Monday, February 28, 2011

tdo oh tdo.

assalamualaikum..
senyum seindah suria k..

^_____________________^

malam td laili tdo dengan nyenyaknya bersama si tecik,khadijah.. best betul sbb sejuk je cuaca malam td..pastu hujan..

bak lagu Allahyarham sudirman..
hujan yg turun bagaikan mutiara.......
best tdo masa hujan kan..x payah pasang akon...:)


dipendekkan cerita,semasa ummi khadijah ni tgh lena tdo dibuai mimpi2 indah,tiba2 jer khadijah melasak tdo panjat naik atas badan ummi.. mujurlah tdo pakai kelambu,khadijah tersangkut kat kelambu tu..



org zaman dulu2 pakai kelambu jenis ni lah.. nyamuk pun x masuk..

kalau xde kelambu tu,mau dah jatuh mencium lantai..hahaha...


kelambu ni dah moden ckit...kalu dulu2 org wat pakai untuk pangantin  baru..
tp sekarang ni,pakai je...:)

moral of the story,kepada ibu2 bapak2 yg ada anak jenis tdo lasak ni,gunalah kelambu kalau tdo sekatil ye..safety ckit..sebab budak2 ni tdo memang lasak..1 katil nak conquer... yg xde anak pun boleh gak guna kelambu..kot rasa diri tu tdo lasak,gunalah alternatif ni..juga untuk mengelak dr digigit nyamuk..hehe..

with love:

-----------------------------cinta hingga syurga-------------------------

Friday, February 25, 2011

bila "penyakit itu" datang menyerang...

assalamualaikum....
seperti biasa,trademark cinta hingga syurga... "senyum seindah suria" k...:)

*senyum....*


^______________________^



dah lama betul laili x mengupdate blog kecintaan ni... tersangatlah bz urus macam2 hal..khadijah plak baru baik dr demam.. demam tambah akal.. so,dah makin banyaklah kerenahnya yg memeningkan ummi,opah n wan nya ni..hihihi...

tapi sangat seronok okey...walaupun terkadang rasa gewam sangat2..bak kata k.yat..rasa mcm nak jadi resakse gorgom....hahaha...

hari ni penyakit wajib laili dtg menyerang..hm,kawan2 agak penyakit apa..?

penyakit ni mmg agak kronik..susah sangat nak dapat penawar..cuma ada 1 je dalam dunia ni..pegilah mana2 pun cuma ada 1 n harganya amat mahal..x mampu nak bayar...huhuhu...camne nak sembuh ni..??? nmpknya kenalah mintak derma kan..hukhukhuk...:(



*tulun...tulun...tulun dahku...hukhuk....



sebenarnya dah 3 bulan laili mengidap penyakit ni..dah mcm2 cara laili guna untuk berubat..dapat kurangkan ckit je..nak 100% sembuh tu,mmg lah x dapek nak nolong eiii....

so,kawan2 semua...yg prihatin2 ni..tolonglah doakan kesembuhan laili ye...dah "angau" sangat dah ni...angau pada en.suami...hihihi... 3 months to go baru blh jumpa...:)

haish...mesti kawan2 pun gewam kat laili kan..bikin gempak n susah hati kawan2..mujurlah xde heart attack..kalu x,haruslah laili bertanggungjawab...huhuhu...

so,kawan2 yg sama2 tgh "angau" tu...sabar2 lah ye..

kot rasa2 mandi x basah tdo x lena tu..layankan je lah..jgn plak x mandi..kang  bau kambing plak...

*sorry en.kambing,i guna nama u...(kalu kambing tu pandai blogging gak n baca statement ni,sure hbs pokok2 bunga laili kat dlm pasu tu dikerjakannya..heheh)

miss him...


dan disebabkan terlalu angau,jari laili luka tersepit kat pintu...hbs berjejeh2 darah..so,x dptlah nak upload gambar tu..kang ada yg x lalu nak tengok...huhuhu...(padahal adalah dalam setitis 2 jer..hohoho...)

k,nt kita sambung blog2 lagi yer.. nak mam lunch dgn khadijah...

love u all...

               ------------cinta hingga syurga-------------

Tuesday, February 22, 2011

diriku hanya insan biasa

assalamualaikum... ^______________________^

senyum seindah suria ye kawan2...senyum itu 1 sedekah..so,banyak2kanlah sedekah k.. :)

kebelakangan ni laili lihat ramai betul stalker yg singgah ke blog rakan2 laili... masa tu laili terfikir mengapa mereka bertindak begini..????? mengapa perlu berkata sesuatu yg x enak sedangkan kita boleh bawa berbincang kalau ada yg kurang berkenan..

alhamdulillah wat masa ni blog laili masih aman. dan harapnya akan sentiasa aman..laili hanya insan biasa. menulis hanya berdasarkan pengalaman dan ilmu yg hanya sekadar dijadikan panduan. sbb tu jugalah laili berblog..mahu sama2 berkongsi ilmu.. if ada apa2 yg boleh ditambah dr ilmu kawan2..silakanlah berkongsi.. laili amat alu2kan sebab laili memang nak mencari ilmu.

yelah,ilmu Allah swt ni luas..makin digali rasa makin kerdil dirasakan diri ni...terlalu banyak..apalah sangat dibandingkan dgn ilmu laili kan...????

laili harap kawan2 semua menerima niat baik laili dalam dunia blogger...

laili x kata diri laili bagus dan bijak pandai..malah x rasa langsung diri ni bagus..cuma bersyukur dengan kurniaan Allah swt sbb dgn rasa syukur,akan wat kita lbh dekat dengan Dia..pencipta kita.

laili x kata laili ni pandai,sebab tu nak berblog bagai..tp laili hanya ingin berkongsi secebis rasa,ilmu dan pengalaman laili yg x seberapa ni.. org kata, sharing is caring... tu lah yg laili praktikkan..:)

setiap yg terkandung adalah untuk kebaikan kita bersama....

wahai kawan2,laili xnk membezakan anda semua...laili menerima segala niat baik anda...tp kepada yg mungkin berniat nak mengganggu keamanan di cinta hingga syurga ni,silalah lupakan dan buanglah jauh2... jangan judge laili tanpa mengenal diri laili...

dan cubalah buangkan niat tu dr mengganggu ketenteraman kawan2 yg laili sayang ni...kalau ada apa2,silalah utarakan dengan cara baik dan berhemah...jgn berburuk sangka ok..

sayang semua..... ^______________________^

preggy episod akhir

^_________________^

assalamualaikum..setelah berepisod2 entri laili wat,nilah pengakhirnya..saat kelahiran plak..

sampai je kat hospital tu,terus daftar n pegi check..dah pun buka 1 cm.. sahlah dah nak bersalin..terus kena tahan wad.. tp langsung xde sakit.. rupanya sebab laili kembar air...

alhamdulillah sangat,petua yg diamal sejak awal mengandung tu menjadi... minum air kelapa muda setiap hari..bila dah masuk bulan ke-7 tu,sehari sampai 2 biji laili minum..:)

disebabkan x sempat wat air selusuh,ayah mertua laili yg tolong watkan. tp bukan air selusuh lah... minum n sapu air tu kat perut hala ke bawah sambil selawat ats nabi.

