Friday, October 28, 2011

ngomelan petang ini

assalamualaikum..^_____________________^

salam di petang jumaat buat semua.

phewww...berpeluh-peluh ummi khadijah ni mengedit blog kecintaan ni. almaklumlah,orang baru nak belajar. belum celik sepenuhnya..ehehe..

pertama sekali,laili nak minta maaf sangat dah lama tak update blog ni. sibuk ke hulu ke hilir...klinik dan hospital. tambah plak laili buat blog guna desktop jadinya,terhad lah ckit. kalau guna lappy,bawa je dengan broadband,senggang sikit je dah boleh update. la ni,berebutlah dengan si tecik khadijah.

ummi menaip,dia pun nak menaip. ummi tarik 'tetikus' , dia pun nak tarik. dan disebabkan kepandaiannya nak mencuba segalanya tu,hari tu khadijah dah pun berjaya 'menghancuskan' tetikus abahnya. hm,habis rosak dikerjakan anak dara sorang ni. hukhukhuk...

ni tumpang khadijah tido,cepat-cepat ummi mengupdate apa yang boleh.

sekarang ni usia kandungan ummi khadijah untuk 'adik baru khadijah' dah pun hampir mencecah 22 minggu. hm,pantas sungguh masa berlalu kan. tendangan manjanya pun dah mula terasa. tinggal beberapa minggu je lagi. hm,rasa berdebar juga ni. almaklumlah,dah hampir 3 tahun tak masuk 'labour room'. rasa tegak plak bulu roma ni.

tapi tak kisahlah,yang penting semua selamat. cuma kali ni dugaan lebih sikit sebab laili ada masalah bp dan hb yang rendah. kena selalu pantau. makan minum pun kena selalu jaga. harap bila tiba 'saat kelahiran' tu nanti,semua dipermudahkan dan tiadalah masalah.

sebut pasal kelahiran,ada sesuatu yang laili nak share dengan kawan-kawan semua tentang wanita yang mengandung.

banyak sebenarnya kebaikan yang diterima wanita mengandung ni.jadi,kepada sebahagian wanita yang tak nak mengandung atau takut sangat mengandung tu (yang dah kahwin saje ye..yang belum kahwin,sila pelihara diri anda jangan sampai termengandung. ) lepas ni tukarlah fikiran anda.

dan yang masih 'belum ada rezeki' tu.. teruskan lah usaha dan doa k. insyaallah,Allah tu lebih mengetahui apa yang terbaik buat anda dan pasangan. dan mungkin juga Allah sengaja menduga sejauh mana ketabahan dan usaha anda. doa laili,semoga Allah swt permudahkan segalanya buat anda dan pasangan.



1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat di malam hari.

3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.

4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid. …

5. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.

7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat



besar betul rahmat di sebaliknya kan.. terasa sejuk pula perut ibu yang mengandung ni walaupun bermacam dugaan menimpa.

oklah semua,masa untuk minum petang. petang ni laili masak cucur kelapa je cicah dengan gula.
dulu mak selalu masak untuk minum petang. terutama bila hari hujan,makan panas-panas sambil minum air teh. memang nikmat. khadijah pun suka. ^^

p/s:tiba-tiba terasa rindu sangat pada arwah abah bila masak cucur kelapa ni. semoga rohnya dicucuri rahmat..amin..


--------------------------cinta hingga syurga------------------------

10 comments:

AdaNaz87 said...

alhamdulillah... bestnyeee sis dah nak dapat second baby. ((;

siti norlaili yusof said...

AdaNaz87: syukur Alhamdulillah. lepas ni tambah riuhlah rumah ni..hihi.

terima kasih ye. doakan supaya semua urusan kami dipermudahkan k. ^^

AdaNaz87 said...

riuh-riuh lah best. hehe. ((; insyaAllah. amin ya rabbal alamin.

siti norlaili yusof said...

AdaNaz87: hihi..betul tu. riuh2 lah yg best. tambah lg bila en.suami sailing,tinggal laili je dengan anak-anak.

tq..:)

intan morsalin said...

dah tau lom girl ke boy?ehe..kalau dpt boy...dah sepasang ler..

siti norlaili yusof said...

intan morsalin: belum tau lagilah kak. hari tu scan pun dia dok diam je. doktor kata tunggu bila kandungan 6-7 bln baru sng nampak.

hihi..bestnyelah kalu dpt boy..dah sepasang kan. doa2kanlah ye. mmg teringin gak bb boy ni. :)

AdaNaz87 said...

oh, suami keje sailing eh? mesti mencabar kan? anak-anak jadi peneman setia. bestnyeee. ((;

siti norlaili yusof said...

AdaNaz87: ha'ah..suami laili keje sailing. mmg teramat2lah mencabar. tp nilah kehidupan kan. kena ada pengorbanan.
syukur sbb kami bahagia hidup mcm ni. n ank2 lah peneman setia laili bila suami sailing. :)

Oh Oeya said...

As salam laili.. Lamanya tak up date ;-)

siti norlaili yusof said...

oh oeya: w'salam..
huhuhu..sorilah lama tak update. tengah busy buat bisnes kuih.

insyaallah,akan update entri terbaru dlm masa terdekat ni.

tq ye sbb singgah n tinggal komen.. :)