalamualaikum... ^_____________^

setelah berhari-hari tak mengupdate blog kecintaan ramai ni..*chewahhh..perasan diri artis lah plak..hukhuk..
malam ni harus juga meluangkan masa..



mula-mula..nak kena buang dulu semua sawang dan vakum segala habuk yang memenuhi ruang kecintaan ramai ni.. haish,harus bermarathon ini malam..takpe-takpe..gigih berusaha okeh.. : )


semalam hari yang agak menyeronokkan bagi kami sekeluarga. sebab kereta tersayang dah pulang ke pangkuan setelah hampir 3 minggu ditahan di dalam workshop atas masalah kesihatan..huhuhu..

wellcome home...!!!!


dan sambil menaip entri ni,sambil gak lah menahan rasa mengantuk. rasanya dah 453218790 kali dah ummi khadijah ni menguap. tapi tangan ni plak rasa makin laju je menaip..rasa macam ada 1001 kisah nak dikongsi bersama. sampai dah tak tau nak mulakan dari mana ke mana. dari perak ke terengganu ke..atau dari malaysia ke medinah...*mudah-mudahan tercapailah impian ke sana..amin..*


dan nampaknya juga, PMS kali ni agak tak mahu beri peluang gak. jadi,haruslah ummi khadijah ni merehatkan diri sambil diurut oleh kerusi urut ogawa di alam mimpi dan seterusnya beradu dengan selena-lenanya di atas tilam empuk jenama wanlaili dan bantal busyuk tersayang... *fuh..sorga..




khadijah pun dah lena dibuai mimpi. ummi pun nak join sekali..

selamat malam,semua...


p/s: terima kasih kerana tetap setia beri sokongan dan singgah sini setiap hari. sayang kamu semua... ^^


http://www.facebook.com/photo.php?fbid=198620146846120&set=pu.121938944514241&type=1&theater
* tolong vote untuk kami ye.. mula-mula like kat page ni, http://www.facebook.com/pages/The-Little-One-Boutique/121938944514241 pastu like kat foto ni k.
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=198620146846120&set=pu.121938944514241&type=1&theater tq.. ^^

-------------------------cinta hingga syurga----------------------

Saturday, April 23, 2011

si choomell...

assalamualaikum.... ^______________^

kawan-kawan semua suka kucing tak..? laili suka sangat kucing tapi penakut sebab pernah kena cakar. so,sampai sekarang pun rasa trauma. kalau pegang pun sekejap je.. tapi kalau anak kucing,pegang tak nak lepas sebab comel sesangat..

tambah lagi bila tengok kucing secomel ni...



aum cak...!!!!



tolong jangan tangkap saya..


masukkan dalam beg comel nak bawak balik..ekeke..^^




blweeekkk...aku lagi comel,nape tak bungkus bawak balik..????
grrr...



ahai,kembar doraemon...



sweet dream 


hahaha..camne..suka tak..? comel kan..tengok kucing-kucing comel ni rasa nak gigit-gigit jer. tapi yang jelir lidah tu,rasa macam patut kena babap tu..biasa noo..dok jelir-jelr lidah..haish...


nak share sikit,semalam jari khadijah kena gigit anak arnab. khadijah kata "nak cing..gi..git.." haha..anak arnab disangkanya anak kucing daa....huhuhu...

khadijah : "mimi..nak cing.."
*sambil tunjuk jari yang digigit arnab dan gambar ni..hikhik..*

semoga ceria-ceria selalu...dan...


p/s : sayangilah mereka yer..cian terbiar..huhuhu...