masa kat wad tu laili langsung x reti dok diam.. asyik berjalan je...tp bukan berjalan kaco orang..laili berjalan wat senaman. org kata kalau kita byk bergerak,senang nak bersalin.. dari pagi bawa ke ptg hingga malam,langsung xde rasa sakit..tgh malam tu doktor panggil.. check pad (kat hospital tu nurse suruh pakai pad sebab senang nak check melalui warna...) so,semua normal. pastu scan bb.. air ketuban dah makin berkurang sbb dah hampir 24 jam pun x bersalin..n doktor kata bb kecik.. pastu katanya kalau dah 24 jam pun x bersalin,diorg akan masukkan ubat supaya cepat bersalin..apa namanya laili pun x tau..huhuhu...

mmg kat ctu dah gelabah sbb doktor kata info dlm buku merah tu x detailed..laili pun xleh nk kata apa sbb setahu laili, laili check ikut jadual..x pernah lgsung missed. n confirm laili preggy masa tu genap 8 bulan..

doktor bgtau kat laili byk2 doa n mengucap sbb bb x cukup bulan..katanya kebanyakan bb kalau 8 bulan,ni peluang nipis ckit..doktor tu terus terang sbb laili ckp kat dia ramai bgtau camtu..

masa tu takut sgt..nak nangis pun ada...sepanjang kat hospital tu,rasa xleh nak tdo..suami pun sama..so,calling2 sama2 pujuk hati masing2. suami plak x putus2 bg semangat..menitis air mata laili sbb terharu sgt..

dalam kul 4 pagi tu baru mula rasa sakit tp ckit jer... pagi tu laili tggu suami bawak sarapan tp belum pun sempat suami laili sampai,nurse panggil jumpa doktor..

dah lebih 24 jam,sbb risau keselamatan laili n bb,diorang masukkan ubat melalui ........(faham2 je lah ye..segan nak sebut..huhuhu..)

x sempat nak sarapan n jumpa en.suami,diorang bawak laili ke labour room..pas nurse2 tu check n wat apa yg patut,diorg bgtau dok diam2 n jgn bgn..kalu nak buang air ke apa..bgtau kat diorg. pastu suami laili dtg..diorg bg masuk pas suami isi borang..boleh teman sementara nak tggu isteri bersalin..tp masa bersalin kena keluar.

bila en.suami masuk je,laili terus ngadu cakap lapar..masa tu dah kul 11 lebih..apapun laili x makan..lapar sangat...suami tanya kat nurse.. nurse kata x boleh...sedih sangat masa tu..en.suami lg lah sedih..dah lah isterinya ni bertarung nyawa..dah tu xleh makan..x sempat nak sarapan dah kena panggil..makan tengahari pun x dpt...

setengah jam lepas tu,mula rasa sakit macam nak buang air besar...ckp kat nurse,nurse kata tu sbb bb nak keluar..kelakar gaklah masa tu...dahlah xleh bergerak..angkat kaki pun nurse x bg..kita ni dah sakit ya rabbi..rasa nak tendang2 n siap marah lagi tu.. yg jadi mangsa,en.suami lah..hahaha...

laili cakap.."yang,ayg sakit perut nak pegi tandas ni..ckplah kat diorang tu..xkan nak buang kat cni..malulah...huhuhu"..kelakar kan..laili boleh ckp mcm tu..hihihi..

bila bawak mengucap makin kuat terasa nak buang air besar..lastnya mengucap dalam hati je. nak teran nurse x bg sbb baru buka 3cm masa diorg check. tp makin lama makin sakit..

masa suami dok usap2 kepala n pegang tgn laili yg tengah menahan sakit tu dengan kalimah2 suci tu,doktor datang..

doktor tu tegur "isteri sakit,u x boleh buat macam ni.. u kena urut belakang badan dia macam ni.."

elok je doktor tu nak tunjuk cara...laili pun apa lagi...

"arghh..dah nak keluar...dah nak keluar dah ni....!!!!!"

melompat doktor cine tu..

"aiya..apa mau keluar...??"

dia tengok2 bb dah nak kuar..dia picit alarm tp x berfungsi. menjeritlah doktor tu panggil doktor2 n staff yg ada..hbs penuh 1 bilik.. suami pun kena kuar.

disebabkan x sempat belajar cara meneran,laili cakap kat doktor tu sume.."doktor,saya x tau nak teran.."

doktor tu pun ajar..masa nak meneran..ambik nafas dalam2,jgn angkat punggung n pastu..tutup mulut tu..teran.. alhamdulillah,3x teran je..khadijah selamat dilahirkan..uri pun kuar dengan mudah..

tengok khadijah masa tu x de byk darah melekat kat dia..bersih je...syukur sangat...

nilah permata hati kecil ummi abah... siti khadijah...
rasa mcm baru semalam ummi melahirkan khadijah.... ^_________^

dan berakhirlah detik penantian kami suami isteri.. 8 bulan laili mengandungkan khadijah..ke hulu ke hilir x pernah berpisah..mendengar tangisan pertamanya,amatlah mengujakan diri laili..syukur dengan anugerahNYA...

laili rasa kawan2 pun yg dah melalui detik kelahiran akan rasa yg sama.. teruja sgt dgr tangisan pertamanya menjengah ke dunia ni...dan kepada bakal ibu,mesti x sabar nak jumpa anak yg dikandungkan kan...laili pun tumpang eksaited gak. doa laili,agar semuanya dipermudahkan..

dan semoga cinta ni..kekal hingga syurga..amin..:)

preggy episod 3

assalamualaikum,semua... :)

^____________________^
senyum lebar kawan2 semua yer tengok entri berepisod laili yg macam telenovela ni ek..ekekeke...perasan artis lah plak...hehe...

hm,laili x nak bebel panjang sgt ni..nt ada yg bosan. so,laili nak terus sambung topik kita pasal preggy ni..sebelum ni laili dah wat 2 entri, preggy episod 1 n preggy episod 2 ni sambungannya k. (ayat putar belit..hihi..)

selalunya orang preggy yg dah nak melahirkan akan ada simptom2 bengkak kaki..selalunya bila dah kandungan 9 bulan.. tp laili x. laili mula bengkak kaki masa preggy 6 bulan tp laili wat x tau je lah sbb rasa tu normal n xkanlah nak bersalin awal plak kot...??? tanya gaklah kat mak laili,mak kata selalunya dah nak dekat hari bersalin baru bengkak kaki,tp ikut org gak..sbb tu laili x kisah sangat..layankan je lah...

masuk bulan ke-7,makin besar bengkak tu sampai dah x leh nak pakai sandal n selipar yg sedia ada saiz 7 tu...i kena pakai saiz 10 u...hukhuk...:(

bila dah ikut pegi umah IL tu masa tengah dok borak2 tu ngadulah kat MIL kaki ni bengkak besar semacam..MIL tengok n pastu panggil FIL plak tgk..diorg pun pelik..diorg siap tlg wat countdown untuk laili yg baru 7 bln tu...hahaha....

masa tu dah risau gak..dlm hati ni mcm2 gaklah kata...xkanlah dah nak bersalin..abg belum balik ni..adudu...

x lama pastu hari yg dinanti pun tiba,masa p jemput en.suami tu nervous sesangat..(lari tajuk dah ni..hihihi)
kaki mmg dah bengkak teruk gak..sampai nak jalan pun rasa sakit..

tiap malam laili tdo letak kaki atas bantal..tinggikan supaya darah dpt mengalir dgn baik n kurang ckit bengkak tu..pastu amalkan gak lah tdo mengiring sekejap2 n kalau berdiri atau duduk pun sekejap2 je..

