Saturday, September 10, 2011

kerinduan

assalamualaikum... ^________________^

salam syawal buat semua. setelah sebulan berpuasa. maaflah ye,terlewat bagi ucapan selamat hari raya. sibuk beraya sana sini sampai demam. nilah baru nak bagi ucapan...maaf sesangatlah ye,wahai pembaca kecintaan sekalian..



malam ni mood rasa sedih sangat. tak tahulah apa yang disedihkan sangat tu. semua bercampur-baur. tapi bukan masalah rumahtangga okeh.. rumahtangga kami,Alhamdulillah bahagia. walaupun dengan keadaan ekonomi yang agak gawat ni..hehe..

cumanya kerinduan pada arwah abah..terasa sebak sampai tak tertahan air mata ni. dah hampir 9 tahun arwah pergi meninggalkan kami. tapi rasa seperti baru semalam merasa peluk ciumnya.. senyuman yang tak pernah lekang di bibir setiap kali bersama kami. dan dekah tawanya tiap kali melihat anak bongsunya ni merajuk..hukhuk..
laili ni memang kuat merajuk okeh..tapi masa kecik-kecik je lah. sebab dulu kalau merajuk,arwah abah rajin pujuk. dukung laili letak atas bahunya dan bawa pusing keliling rumah. pastu makan aiskrim. 
bila dah besar plak,arwah abah suka beli makanan yang laili suka untuk pujuk hati laili.

tapi sekarang.................... semua tu hanya tinggal kenangan. di masa laili sedih,gembira..arwah abah sentiasa di sisi. di masa laili dalam ketakutan,arwah abah akan sentiasa menemani.

teringat lagi masa laili baru nak belajar tidur sorang kat bilik sendiri. dah darjah 5 tapi masih nak tidur dengan mak abah..hehe..

jadinya,mak abah sediakan 1 bilik yang cantik untuk laili. dan untuk hilangkan takut tu,abah akan temankan sambil bercerita dan tepuk2 sampai lah laili tertidur. dan kalau terjaga tengah malam,terus panggil "abah" dan tengok-tengok abah ada duduk di ruang tamu tengah mengaji.

arwah abah memang garang tapi ada lembutnya juga. sangat penyayang dan sangat pemurah. kalau ada orang dalam kesusahan,arwah abah akan terus bagi bantuan yang dia terdaya.

sungguh...hati ini rindu sekali nak mengucup tangannya,memeluk tubuhnya..bergurau senda seperti dahulu.

tiba-tiba terdetik pula di hati,kalau laili selaku anak pun serindu begini,apatah lagi mak sebagai isterinya kan.
tiap hari terasa sunyi,tiap syawal terasa syahdu. melihat anak cucu,akan teringat pada kegembiraan wajah arwah abah. 
"mak,semoga mak terus tabah melalui hari-hari yang mendatang tanpa abah di sisi. kami tahu walaupun kami sentiasa bersama. tapi tidak akan sama dengan abah...kami sayangkan mak."

dan buat arwah abah...hanya doa yang mampu dikirimkan semoga roh abah sentiasa dicucuri rahmat. dijauhkan dari segala siksaan di alam barzakh dan semoga abah ditempatkan bersama para solehin..amin..amin ya rabb..



buat kawan-kawan semua yang masih memiliki ibu ayah..hargailah mereka sebaiknya. jagalah mereka dengan sebaiknya. jangan dilukai hati dan perasaan mereka.
dan jika mereka telah tiada,janganlah berhenti daripada mengirimkan doa buat mereka kerana doa kita sebagai anak-anaklah harta buat mereka di sana..

oklah,takmo tulis panjang sangat sebab dah tersedu-sedan... nak tidur lah dulu dengan mimpi indah. tapi sebelum tu,nak call mak di kampung dulu. rindu sangat..takmo tunggu pagi esok.

selamat malam semua...


p/s: sayangi dan cintailah mereka selayaknya. supaya anda juga sentiasa dicintai. ^^




----------------------------------cinta hingga syurga-----------------------

4 comments:

i n n z c h u b b y said...

sedih sangat-sangat inn baca entry laili kali ni.

moga arwah abah laili ditempatkan dikalangan mereka yang beriman dan beramal soleh. amin~

siti norlaili yusof said...

innzchubby : amin.. terima kasih,inn.
mmg laili terlalu rindukan arwah abah. tambah lagi masa preggy ni sebb arwah suka sgt dgn budak2. tp dah ajalnya kan,x sempat lihat laili dewasa,bersuami dan anak.

rindu sgt nak tengok arwah. sekarang,hanya gambar yang tinggal untuk tatapan. dan setiap kenangan bersama,takkan sesekali laili lupakan.

terima kasih atas doa inn. semoga inn pun akan jadi anak yg solehah. hargai mereka selagi hayat dikandung badan k. :)

Ainul Hayat said...

Laili,

Jgn sedih-sedih ye. Eni faham sgt2 perasaan Laili. Apapun, doakanlah kesejahteraan arwah ayah kat sana. Eni yakin, dia bahagia tgk kehidupan Laili skrg. :)

siti norlaili yusof said...

eni: terima kasih eni.
sedih sangat tu taklah. cuma terkadang,rasa rindu sangat. mudah2an arwah sentiasa dicucuri rahmat. amin.. :)