-----------------------------cinta hingga syurga----------------

Friday, April 22, 2011

sentimental valued

assalamualaikum... ^_________________^


selamat petang,semua... hari ni kami makan nasi ayam sampai pecah perut okeh..buatan sendiri dengan jayanya..ehehe.. *na mo upload gambo,kang ada orang ngidam nak masakan ummi khadijah,jenuh plak nak berpos-pos nanti..kui..kui..kui.. *


di entri yang lalu,laili ada mentioned tentang sentimental valued of our desktop yang kini laili gunakan untuk blogging dan segala macam urusan kan..*thanks sayang..mmuah..*


sebenarnya desktop ni dah lama kami beli. dah 3 tahun kami guna. dan teramat-amatlah kami sayang. sampaikan mouse yang dah tercabut dikerjakan anak sedara kami,kami gam balik sebab nilai sentimental yang terlalu tinggi.. *mouse baru ada tp x mo guna..feel jadi lain..huhu..ngengada je kan..hikhik..


kami beli desktop ni pada tahun 2008. masa tu baru kahwin dan en.suami plak baru sign off. so,sambutlah kat klia.. dengan penuh debaran,dandan secantik boleh mengalahkan miss universe.. siap dok bahagian paling depan lagi tu tunggu en.suami..hahaha..

haish..lari tajuk plak..


ok,kembali kepada cerita desktop ye.. sebenarnya hampir 1 KL tu kami round tau. kat Low Yat tu,sampai 2 hari kami p ulang alik.. semua kedai kami masuk semata-mata nak dapatkan yang the best. pamphlet tu punya banyak kami ambik,semua kami check sebab nak dapatkan performance yang terbaik.

bila dah sepakat,esoknya kami pegi lagi untuk beli.. dan sama2 pilih.. dan balik je hotel,terus try tengok.. sangatlah puas hati. *try dari awal,so..tak payah nak ulang alik sebab perak ke Kl jauh lah yunk..hukhuk..


dijadikan cerita,dari low yat tu,kami laki bini angkat set desktop besar gedabak ni sama-sama. ahai,tersangatlah manis kenangan tu..naik teksi balik hotel. pastu nak balik teluk intan kena naik bas.. haha..1st time naik bas dengan en.suami.. terasa janggal dan jakun sedikit..hikhik... haduiyai..biasalah..kami dulu masa berkawan mana pernah keluar berdua. ada je family teman. dah kahwin baru keluar berdua..hehe.. : )

berjalan pun naik kereta. mana pernah naik bas sama-sama. apatah lagi naik motor. merasa naik motor masa inai tengah merah di jari,semua orang pakat fewit-fewit dekat kami..merah padam muka laili ni ha..

 dan 1 pengalaman kami takkan lupa,masa rumah mak laili di teluk intan kena pecah masuk dek perompak durjana.

habis barang kemas pusaka dari mak dan mertua laili diorg kebas. mujurlah handbag b.u.m. laili diorang tak kebas. masa mak laili call tu,kami cuma teringat pada desktop tersayang ni.. dahlah berpenat lelah kami mengusung..kalau dekstop ni kena kebas..ahai,tak tido malam lah kami..

balik rumah,terus masuk bilik,syukur tak kena kebas. cuma laci meja solek laili diorg angkat keluar dekat ruang tamu. handbag b.u.m. laili pun diorang ambik bawak ke ruang tamu..

cuma yang best tu,syukur sangat sebab diorang tak ambik duit mas kahwin yang laili simpan..padahal handbag tu diorang dah buka dan siap tertulis perkataan duit mas kahwin. mungkin sebab tu duit mas kahwin,Allah swt. tutup pandangan diorang, kalau tak,sorak suwa suwe ke morning lah budak-budak penyamun tu semua..



laili harap desktop ni dapat berkhidmat dengan lebih lama lagi pada kami.. sayang sangat kat desktop ni sebab ada sentimental valued yang tak boleh diganti.. 

sayang kamu selalu en.desktop..mmuahhh...

oh ya,kawan-kawan pun mesti ada barang berharga yang terlalu berharga sampai xde gantinya kan.. terkadang yang berharga tu tak semestinya mahal.. tapi ada kisah di sebaliknya yang begitu bererti buat kita kan. tapi yang mahal pun ada juga sentimental valued nya kan.. macam kami ni,memang ada banyak yang begitu bermakna buat kami..dan teramat-amatlah kami sayang. salah satunya,keychain yang kami buat masa honeymoon dulu. sampai sekarang tak pernah sekalipun kami tanggalkan dari kunci kereta kami. dan tulah lambang diri kami...



apapun itu..murah atau mahal..bukanlah ukurannya..asal kita rasakan beerti buat kita,jagalah dengan sebaiknya.