masuk bulan ke-8 preggy,masa tu suami tgh bertukang wat bilik baru kat umah MIL untuk kami. mak su datang n cakap "wan,aku rasa hang x sempat siap buat bilik tu,bini hang tu dah bersalin...hahaha..." kami pun gelak lah..sbb baru 8 bulan..x cukup due lg. :)

tup2 subuh tu laili asyik rasa macam buang air kecil je..asyik ulg alik bilik air dr kul 2 pg. sampai dah x larat nak bangun...x bangun kang kot terkencing atas katil plak..mau kena gelak nanti..so,gagahkan juga untuk bangun. mujur gaklah bilik air tu dekat.

keadaan tu berlarutan gak sampai kul 8 pagi. x tahan punya pasal,cakap lah kat en.suami..."syg,ayg ni asyik nak terkucil jer..dah berpuluh kali ulg alik p tandas...x larat lah..." suami terus diam. pastu laili ckp lg "nak pakai pad lah camni..x larat dah..x sampai 5 minit dah kena pegi tandas.." then suami kata ok. terus call adik ipar mintak pad. dia pun pelik tp bgtau juga lah kat mana dia simpan.

hati rasa x keruan,suami suruh tanya kawan laili yg keje nurse tu.. terkejut gaklah bila dia bgtau..tu adalah air ketuban...warghhhhhhhhh....diriku dah nak bersalin...omg...cam x caye je..

pastu suami suruh tanya kat jiran plak..dia pun kata yg sama...wahahaha...masin betul mulut mak su kami tu,mmg betul nak bersalin awal. patutlah kaki bengkak awal..huhuhu...

pastu terus siap2 n tunggu MIL pegi sama2 sbb kami ni bukan tau apa pun..yelah,masa tu baru preggy 8 bln,nak bersalin kat mana pun x survey lg n suami pun baru je balik dr sailing...hohoho...awal kononnya...sekalinya bb nak kuar awal...hahaha...

masa dalam kete tu,siap pesan kat en.suami sambil pegang tangan(dah nak bersalin pun boleh romantik2 lagi tau..hikhik) '"syg,x payah bwk kete laju2,bb belum nak kuar lg ni..x sakit pun..biar pelan ckit pun xpe..jnji slmt sampai.."

bila dah sampai hospital...citer lain plak...amat mendebarkan ok.

malam nt laili sambung...

nak jalan2 jap... wassalam...

Monday, February 21, 2011

preggy episod 2

assalamualaikum... ^______________^

apa kbr semua..?harap semua baik2 ye... seperti yg dijanjikan,hari ni laili nak sambung kongsi cerita dan pengalaman preggy sebagai panduan kita bersama..

sambung cerita semalam,pasal telur goreng tu,seelok2nya jgn wat separuh masak..bg cukup masak ok sbb org preggy x digalakkan makan makanan mentah n kurang masak. :)

madu tu plak,ramai org kata panas. sbnrnya x..madu tu amat bagus diamalkan sama ada kita preggy atau x..malah pas bersalin n masa dlm pantang pun blh minum madu. mcm laili,laili cuma minum 2 jenis madu. madu khaula atau madu kausar..amat bagus n melalui pengalaman masa melahirkan,bb tu bersih..nak cerita detail sgt x reti tp tu lah yg doktor n nurse bgtau kat laili..^^ tp xpe,nt laili wat entri ttg pemakanan plak k..tgguuuuuu...........

now,kita masuk topik baru tentang regangan atau senang cakap stretchmark.(betul ke laili eja ni..? hentam je lah ye..malas dah nk tgk2 kamus on9 ni...heheh) regangan ni mmg akan berlaku sbb bb membesar..kat cni kita patut selalu bersyukur melihat kuasa Allah..yelah,perut punya kempis boleh mengembang sampai camtu..ada bb plak tu..subhanallah...^_______^

ada setengah org rasa gatal..ada setengah tu x rasa apa pun. mcm laili,dr awal preggy sbb baru tau preggy masa dah masuk 5 mggu,terus sapu minyak sbb takut perut merekah..hahaha..masa tu belum gatal lagi. laili mula rasa gatal masa cecah 3 bulan..masuk 5 bulan makin kuat rasa gatal..rasa nak cakar2 je tp ditahankan sbb xnak nt perut huduh..huhuhu...lama gaklah gatal2 kat perut tu sebab regangan sampai 7 bulan. ada stgh org plak,sampai bb nak lahir pun gatal lg..sabau yo lah..:)

masa gatal2 tu laili suka sapu lotion n minyak johnson's baby..kdg2 tu sapu gak lah bio oil..ikut kerajinan..kalau asyik mandi je,laili akan guna lotion..jimat ckit bio oil tu.. botol kecik tp mahal lah yunk!..hukhuk

bila masuk bulan ke-6 preggy,laili kena alahan kulit..maha hebat betul ujian masa tu. dahlah gatal di perut..ni hbs hampir 1 badan kena alahan..sedih sgt masa tu..dgn en.suami xde d cc kerana tanggungjawabnya pada negara..(sedapkan hati je..hehehe) n keluarga yg dibinanya ni.. alahan tu teramatlah gatal..kalau kena panas rasa pedih sangat n berair...mmg masa tu laili byk sabar...kadang tu x tahan sgt,sampai nangis gak lah..mmg menguji..dgn apa yg dirasa..tambah plak tgk kulit dah x secantik dan semulus yg dulu..nak kuar umah pun malu..huhuhu...:(

masuk bulan ke-7 IL laili dtg jemput sbb suami laili dah nk blik n laili nak sambut kat umah IL. (masa tu belum ada umah sendiri) IL laili terkejut tengok..MIL plak dah macam nak nangis tengok keadaan menantunya ni..ubat dah mcm2 ubat guna tp xde yg berkesan(hbs duit adalah)..huhuhu

so,on the way blik tu,terus singgah farmasi n cari ubat..alhamdulillah,ubt tu berkesan. 3 hari guna je dah hilang..syukur sgt.. ^____________^

barulah boleh nak senyum dan nyanyi2 lagu hindustan tu(dalam hati jer ok..hehehe)...tp,dugaan lain plak yg dtg lepas tu. nak tau apa.???? ha...kenalah tggu sambungannya di entri yg baru nanti...:)

moral drp pengalaman laili ni,walau seberat mana dugaan masa tu,jgnlah mengeluh..cuba elakkan drp mengeluh k. bykkan sabar..insyaallah ada sesuatu yg menanti..yg kita x tau.. bila hadapi saat2 ni,bykknlah berdoa mohon kekuatan.. kalau nak menangis pun,boleh..tp jgn sampai cakap bukan2 dan mempersoalkan apa yg kita alami.. sbb Allah tu terlalu kasih pada wanita2 yg mengandung...

best kan,pas 9 bln 10 hari mengandungkannya..melahirkannya adalah 1 anugerah yg amat besar...:)

ok semua,kita jumpa lagi nanti.. jg diri n bb tu k..mesti x sabar nak jumpa bb tu kan..???? i know that.. sbr k..9 bln 10 hari je..nt dgrlah tangisannya menjengah ke dunia...

p/s:rindu momen2 masa preggy n melahirkan..:)

preggy episod 1.