-----------------------cinta hingga syurga----------------

Wednesday, April 20, 2011

praktis menu

assalamualaikum... ^_____________^

dah mulakan aktiviti memasak tengahari ke? laili dah siap masak pun..mood terlebih rajin sudah..ekeke...
yelah,selalunya kul 10 pagi baru laili start masak tengahari. tapi hari ni,kul 9 setengah lagi dah tung tang..tung tang masak kat dapur. persis chef handalan yang tak diiktiraf..ngeh..ngeh... : )

semuanya sebab keterujaan nak makan ketam masak guna resipi dari my resipi. nampak sedap sangat sampai menitis-nitis air liur...huhuhu..

dan kalau nak try buat,di sini laili share resipinya. tadi dah try makan. memang sedap...*rasa secubit jer..nak makan banyak-banyak tunggu tengahari nanti..hehe..*


sebelum ni laili masak ketam biasa-biasa jer,masak sambal,lemak cili padi ,lemak kuning,sup dan goreng. tak pernah plak try resipi ni. sebab tu teruja lebih sikit sebab ada guna 2 bahan yang laili tak biasa guna bila masak ketam.. daun kari dan telur ayam... 


selamat mencuba k.


ketam bertelur

P1040429
resepi di satukan

Created on : 31-03-2011


 
5Share




Bahan-bahan ( 2 ekor )

  • 2 ekor ketam-dibersihkan
  • 3 sudu bsr sos tiram
  • 3 sudu bsr sos cili
  • 3 sudu bsr cili blend
  • 7 bj bwg merah
  • 1 bj bwg putih
  • sepotong halia
  • 1 bj telur - dipukul
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 btg serai-diketuk
  • garam secukup rasa
  • gula secukup rasa
  • minyak untuk menumis
  • bwg besar-hiasan
  • 1 cwn air

Cara-cara

  1. tumbuk bwg merah,bwg putih,halia.
  2. tumis hingga naik bau bersama dgn daun kari & serai. masukkan cili blend td......
  3. masukkan secawan air.
  4. masukkan ketam tutup kuali selama 10 minit.
  5. masukkan semua sos,garam & gula secukup rasa.
  6. bila semua nampak sebati,masukkan telur yg telah dipukul.
  7. kacau cepat2 supaya tidak berketul & sehingga masak.
  8. masukkan bwg besar yg dipotong bulat.
  9. sedia untuk dihidangkan......i
  10. tq empunya resepi..............



p/s : suka sangat makan ketam. kalau kawan-kawan ada resipi best,share dengan ummi khadijah ni k.




---------------------cinta hingga syurga----------------------

alahai anak sayang.... ^^

assalamualaikum... ^_________________________^

senyum seindah suria k.

selamat pagi.... : )


pagi ni semuanya berjalan lancar,rutin harian semuanya rasa tenang. udara nyaman....suasana mendamaikan sambil mendengar kicauan burung yang keluar mencari rezeki...Alhamdulillah,syukur atas nikmat dr Yang Maha Esa.

semalam khadijah tido punyalah awal. kepenatan bermain di siang hari berlari-lari anak bersama minnie mouse di pasaraya. amat mengujakan.. lepas tu berseiring dan sejalan pula bersama en.eskalator...lagak seperti model primadona sambil melambai ke arah penonton sambil menguntum senyum dan ayat yang tak ketinggalan...*babai..babai...* alahai,anak cayang ummi abah ni begitu ramah orangnya..hukhuk...

minnie.... ^^


hampir semua orang yang dia jumpa,dia akan babai. orang balas atau tak,dia tetap senyum dengan selebarnya...hihi..