*________________*

bila tengok tajuk di atas tu,msti ramai bajet laili tgh preggy 2nd bb...betul x..? hahaha...xdelah.. tggu2 dulu okay..:)

sebenarnya entri kali ni laili nak share pengalaman masa preggy..bukannya nak bgtau laili tgh preggy..hikhik..

skrg ni laili tgk ramai betul yg mengandung..ada yg baru 1st time n ada yg dah 2nd n 3rd... pada yg dah ada pengalaman tu,mgkin dah boleh nak handle sbb dah pernah lalui. tp bg yg baru 1st time tu,kenalah ajin2 bertanya n wat research k. :)

laili dulu pun masa preggy selalu baca buku n cari info..mcm2 maklumat laili dptkan.. selalunya bila preggy ni ada morning sickness cuma ia berbeza mengikut hormon. ada setengah org tu,asal makan je muntah..bau ckit je muntah..demam sepanjang hari x leh bangun..sampaikan badan pun jadi susut sbb dah x lalu makan..ada juga yg takut nak makan sbb asal makan mesti muntah..sakitnya Tuhan saje yg tau.. uwek2 pagi,ptg,malam..

laili dulu pun camtu juga..asyik muntah..x kira waktu.org kata elok makan asam untuk kurangkan loya tp laili x lalu nak makan.pastu ada sesetengah bau mmg x tahan..nasi baru masak atau tengah mendidih..fuh,rasa mcm busuk sangat n sampai 6 bln preggy pun laili alah dgn bau tu..so,tiap kali masak nasi,mesti pastu dok jauh2 n makan pun tggu nasi tu sejuk..hihihi..

untuk trimester 1-2 tu mmg alahan teruk gak lah,xleh silap ckit mesti muntah. sampaikan nak shopping baju raya pun cancel sbb x tahan dgn bau baju2 baru tu(org mengandung ni mmg pelik..bau baju pun boleh mabuk..lawak plak rase..hehehe)..terduduk gaklah..mujur en.suami tu sgt sabar dan setia d cc dgn keadaan isterinya ni..yg best tu,masa on the way nak pegi tmpt parking kete...masa tu tgh melintas jalan,laili termuntah..mmg dah usaha tahan tp xleh..pucat gak lah masa tu kot en.suami marah sbb malu lah..huhuhu..:(

tp x...dipapahnya isterinya ni dgn penuh kasih syg..suruh kuatkan semangat... masa tu nampaklah matanya mcm berkaca2 ckit..terharu i...:) thanks syg..sbb x pernah lgsung mengeluh..selalu bg semangat.. syg sayang...^__________^

tp 1 yg laili amalkan,kalu pas muntah msti terus makan walaupun x larat sbb nak bg ada tenaga n untuk bb. so,kwn2 yg rasa fobia ckit nak makan tu...makan je lah.. selalunya org preggy ada masalah kurang darah. alhamdulillah laili xde masalah tu walaupun kurang makan. sbb laili hari2 minum madu n makan telur ayam..n tu je lah yg larat pun..telur goreng mata kerbau,pastu letak sos cili+kicap.. laili siap ngadu kat doktor takut ada masalah.rupanya doktor kata telur amat baik untuk ibu mengandung..:)

klah,laili rasa cukup untuk info hari ni. esok laili sambung lagi bab regangan n kegatalan sebab mengandung k. 

pesanan laili wat ibu2 yg mengandung tu,tabahkan hati n kuatkan iman k. masa mengandung ni mmg mcm2 dugaan dtg.. banyak2lah bersabar. mudah2an bb tu nanti akan ikut menjadi seorang yg penyabar. 

sekian saje untuk hari ini..wassalam...

-----------------------cinta hingga syurga----------------

Sunday, February 20, 2011

blog review oleh MO: khas untuk sahabat blogger MO (follower)

assalamualaikum...
pertama sekali nak ucap terima kasih sebab MO wat slot macam ni...:)

kat cni laili nak share ckit kenapa laili suka sgt pegi kat blog MO...tiap hari msti tengok..sebab ada byk ilmu yg dikongsi sebagai panduan bersama.,

dan paling laili suka,blog islamik MO... sbb tu lah tiap hari laili luang masa menjengah ke blog MO.

p/s:ni bukan nak mengampu ok. ikhlas drp laili.. mudah2an segala ilmu yg baik ni dpt dijadikan panduan kita bersama. dan terima kasih sbb ajar laili berblogging.. ^____________^

-----------------------cinta hingga syurga--------------------------

khadijah with her milk..:)

assalamualaikum...^____________________^

syukur alhamdulillah,pagi ni semua rutin harian laili dan khadijah berjalan lancar. tambah plak semalam khadijah mula terima untuk minum susu formula...sebelum ni khadijah lgsung xnk. kalau bg pun,dia letak tepi je..tp ptg semalam tu,naluri keibuan ni kuat sgt berkata suruh bancuh susu untuk khadijah.. pas bancuh n bg..terus hbs sebotol 2onz tu dia minum..n mintak tambah sampai 2x...so,total minum smlm 6 onz..:)

alhamdulillah syukur sgt. mudah2an zatnya cukup mmg x sebagus susu ibu tp,lbh bagus dia minum drp x lgsung kan..sbb selama ni ganti dgn calci-yum je untuk tulang..tp dha xde... dan org yg paling risau,of coz lah abah khadijah...hukhuk..

masa tgh bancuh susu tu,tiba2 telefon umah berdering..senyum dah sbb dpt rasa tu panggilan yg dinanti...
pas bg salam,salam tu dijawab oleh suara yg paling laili rindu..pemilik suara tu adalah suami laili yg tercinta..yg jauh di mata tp sentiasa dekat d hati n x pernah hilang dr ingatan ni.. nak borak lama2 mmg xleh sbb guna fon satelit kapal..mahal lah yunk....!!!hihihi...

n abah sgt seronok dgr anknya ni dah mula minum susu..x renti2 mulutnya mengucap kalimah syukur kpd Allah swt.. syukur alhamdulillah..:)

kawan2 yg dah rentikan anak nyusu bf tu,kalau anak xnak minum susu formula,cuba beri mereka masa..calci-yum tu mmg bagus..sbb dlm entri sblm ni pun laili dah ada citer kan.. klik sini untuk lebih info k.

insyaallah,lama2 anak tu akn minum gak...dan kalau dia xnak,cuba kawan2 rasa susu tu sedap atau x macam citarasa kawan2..sebab ank2 walaupun masih kecil,pandai gak memilih..:)

klah,sekian saje untuk pagi ni... sama2 kita usaha yg terbaik untuk anak2 kita k. wassalam..

                                   -----------cinta hingga syurga-------------

ulser oh ulser

assalamualaikum...

laili baru je pas blogwalking kat my blogger sifu:k.yat... alahai,cik ninina kena ulser..ni baru boleh nak mam...
cian ninina..sakit amat...sebab tu lah x lalu nak makan.. aunty memahami sangat2 sebab aunty pun kalau kena ulser sampai nak demam2..tp xpelah..aunty ni org besar..mcm qies ni,kecik lg..cakap pun x reti..lahai..ciannya.. k.yat,laili faham sgt perasaan k.yat bila menghadapi situasi ni. kalau kita boleh ganti,dah lama kita mintak bg sakit tu kat kita kan..??? hukhuk...

cerita tentang ulser ni,khadijah pun pernah kena dulu sekali..teruk gaklah sampai muntah2 xleh makan..yelah,sakit..kena plak ulser tu kat hujung rengkong..so,mmg xleh nak telan..byk plak tu..masa kat klinik tu,doktor pun bgtau kemungkinan sebab genetik sebab belah suami laili start drp ayah mertua sampailah suami n adik2,semua selalu kena ulser..kalau silap makan atau tergigit masa makan pun dah jadi ulser.