niat di hati,malam semalam ummi khadijah ni nak taip entri ni,tapi bila tengok khadijah lena di atas riba umminya ni,terus dibatalkan niat tu.. tengok si kecil lena dibuai mimpi bermain di taman tema disney bersama minnie dan mickey, ummi pun rasa ngantuk sebab ummi pun nak mimpi ala-ala citer hindustan jumpa dengan si chenta hati...hahaha...statement yang memang tak boleh blah kan...ekeke...

oklah tu,sekadar hiburan bersama ummi khadijah untuk pagi ni, na mo wat entri yang berat-berat dan menyakitkan kepala...releks je... nanti kita jumpa lagi di entri yang lain k.

selamat berpagi-pagian....

p/s : sarapan apa pagi ni...??? poslah ckit kat kami...hihi... ^^ peace.

-------------------------cinta hingga syurga------------------------

Tuesday, April 19, 2011

alahai en.dsl

assalamualaikum.. ^______________^

awal-awal pagi internet dah problem. jenuh menggodek on/off.. on/off.. terus call TM. bila dah check semua pun tak ok,terus buat report. dan operator tu sempat gak lah ajar sambung wayar line kat modem.

urmmm....apa masalahnya lagi ni ye....????????


lepas end off call,laili pun nak cubalah buat macam operator tu pesan. tarik punya tarik.punya tarik..punya tarik...aisey,bape banyak tarik daaa.... tengok-tengok..wayar en.dsl dah putus kena makan dek tikus. hm, patutlah ada kenduri berpesta muda mudi besar-besaran tikus-tikus comel tu malam tadi.. ini rupanya kerja diorang..

ahai...mujur gaklah wayar line tu ada untuk dijadikan alternatif. cuma la ni,fon umah lah tak boleh guna. takpelah,jap lagi nak keluar beli wayar dsl baru...rasa kelakar plak bila mengingatkan aksi si tikus comel tu..hukhuk...*takde makanan lain ke en.tikus cayang oiii...huhuhu..

senyuman si tikus....wuuuuwuuuu...


dan terima kasih sekali lagi pada adik alexa sebab banyak tinggal komen pada entri akak. dalam kesibukan study,tetap gak luang masa singgah sini..

rajin-rajin bermarathon ye,alexa..

pada yang lain pun,laili ucap terima kasih gak...yang tinggal komen..yang tak tinggal komen..semua laili hargai. laili harap anda semua akan sentiasa mengunjungi cinta hingga syurga ni.

sayang kamu semua. dan semoga semuanya sentiasa success k.

p/s : jemput-jemputlah singgah blog adik kita ni ye. sambil bagi sokongan supaya dia gigih meneruskan pelajarannya.. chaiyok..!!!


-----------------------------cinta hingga syurga------------------------

Monday, April 18, 2011

labu vs pucuk labu

assalamualaikum... ^______________^

hai...apa menu lunch kawan-kawan hari ni..? hari ni menu kami simple jer.. tapi ada 1 lauk tu memang dah jadi pebret laili. tak lain tak bukan...ulam pucuk labu.

ahai,sangat sedap okeh..rebus pun sodap cicah plak dengan sambal belacan. fuh..marbeles...
sebenarnya,laili pun baru 3 kali makan ulam pucuk labu ni.

kali pertama makan tu,rasa pelik je menengoknya sebab selalunya laili makan buah labu tu je. tapi hari tu adik ipar rebus pucuk labu tu. try makan cicah sambal belacan..
ahai...terus jatuh cinta lah plak..

sekali rasa..rasa nak lagi dan lagi... dan pagi tadi laili pun operasi petik semua pucuk-pucuk labu tu. sambil di dalam hati bernyanyi girang..*jatuh cinta lagi..lagi-lagi ku jatuh cinta...


dan,sambil nyanyi dalam hati tu,teruslah memasak dengan hati riang gumbira. dan sekarang..masa untuk bersantap menu idaman kalbu laili tu.. mari-mari..jemput makan...

p/s: pada yang belum pernah try makan tu..nanti bolehlah try ek..sedap... *macam jakun bebenor ehhh...ahakss.. peace.. : )