so,turun kat khadijah..tp x bape kuat sbb laili jarang kena ulser..gen tu cuma drp abah khadijah je lah.. then doktor pesan,selalu jaga pemakanan khadijah n pantau kesihatan dia.. nak tau khadijah ni nak kena ulser sng je..dia akan mintak ais..n tiap kali dia mintak ais..bila check..mmg dah nak jadi ulser. so,bg ubat yg simpan spare untuk dia. xpun,bg minum byk2 n bg mam bubur dan sup je lah..pastu bg je apa dia nak..

bila anak kena ulser,selalunya akan demam.so,persoalan pertama bila doktor suruh bg ais n ais krim tu..xpe ke?
doktor kata xpe..kalau demam pun,ada ubat demam..ais tu akan release ulser tu n jadikan kebas..pas bg ais n ais krim tu,blhlah selit2 bg makan..n selalunya ank tu akn makan sbb dah kebas.tp,bila hlg sejuk tu dia akan tolak sbb rasa sakit.

kalau anak2 atau adik2 kawan2 ada yg kena ulser ataupun diri anda sendiri..makanlah ais n ais krim lebih drp biasa..jgn risau..x bahaya..di samping tu makanlah n sapu ubat skali k.:)

laili doakan sesape yg kena ulser tu cpt sembuh k. amin...

-----------------cinta hingga syurga----------------

Saturday, February 19, 2011

pagi yang ceria

assalamualaikum.. ^___________________^

pagi ni rasa hepi sangat sebab tengok followers dah bertambah pas kena promote dgn en.ben ashaari kita.. walaupun x lah sebanyak mana,tp bertambah pun dah cukup hepi.. ada yg sudi follow dan baca.. so,bolehlah kita sama2 kongsi ilmu dan jadikan sbgi panduan hidup ni.. insyaallah..:)

laili bukanlah blogger yg berpelajaran tinggi..x ditauliahkan plak tu..huhuhu... so,apa yg ditulis adalah berdasarkan pemerhatian dan pengalaman laili..xde nak bohong2... yg mana blh citer kat umum,laili akan citer.. yg mana x tu..diam2 je lah..:)

pagi ni juga rasa hepi sgt sbb khadijah bangun tdo dalam senyuman n ketawa..bunga2 hati ummi tengok..pastu siap teman ummi ngadap blog ni skali... td dia tgk kat blog izamir ridzuan.. suka betul dia tengok header yg seakan2 hidup tu..hihihi... wah..kecik2 lagi dah pandai nak ngadap benda ni semua...hukhuk... ^_____^

sekali lg terima kasih kpd en.ben ashaari sebab sudi tolong promote "cinta hingga syurga" ni..

p/s:lebih selesa panggil ben ashaari sbgi encik... sesuai rasanya.. :)

rindu si dia yg jauh di mata

mood malam ni...

^___________________________^

senyum lebar2..........

sebabnya dalam hati tengah ada taman...hihihi... pada kawan2 laili yg seangkatan atau senang cakap yg "chenta hati kapal" ni,mesti faham dengan apa yg laili bgtau ni kan..hihihi...

tapi ada taman tu bukan sebab dapat calling or sms wif him..cuma,rasa rindu jer... terasa nikmat dpt merasa erti rindu ni..syukur dengan fitrah berkasih ni.. setiap sesuatu tu perlu pengorbanan..:)

malam ni laili saje wat entri ni bg pasangan2 yg berhubungan jarak jauh..x kisahlah couple atau dah berkahwin..keje kapal ke apa..pendek kata spesel wat yg berjauhan..jauh d mata tp dekat d hati...yg pasti,tu lah pengorbanan..tp berbaloi2...tambah lg kalau guna celcom 1+5 sbgi penghubung pengerat hubungan...hahaha...ada plak selit iklan promote celcom..ekeke...jgn mare ye kawan2....
lagipun mmg betul kami guna celcom pun..:)

'celcom,jadilah penaja hubungan jarak jauh kami ni..x payah bayar bil untuk 6 bulan..boleh x..???"
^_____^

klah,kita sambung citer... laili rasa x perlulah dihuraikan sgt tentang rindu tu n perasaan rindu merindu tu..sebab semua org dah maklum kan..ada yg kata rindu tu 1 penyiksaan. ada gak yg kata rindu tu terlalu pedih..sakit mcm nak mati...oh..bahaya rindu ni kan..???sampai tahap tu sekali..huhuhu...

xpelah..penantian tu adalah amat berbaloi..menantilah dengan penuh setia dan sabar k. mudah2an berkat penantian yg penuh sabar dan keredhaan tu akan diganti 1001 kegembiraan..

dan ingat,Allah xkan uji melampaui batas kemampuan hamba-NYA.. bila kita diuji begini,maksudnya kita ada kekuatan tu untuk melaluinya dengan tabah..:)

di cni laili sediakan 1 lagu kegemaran laili..layan k..


selamat malam,semua...tdo dengan lena n mimpi indah2 k. kalau x leh tdo,bangunlah untuk qiamulail... insyaallah,hati akan lebih tenang dan bahagia dalam kerinduan.

ikhlas:siti norlaili yusof

-------------------------cinta hingga syurga---------------------

Friday, February 18, 2011

segmen 2 dalam 1 : khas buat blog < 100 dan > 1500

assalamualaikum,semua...

tadi laili blogwalking dari 1 blog ke 1 blog.. pastu pegi lah ke blog en.ben ashaari kita ni..
wah..tgh nk promote blog.. senyum lebar laili..  ^___________^

so,nak join skali gak lah.. segmen 2 dalam 1 : khas buat blog < 100 dan >1500


mudah2an sama2 dapat kebaikan n kita sama2 dapat hasilkan entri2 yg terbaik sebagai panduan bersama..insyaallah....

sekian,wassalam..

masak,masak lah pula....

assalamualaikum...^_______________^
pagi ni laili senyum agak lebar sebab mood tengah hepi n rajin...:)

tadi buka blog pasal masakan...wah,macam2 resepi ada... tgk plak kat blog dapur tanpa sempadan 'mat gebu'...terliur tengok makanan2 tu semua... kena cuba masak ni..:)

sebut pasal masakan ni,kawan2 semua mesti biasa dengar 'kalau nak tambat hati suami,kena pandai masak'.. betul lah tu kan..org tua2 mmg selalu pesan. sebab bila isteri pandai masak,suami mesti hari2 makan kat umah...n plg best..part 'air tangan'.

kalau kawan2 nak tau,air tangan ni lah yg akan wat suami sentiasa rindu masakan isteri tau.. mungkin org lain makan xdelah rasa sedap sgt. tp,kerana berkat titik peluh n air tangan si isteri yg sambil memasak dgn penuh kasih syg tu,sampai gak kpd suami melalui makanan tu. sebab tu lah,kalau boleh..elakkan marah2 masa masak..nanti suami dpt kesan n suami pun xnk makan sbb terasa hati dengan kita...hukhuk..

'camne plak suami boleh tau...???' alah,sekilas ikan di kali,dah tau yg mana jantan dan yg mana betina... mestilah en.suami tu tau kalau kita ni tengah marah atau gembira...tambah plak org perempuan ni jenis senang tunjuk perasaan..x reti nak selindung2...lg lah senang nak kesan..betul x..??? hehehe... ni pun pengalaman laili ok..hikhik..

yelah,laili kahwin umur 19...so,masak2 ni..simple2 jer...x expert masak like my en.hubby...wahahaha...
so,bila dah kahwin tu,en.hubby lah yg byk bg support untuk isterinya ni...bg masa untuk belajar semua tu.. skrg alhamdulillah,dah 3 tahun memegang status ni..laili dah boleh masak makanan2 kegemaran suami dengan jayanya... if x jadi pun,masak lg bg sampai jadi..
hasilnya,ke mana pun en.suami pergi...even sama2 kuar makan,kdg tu akan terkeluar juga di mulutnya 'kalau makan kat umah lagi sedap kan..????' aduh...berbunga2 terus hati ni dengar suami cakap mcm tu..sbbnya suami laili bukan jenis senang nak memuji..x reti pun bab puji2 ni....so,kita lah kena faham2 sendiri...hikhik..