----------------------------------cinta hingga syurga-------------------------------

ummi bermarathon

assalamualaikum... ^_____________^

sambil layan drama tivi dengan 50% kekhusyukan, sambil juga jari-jemari ni menaip dengan hampir 100% kelajuan tahap maksimaz.. *ahhaa...ada percentage lagi tu..ekeke..


hari ni adalah hari yang amat membizikan bagi ummi khadijah ni okeh..awal pagi lagi buat operasi mengemas bermarathon okeh..habis 1 rumah dikemas dengan telitinya..sawang-sawang...habuk-habuk..semuanya diclearkan dengan jayanya..*chewwahhh...


dan masa tengah mengemas tu,tiba-tiba plak ada tikus main au cak-au cak dengan si tecik khadijah. khadijah pun apa lagi, teruslah buat bunyi... "nyiou..nyiou..." dengan harapan tikus tu takut dan pergi jauh.. tapi tikus comel tu buat dek jer..hahaha..

comel plak tikus ni yer..hihi.. ^^


khadijah pelik kenapa tikus tu tak lari. pastu ummi nya ni pun cakap.."alahai khadijah,hang wat bunyi camtu..camna lah tikus tu nak lari..tak dak nya dia takut kat hang.." terkekek-kekek khadijah ketawa sambil tutup mulut.. sebab tak menjadi..hikhik..

meow..meow..

hai,dak tecik tengah lena dibuai mimpi indah selepas makan dengan banyaknya. lauk wajibnya,sudah semestinya ayam.

sekarang pengikut cinta hingga syurga dah ada 159 orang. syukur alhamdulillah. terima kasih ye,atas sokongan kalian semua.. dan harapnya anda semua akan terus beri sokongan untuk cinta hingga syurga ni.

sayang anda semua...

---------------------------cinta hingga syurga---------------------

Sunday, April 17, 2011

hikmah kebegukanku...

assalamualaikum.... ^_______________^

semoga semuanya sihat-sihat dan ceria-ceria belaka.. : )

semalam seronok betul layan cerita hindustan kat zee. tapi tengok separuh je sebab tak berapa sihat lagi. tengok sekejap pun jadilah kan..ngee... ^^

syukur alhamdulillah,beguk yang laili hidapi sejak 4 hari yang lalu dah semakin pulih.. badan pun dah takdelah sakit sangat..cuma sengal-sengal sikit jer.

sebut pasal beguk ni,laili takde guna ubat apa sangat pun..cuma guna nila + cuka makan. pastu sapu je kat bahagian yang bengkak atau beguk tu. bila kering je,bancuh lagi dan sapu ulang kali sampailah betul-betul hilang ketulan tu. tapi kalau lama sangat pun,beguk tak hilang-hilang..jumpalah doktor k.

pokok lidah buaya

tapi ada gak petua lain..guna bedak sejuk sahaja. ataupun blh juga dicampurkan dengan lendir dari daun lidah buaya.

daun lidah buaya ni memang bagus..sejuk. banyak khasiatnya untuk perubatan dan juga kecantikan..
hihi..senyum lah korang baca ek...tambah lagi bila laili kata untuk kecantikan..ehehe.. takpelah,normal lah tu.. kita semua suka cantik..dan kalau boleh,nak usaha lebih cantik.
tapi,na mo buat cosmetic surgery atau botox-botox tu semua k. sebab kecantikan semulajadi tu lebih terpancar keasliannya.. :)

*ahai,lari topik sudah..takpe..selingan berinformasi kan.. nanti i cari info lagi untuk share di entri akan datang k. 


dan di dalam hari-hari yang laili lalui ni..laili perhatikan khadijah semakin mendengar kata. manja tu dah tentu lah. tapi,dia dah tau apa yang ummi nya ni suka atau tak. bila ummi marah,dia akan tunduk diam. pastu duduk je lah diam-diam kat ummi nya ni..hehe..takut kena marah lah tu sebab ummi garang macam harimau..hahaha..ye..ye..je kan..

apapun,khadijah lah permata hati kecil ummi abah.. dengan khadijah,semuanya terasa indah. terus membesar dengan lebih baik,sihat dan kuat k. jadi anak solehah..berjaya dunia akhirat..insyaallah..amin..

selamat malam,semua..



----------------------------cinta hingga syurga------------------

Friday, April 15, 2011

get well soon !!!

assalamualaikum... ^____________^

laili doakan kawan2 semua sihat2 belaka..dan ceria sentiasa... :)

sejak dua menjak ni laili dan khadijah diduga sakit berpanjangan. bukan hanya kami,tapi termasuk juga abah khadijah.

alhamdulillah khadijah dah sembuh tapi umminya ni plak yg x sihat.. sejak kelmarin leher laili bengkak. ingatkan urat tersimpul ke apa.. tup2 beguk..hadui..memang laili ada agak ni beguk tapi takdelah nk set sangat dalam kepala otak ni kena beguk sebab masa kecik dulu dah kena..sakitnya sampai kena demam teruk..huhu..

tapi siang tadi betul2 rasa lemah..rasa nak demam. sakit seluruh badan. terutama sekali pada bahagian sendi,dan belakang badan..tapi paling terasa kat tulang belikat lah..

apapun,laili percaya Allah yg beri penyakit..dan Dia beri ni mesti ada hikmahnya gak. cuma kenalah banyak sabar. dan walaupun hampir rasa ingin rebah,laili perlu bangun demi permata hati kecil kami,khadijah..yang sentiasa inginkan perhatian.

syukur Alhamdulillah sebab,tiap kali tengok khadijah gembira..rasa macam hilang sakit yang amat tu. doa laili agar cepatlah laili sembuh sepenuhnya.. nak bawa khadijah jalan2 dan main2 sepuasnya.

doa laili juga,semoga kawan2 semua yang ditimpa ujian dengan penyakit..tabah hadapi dan semoga anda pun cepat sembuh..amin..sama2 kita doa ye..insyaallah..

senyum seindah suria okeh,walaupun x sihat...
semoga cpt sembuh.. ^^


p/s: sori sbb banyak guna short form. kesihatan diri x mengizinkan ngadap deskstop ni lelamaan. harus merehatkan diri secukupnya.

selamat malam,semua..

-------------------------cinta hingga syurga--------------------

Wednesday, April 13, 2011

wink...wink...

assalamualaikum... ^_____________^

hari ni laili tersangatlah hepi sebab khadijah dah mula ceria..boleh main-main dan teman ummi makan dengan gumbiranya walaupun tak habis sepinggan... takpelah,sekurang-kurangnya seleranya dah kembali.. :)

*pasni harus makan banyak-banyak ye yayang...






hm,laili jengah ke blog ni,ramai gak yang singgah tengok tapi takde entri baru dari laili. sorilah yer,ummi khadijah ni bizi sesangat.. baru nak menaip je... wekkkk..mimi....uhuk-uhuk... tulah kisahnya. asyik layan kerenah khadijah je lah.

tu belum lagi bila part nak bagi minum ubat. dia nampak umminya pegi dapur je dan buka peti ais,cepat-cepatlah dia bangun tinggalkan kartun..intai ummi prepared ubat-ubat guna syringe. dia nampak ubat tu je,kelam-kabut dia nyorok kat belakang pintu bilik..

dia ingatkan umminya ni tak tau agaknya.. dok diam je dia kat situ.

umminya ni pun apa lagi,pegilah senyap-senyap..pimpin tangan khadijah..masa tu memang dah nangis dah.. bila baringkan bagi ubat,lagi kuat dia nangis... jenuh gak lah.. tapi gagahkan juga.

dan part paling best,bila dah habis minum ubat..khadijah tengok dalam cawan yang laili letak syringe tu dah kosong..

urmmm....terus dia senyum dan pusing-pusingkan tangan kata habis...siap buat wink..wink..lagi tu.. haish,sabau je lah..

kawan-kawan ada alternatif lain supaya anak senang minum dan makan ubat tak..? kalau ada,tolong share ye.. ada kawan dalam fb ajar dalam 1 syringe tu isi air masak. so,masa dia leka baru tukar pada syringe yang ada isi ubat.

tadi dah try tapi tak berjaya... sebab dia dah set dalam syringe tu,ubat.. ada gak yang ajar,sambil bagi minum tu tutup hidung,tapi tak sampai hati lah plak. cuma tiap kali nak bagi ubat jer,laili istighfar banyak-banyak sebab takut terkasar dengan khadijah yang belum tau apa-apa tu..huhuhu...