4 bulan lg,dapatlah laili masak untuknya...rindu sangat nak masak sarapan pagi,makan tghari,ptg n malam...suka tengok en.suami makan dengan selera tambah berpinggan2..hihihi....

so,wat kawan2 semua yg suka sangat hidang lauk tapau kat suami tu,cuba2lah luangkan masa masak k. mgkin kawan2 keje,tp sekurang2nya masaklah nasi n sejenis lauk utama pun dah memadai..kang hari2 lauk tapau kat kedai cik melah or cik kiah je...suami pun asyik ingat kat diorg...hadoi..x garu kepala ke nanti cik jah..????hukhuk...

klah semua,laili nak siap2kan bahan masak tengahari..

kwn2 semua pun,segeralah ke dapur ye...masak sedap2..sure suami n ank2 suka..makan sampai menjilat jari dan pinggan...:)

------------cinta hingga syurga---------

makan,makan,dan makan..........

assalamualaikum...^_______^

hai,baru nak menaip..perut plak tiba2 bernyanyi bermacam lagu..rasanya skrg ni tgh nyanyi lagu 'siti situ sana sini' drp siti nurhaliza kot... haish,mentang2lah nama laili pun bermula dengan siti...nak lagu siti jugaklah...hihihi...

hari ni mood makan terlebih sudah...pantang dok diam je mesti cari makan wif khadijah...baru td ni makan cornflakes sampai semangkuk..ummi suap khadijah.. khadijah plak suap ummi..mmg best makan suap2 ni kan..?hahaha...

ni dah rasa lapar balik..hohoho..bahaya ni kalau x control. karang cik abang balik,terkejut plak tengok his wife ni dah bam bam...sebam bam khadijah...oooo... no,no,no...katakan tidak kpd kegemukan... harus maintain..huhuhu...

tp dah lapar,kenalah makan kan..kalau x nanti,makin parah lah penyakit gastrik yg dah lama x dtg tu... sebelum ni laili x makan byk sgt pun..cuma sejak kena gastrik,kena kerap makan sbb kalau x,perut rasa pedih..pastu loya2 n pening..kalau dah sampai tahap tu,mmg ambik masa nak bg ok balik...

kat cni,laili bukan nak citer x blh makan byk..u olls boleh makan..tp kena tengok jenis makanan..jgn main bedal je.. penting tau,amalan pemakanan yg chat ni.. so,sama2 kita jaga k.

laili doakan anda semua sentiasa chat n bertambah2 chat...

cinta hingga syurga.....  ^___________^

Thursday, February 17, 2011

doktor????

assalamualaikum..adik2,kakak2,abang2 n kawan2 semua...
harap anda semua memulakan hari ni dengan penuh ceria. senyum seindah suria k... ^___________^

sambil menaip ni,sambil layan citer ustaz coklat kat astro oasis..best gak citer ni..:)

tadi baca blog ben ashaari.. best betul blog beliau. patutlah ramai suka pegi blognya.. now,laili pun dah jadi followers beliau..

sambil belek2 blog yg ada tu,tertarik pada 1 entri tentang doktor berlainan jantina.. biasalah kan,sebut pasal doktor ni,bila sakit bukan blh pilih2.. melainkan ada duit bolehlah pilih nak p klinik or hospital n doktor.

sebaiknya sebagai perempuan,kita dptkanlah doktor perempuan gak. sbb ada sesetengah kes tu,doktor nak kena lihat n sentuh.. kalau doktor lelaki,tentulah hukumnya haram kan sebab bukan mahram..melainkan darurat. tapi kalau x darurat,kenalah usahakan dptkan dktr perempuan.

laili pun pernah gak dpt doktor lelaki..masa sakit2 biasa,laili pegi klinik doktor perempuan.. tp kalau nak bersalin,kenalah refer kat hospital plak. so,masa kat sana,mmg xde pilihan lah..dapat doktor lelaki..hadoi.. garu kepala gak lah jap..tgh sakit2 tu pun,otak ligat fikir..

'nak bg doktor ni tgk ke? aku belum sakit sgt ni..boleh fikir lagi..belum darurat nih..'

lastnya tiba2 lancar je mulut ni cakap kat doktor tu,
'doktor,doktor perempuan xde ke...?'
terus doktor tu senyap.. yelah,masa tu mmg yg ada cuma doktor lelaki je.. sorang doktor perempuan pun xde..lastnya doktor tu tanya kenapa...

lah..boleh plak dia tanya kenapa..???? mestilah sebab laili ni perempuan,dia tu lelaki..non muslim plak tu..
so,kenalah explained bg faham..
dah faham,doktor tu terus panggil nurse untuk check n bgtau kat doktor tu..lega sgt masa tu...

tp tu lah,mmg x dpt lari gak sbb doktor yg uruskan laili lelaki gak..dah lah nama sama wif my hubby.. tp alhamdulillah,dia lgsung xde tgk. n setiap kali check,nurse yg tolong n temankan..

masa bersalin...???? waduh..semua doktor ada... lelaki perempuan ada.. yg sambut tu,doktor lelaki.. doktor azuwan namanya...hukhuk..



x kisahlah..dah darurat...redha je lah...
yg penting sama2 selamat...

moral of the story,selagi boleh tu..usahalah dptkan yg sama jantina dengan kita.. ok.

sekian saje,pengalaman untuk dikongsi kali ini...

ikhlas:siti norlaili yusof

                                 ---------cinta hingga syurga--------

40 hari

assalamualaikum,semua...^________^

entri apa plak lah yg laili tulis kali ni ye,kawan2...tiba2 je tajuk 40 hari...?????? hehehe..

sebenarnya camni,hari ni adalah hari ke 40 laili berblog... hm,agak baru lagi lah kiranya nak dibandingkan dengan blogger2 lain yg dah lebih dulu menceburi bidang ni..

so,tadi laili luang banyak masa tengok blog blogger2 yg ada n follow blog diorang.. macam2 ilmu dapat. di samping tu juga,berharap diorang ni semua akan follow blog laili yg x segah mereka..yg ada byk rating tu...:)

maunya idak..pengikut laili baru 25 orang.. yg diorang tu plak dah ribu2 orang..n plg ckit pun dah nak cecah seratus.. fuh...jauh bezanya kan..?hehe..

sambil menaip,sambil layan khadijah..ni mintak umminya ni ikatkan rambut plak. siap bg getah rambut lagi tu.. gud girl..camnilah anak ummi abah..

tengok kartun sampai panjat kerusi dan meja...huhuhu...

e...eh....nak panjat meja plak..amboi..nak kena ni..tengok tv sampai panjat meja..nak masuk dlm tv ke,anak sayang oi...ni lah yg ummi x suke ni..hadoyai....

pas kena marah terus turun. then menari dengar lagu tom2 bak...hahaha.... ^________^

berbalik tentang followers tu,sebenarnya bukan mudah nak dapatkan ramai pengikut ni..kena byk sabar n usaha...n plg penting niat baik kita untuk berblog..

harapnya lepas ni bertambah pengikut cinta hingga syurga ni. insyaallah,laili akan sediakan entri2 yg terbaik wat kawan2 semua.. apa yg penting,sama2 kita kongsi ilmu.. mudah2an setiap entri di cinta hingga syurga ni dapat dijadikan panduan kita bersama...dan kebaikan wat kita. insyaallah..

hari pun dah lewat malam,masa untuk tdo bersama si kecil,khadijah... selamat malam,semua..

assalamualaikum..:)

Wednesday, February 16, 2011

fahamilah mereka

hari ni agak penat ckit... asyik menggodek komputer jer.. orang baru belajar..so,semua kena explore lah.. kalau x,x tau...:)

so,masa tengah mengadap blog ni,ditemani khadijah yg setia di sisi,umminya ni pun meneruskanlah sesi pelajaran. khadijah plak boring agaknya..

masa tengah makan biskut tu,dipecah2kannya.. tp laili x tau lg masa tu. tengok2 dia bangun pegi dapur n pastu bawak penyapu n penyodok sampah..bg kat ummi.. hah..masa tu baru tau dia dah wat sepah..

dengan senyum manis,ummi pun sambutlah penyapu n penyodok sampah tu.. x marah sebab tau niat baiknya. bukan sengaja nak wat sepah..n dia pun nak tlg sapu tp penyapu tu besar sangat. x padan dengan badannya yg kecil tu..hehehe

sejuk hati ummi tengok khadijah dah banyak belajar. tau bila ummi marah..benda yang ummi suka dan x suka..

laili perhatikan bukan hanya pada khadijah tp kebanyakan kanak2 yg lebih kurang sebaya ataupun senang cakap kanak2 lah..diorg cuba ekspresikan sesuatu dengan cara mereka. so,kita kena ambik perhatian tentang ni.

kawan2 perasan x,yg anak2 ni selalunya suka datang masa kita lipat kain? sebenarnya diorg nk tlg lipat tp x tau cara. camtu gak bila kita kemas katil. selalunya laili  akan letak semua bantal ke lantai sbb nak tukar cadar. tp khadijah plak campak2..caranya nampak kasar n main2. tp sebenarnya kudrat diorg wat diorg jadi camtu. n perhatikanlah muka hepi diorang masa tu..sweet sgt. mmg kalau kita x faham kita akan marah.

sebab tu,ambillah masa dan kenali anak kita. jangan terus2 je ditangankan...dibabap2...kesian diorang..

laili tulis ni pun sambil mengingatkan diri laili gak. biasalah kan,kadang2 tu jadi amarah gak. so,istighfar banyak2. selidik dulu baru ambil tindakan..

selamat malam,semua... ^_________^

sama2 kita didik anak2 kita sebaiknya supaya jadi manusia berguna. berjaya dunia akhirat.

wat khadijah,ummi abah sentiasa mendoakan dan memberikan yg terbaik wat khadijah...we love u..mucuk ummi abah... ^_____^

p/s:hope xde yg jemu dengan entri laili ni sebab asyik cerita pasal anak. n tq 4 visit ea...:)

Tuesday, February 15, 2011

tradisional vs moden

assalamualaikum,kawan2 semua...

sekarang ni tinggal sorang2 je kat rumah sebab khadijah keluar jalan2 shopping wif her opah n tok wan.. jgn nakal2 ye cayang..baik2 dgn opah n wan ok.. :)

skrg ni ramai org taksub dengan kecantikan kan..ada yg menggunakan petua lama,ada gak yg guna teknologi moden..macam2 cara ada..pilih je mana yg kita nak wat..nak suntik boleh..nak makan ubat or supplement pun boleh..hehehe..

laili..???? alah,laili guna yg simple2 je..n kos pun x tinggi..kalu nak cuba,silakanlah...laili xde masalah untuk share pun..:)

laili lbh pentingkan pemakanan n penjagaan asas kulit n wajah.. kalau makan minum..laili xdelah jaga sgt tp,tetap dikawal gak lah..kurangkan minyak,masin n pedas..manis..? haduh..laili sgt suka yg manis..so,msti kena manis..tp xlah terlalu manis..sedang2 jer.. pedas? laili mmg kurang makan pedas..sbb nak jaga dalaman bdn especially usus kita ni hah.. byk dah kesan laili tengok pd org sekeliling yg suka mkn pedas..apendix,berak berdarah n else..tp tulah,bila dah biasa mkn pedas,msti nk pedas gak kan..sakit pun tahan je lah..hukhuk... so,sblm kena,kita jaga dr awal.

pahit?laili xde masalah mkn sayur2 yg pahit sbb tu ubat n awet muda. cuma yg bau je problem ckit..x lalu nak telan..hihihi..
ok,tinggalkan topik makanan..now,beralih kepada petua org tua2 yg laili amalkan since anak dara lagi..

                          jeng.....jeng.......jeng........

1)beras-beras ni bagus..setengah org wat bedak sejuk..amalan tradisi masyarakat melayu dr dulu sampai kini.. ^______^
tp laili wat lain,laili jadikan skrub. caranya blend beras tu sampai hancur. n masa mandi tu,gosok2kan kat seluruh badan n muka..wat macam skrub tu.tp jgn sental kuat2..wat ala2 kadar je..pas bilas,baru sabun bdn n cuci muka guna pencuci yg u olls guna. guna skrub beras ni bagus..boleh wat tiap2 hari..nanti kulit akan jadi lebih licin n gebu..

2)madu+air perahan limau nipis-masa muka ada jerawat dulu,petua ni lah yg laili guna. tiap hari sapu kat muka dengan madu+air limau nipis. tp skrg dah x wat lah sbb muka dah xde jerawat. n lg 1,kalu u olls ada jerawat,jgn picit k. nanti tinggal parut..jg ok..

3)make-up-laili x suka pakai make-up. laili lbh suka pakai krim pelembap n bedak je..pastu lip balm..sangat simple.. tp kalau kawan2 suka pakai make-up,make sure sebelum tdo,cuci sampai bersih n jgn tinggalkan sebarang sisa.

khadijah wif ummi 

sebenarnya jaga muka ni kena byk sabar..jangan nak tergesa2..contoh bila jerawat tumbuh..skrg ni dah ada mcm2 produk,so..sapu jer.. jgn plak picit..kang berparut kan dah susah..

wat masa ni,laili pakai produk safi rania gold(promote produk safi nih..huhuhu),mmg bagus..tp laili x pakai 1 set sebab agak mahal (bagi laili lah..hehe). laili cuma guna gel pembersih wajah,skrub,krim pelembap siang n malam... laili nak suggest guna x berani gak sbb benda2 ni semua ikut org gak.. ada yg serasi ada yg x. tp kalau nak cuba..silakan.. ^_^

yg penting,jg makan minum,cukup tdo n sentiasa pakai krim pelembap untuk melembapkan kulit. sbb kalau kulit kering,nanti muka nampak tua sebelum usia.

apapun,semua tu terpulang pada diri kita nak pilih cara mana nak guna..tradisional (petua dulu2) atau moden (teknologi sekarang) atau mungkin,mix dua2 sekali.. masing ada kelebihannya.. :)

laili ni xlah cantik sangat atau pandai sangat bab kecantikan ni. tapi,apa yg jadi amalan,laili kongsi bersama. lagi 1,rajin2lah selawat ke atas nabi n jaga amalan..sebab drp ibadah tu lah yg akan beri nur/cahaya pada wajah kita..