---------------------------------cinta hingga syurga--------------------------

Monday, April 11, 2011

jelingan manja

assalamualaikum... ^_____________^

sambil menjeling-jeling curi-curi tengok kartun, laili menaip entri ni.. tersangatlah tak khusyuk kan..ehehe..
biasalah, orang bizi 24 jam sehari, 7 hari seminggu ni..memang camnilah.. buat kerja semua menyempat-nyempat jer.. sambil menyelam minum air...hihi.. :)

khadijah plak dah dok terbaring atas tilam empuknya tu sambil layan kartun kat channel 613 kegemarannya tu..
haish,camnelah agaknya bila en.hubby balik nanti.. kalau khadijah asyik nak tengok kartun jer.. mujur gaklah bila umminya ni tukar channel lain macam discovery channel atau animal planet tu dia layan jer.. tapi kalau nak tengok berita,tak boleh tengok lama-lama. kalau tak...pot pet pot pet lah dia sambil bagi remote suruh tukar channel..hadui..fenin..fenin.. *tak padan dengan kekecikannya okeh..*

petang tadi,kami pergi klinik untuk kali ke-2 sebab khadijah belum sembuh sepenuhnya walaupun dah lebih seminggu.. suhu badannya tak menentu..jap ok,jap panas. pastu batuk-batuk dan kahak..selesema..???? haish,yang tu pun ikut meleleh gak..

doktor check,suhunya normal sebab 37.3 je. tapi tetap gak bagi ubat.sebab bila waktu malam,suhu badan akan meningkat cuma doktor bagi ubat lain..dan perlu lebih kerap bagi minum ubat tu.. ubat demam kena bagi setiap 6 jam. pastu antibiotik 2x sehari dan ubat batuk..

nak bagi 3 jenis ubat tu,boleh tahan gaklah dibuatnya. khadijah ni walaupun kecil,kudrat boleh tahan gak. syringe tu plak habis digigitnya...mentang2 lah gigi dah banyak..mujur tak patah atau pecah..hukhuk..

si tecik tido pas minum ubat..
cepat sembuh ye cayang... ^^


sambil menaip ni, dok jeling-jeling manja gak lah pada khadijah.. hm,dah tido pun. bagus..tepat pukul 9:30 malam,dah tido.. ikut jadual..

dan sekarang,masa untuk ummi khadijah ni plak bersiap-siap untuk tido. na mo tido lewat-lewat. sebab nak bangun awal.. 

kawan-kawan semua pun,kalau boleh janganlah tido lewat sangat k. tak baik untuk kesihatan. dan lagi 1, tido yang cukup tu penting untuk awet muda sentiasa..

selamat malam,semua..

--------------------------cinta hingga syurga--------------------


Saturday, April 9, 2011

bunga-bunga chenta sakura

assalamualaikum... ^___________________^

senyum lebar2 sampai telinga ek...camni...

halllooooo....smile plzzz.... :))


cantik dan comelnya rupa bila senyum kan..so,senyum2 lah selalu ek..awet muda u...!!!

semalam hari yang tersangat gumbira buat laili@ummi khadijah ni dengan khadijah sebab dapat calling2 wif our lalings..ngeee...
*sila jangan jeles okeh ibu2 dan bapak2 sekalian... ^^

bunga sakura yang cantik...
thanks sayang,nanti kita framekan ek.. ^^


walaupun kali ni kami tak sempat berwebcam dengan khidmat en.skype,dapat calling2 pun dah ok.. siap share earphone dengan khadijah gitu..hikhik..ummi dengar sebelah,khadijah dengar sebelah..so,our lalings pun kenalah dengar dua2 insan terchenta dan tersayang nya ni ngomel macam2 isu semasa..schweettt kan..hikhik..
*alah,kalu nak muntah pun muntahlah..bukan selalu pun kan..muntah hijau kuning pun takper..laili tak marah...wink..wink.. :)


entri kali ni bukanlah nak cerita apa yang kami sembang kan..haish,hal suami isteri dan hal dalam rumahtangga adalah rahsia okeh...so,na mo majuk2 dengan laili merangkap ummi kepada si tecik khadijah ni okeh mucuk2 lalings sume..^^ kukibit kahinak..hehehe..


cuma sekadar nak share betapa gumbiranya rasa hati kami bertiga..rasa macam bunga sakura yang sedang berkembang dengan banyaknya...walah..memang tersangat best memadu kasih dan cinta kan..weeee... we loike it..doesn't u...????

cenyum tau...!!!!!


apapun,kami sentiasa mendoakan anda semua sentiasa hepi..riang gumbira seperti kanak2 ribena dan ho.ho..ho...horlicks..... kuci2 pampers hey..!!!!


senyum selalu k..dan bergembiralah dengan apa yang kita miliki..ketika susah dan senang.. dan sayangilah insan2 yang kita sayang selayaknya...


p/s: dalam hati ada taman. tengah dok nyanyi2 lagu chenta..sambil nari2 ala hindustan kat atas kapal..hihihi...

---------------------cinta hingga syurga----------------------

Thursday, April 7, 2011

keterkejutan..

assalamualaikum.. ^___________________________^

awal2 pagi pas sarapan cokodok pisang yang sedap hingga menjilat jari dan pinggan bersama si tecik khadijah...

nyum..nyum..nyum...


laili pun on lah desktop kesayangan laili ni.. dan desktop ni ada nilai sentimental yg amat tinggi pada laili dan en.suami. tp bukan kisah tu yg laili nak citer skrg ni,akan laili ceritakan di entri akan datang okeh.. alahai,na mo lah majuk2..kuci-kuci pampers hey..nanti muka cepat tuo..ngeeee ^^


senyum..... ^^




awal2 pagi laili merangkap ummi khadijah ni dah terkejut terima 2 kunjungan istimewa dari adik doktor kite tu tau.. alexa yussida yang comel loteh dan tengah belajar bidang kedoktoran di rusia.. mmg best baca dia punya blog. paling ummi khadijah suka baca entri pasal periuk nasi alexa ni kena rampas..ahai..cian tu dah memang tentu sebab kita org melayu ni,camne pun mesti nak cari n mam nasi.. tapi kelakar pun ye juga bila si alexa berjaya dapatkan semula periuk nasi tu dengan taktiknya..hikhik.. pastu banyak gak citer best.. sila2lah melawat ke blog beliau yer.. :)


Blogger alexa yussida said...

get well soon khadijah syg ! kesian ummi takde teman tu..tc juga akk :)
April 7, 2011 1:35 PM




Blogger alexa yussida said...

nk ketam jugak!!

uuuu kat sini xde ketam fresh..sedey taw ..every year ngidam nk ketam..sabar sabar lagi 3 bulan dpt merasa
April 7, 2011 1:37 PM


kepada alexa , terima kasih luang masa mengunjung dan tinggalkan komen yg amat hiburkan hati ummi khadijah ni,thanks ya. nanti bila balik mesia,harus cepat2 beli ketam makan sepuasnya okeh.. sedap...

kegemaran ummi,abah dan khadijah..yummy...
^^


laili juga nak ucap terima kasih pada kawan2 blogger lain yg selalu singgah..pastu rajin tinggal komen..
k.liza,k.lia,erni,mama rayqal yang comey,ieka,fiza,dan semuanya lah. terima kasih ye.

selalu2lah berkunjung di sini k. sayang kamu semua...


-----------------------cinta hingga syurga--------------------------