kalau kawan2 ada petua yg boleh dikongsi,share lah dengan laili ye.. boleh kita praktik sama2.. :)

ikhlas: siti norlaili yusof

yeah...i did it... ^_^

assalamualaikum... salam maulidur rasul drp laili sekeluarga. selawat dan salam ke atas junjungan besar kita,Nabi Muhammad s.a.w. 

hari ni agak bz ckit..biasalah kan,nak berbelog ni,semua nak digodek2kan.. nak tempek macam2. study tiap hari..sampai kadang2,kepala naik pusing.. tp tetap xleh tinggal.. sebabnya walaupun agak sukar ckit bagi laili yg baru belajar ni,laili rasa blog adalah amat menarik. di samping menulis,kita menambah ilmu..betul x kawan2..?

banyak yang laili belajar drp blog kawan2...nak wat layout n tempek segala macam tu..hihihi..

dulu,laili ingatkan nak tempek2 kat blog ni,just upload macam kat facebook tu..simple. rupanya x..siap ada coding2 lagi..pheww..berpinar mata diwatnya. sampai nak naik juling..huhuhu...

terima kasih pada suami tercinta yg sentiasa bg semangat. yelah,dah lama patutnya laili wat blog tp x rasa yakin.. makan tahun gak lah. tiba2 je k.yat,merangkap my blogger sifu skrg ni..dengan rela hati menawarkan sesi pembelajaran wat blog..thanks ye k.yat. even hr tu dah ucap terima kasih,laili ttp lagi nak ucap terima kasih..:)

cuma skrg ni tengah belajar nak besarkan gambar..tp x menjadi2 lagi..siap jampi2 serapah pun x mau jadi..hahaha...lawak betul. kalau boleh share lah dengan laili ye...camne nak wat bagi besar n cantik lagi.. ^___^

oklah semua,dah hampir 2 jam ngadap komputer,masa untuk sambung main bersama permata hati kecil kami,khadijah.. cian main sorang2.. gud girl..tau ummi tengah cbuk. jap lagi ummi bagi choki2 okeh..

tulis surat rindu kat abah ke,cayang..???? ^_________^

terima kasih pada kawan2 sebab selalu baca entri laili tanpa jemu. if ada apa2,share dengan laili k. laili ni masih baru..masih banyak perlu belajar. mudah2an semua ni akan beri kebaikan pada kita semua..

ikhlas: siti norlaili yusof... ^__________^

Sunday, February 13, 2011

detik kematian...

assalamualaikum..semua..

laili dan khadijah baru je balik dari menziarah jenazah jiran kami..mak cik dah berumur..meninggal sebab sakit tua..

masa melihat jenazah dan mendengar bacaan yassin tu,laili rasa sayu sangat. tiba2 bulu roma tegak berdiri..terasa macam nyawa laili plak yg nk dicabut oleh malaikat izrail..

melihat segala persiapan,laili terfikir..inilah keadaan laili 1 hari nanti.. kerana yg hidup pasti akan mati cuma kita x tau bagaimana cara kematian kita dan keadaan semasa roh hendak ditarik keluar..

sambil menaip ni,tangan laili menggigil ketakutan memikirkan azab sakaratul maut..azab di alam barzakh..ketika hari perhitungan amal..di manakah tempat laili..syurga atau neraka..? 

bagaimana pula keadaan insan2 yg laili syg...?di manakah suami tercinta..dan anak2 tersayang..?betapa laili sayangkan mereka ini..janganlah mereka disiksa dengan azab yg pedih.

hayati lirik dan lagu di bawah ni ye..(sori,video tu mungkin xleh dengar clear sbb ada background music. saje upload untuk sekadar bg tengok..:)

MENANTI DI BARZAKH


Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,

Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Susai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,

Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan x2
Tetapi Ia Sebenar Kejadian x2

Kembali Oh Kembli,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,

Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,

Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan x2
Kini Aku Merasakan x2
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan x2

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,


bagaimana pula keadaan ibu ayah laili..???? saat ni,selagi bernafas...doa saja yg mampu laili kirimkan wat mereka semua...semoga Allah mengasihi insan2 yg laili kasihi ni seperti mereka mengasihi laili...

tambah sayu dan takut bila teringatkan saat rasullullah hendak wafat..sungguhpun baginda adalah kekasih Allah,tp baginda juga mengatakan betapa sakitnya saat sakaratul maut itu...kepada kawan2 yg pernah membaca kisah kewafatan dan detik sakaratul maut rasullullah,anda pasti menangis kerana sakit yg ditanggung...dan malu kerana di saat itu pun,rasullulllah masih menyebut umatku..umatku..umatku...

terkadang rasa malu dengan diri ini...mengaku cintakan rasullullah tp..x mengikut semua sunnahnya dan ajarannya... kalau begini lah keadaan kita,layak kah kita menerima syafaat baginda..?

cubalah kita renungkan..selalu2lah ingatkan mati supaya kita x terlalu leka dengan keseronokan dunia sebab kita x tau bila nyawa kita akan dicabut oleh malaikat izrail... 

kita bukan seperti nabi yg saat kematian akan dijemput dengan cara baik..siap bertanya kita izinkan dia tarik nyawa ataupun x..?

kita hamba yg lemah..tp sebaik2 hamba adalah yg selalu mengingati mati. dan selalulah mendoakan pasangan dan insan2 yg kita syg tanpa pengetahuan mereka kerana rasullullah ada menyebut yg doa kita tanpa pengetahuan org itu untuk kebaikan,akan diaminkan oleh para malaikat... insyaallah...

sama2 kita tingkatkan amal ibadat kita dan pelihara dengan sebaiknya. kerana rumahtangga yg bahagia bermula dengan kasih kita kepada agama kita...semakin kita dekat dgn Allah taala,semakin Dia dekat dengan kita..dan akan dipeliharakan rumahtangga kita dengan penuh kasih sayang..

semoga cinta kita semua kekal hingga syurga...

sila beri perhatian anda !!!

salam semua....^___^

hari ni lewat ckit update blog sebab rasa kurang sihat..'sakit orang pompuan..'..hukhuk..
la ni rasa tidak selesa dtg membelenggu...adoyai...sabar je lah... yg penting sihat kan..hikhik..

khadijah plak hr ni tersangatlah nakal...ada je yg dia wat. sampai x larat dwatnya..ni baru anak sorang ni..kalau dah 2-3 camnelah agaknya kan? tabik pada ibu2 yg ada ramai ank tu..still blh jaga mkn minum n pakai anak2 n suami dgn baik. walaupun kepenatan..

baru2 ni laili ada baca 1 note dlm fb..x ingat penulisnya tp isinya agak menarik..dia ceritakan tentang antara faktor yg menyebabkan kaum isteri cpt nmpak tua berbanding usia..hihihi..

ni antara isinya,laili ringkaskan je lah ye..
1)sepatutnya kita makan kunyah sampai hancur sbb penghadaman yg baik adalah rahsia untuk awet muda.tp,sebab melayan kerenah anak2,si isteri ni trpaksa kunyah cepat2 n x sampai betul2 hancur.. yg si suami plak teruskan menguyah sampai hancur..so,suami lah lebih awet muda..:)
2)tdo yg cukup n minum byk air suam pun antara cara untuk awet muda.. yelah,kalu x cukup tdo,kita letih..muka jadi lesu dan cengkung..air pun xleh kurang sbb nt kulit jadi kering bagai. cnth plg byk yg kita lihat sbb isteri x cukup tdo adalah bgn malam untuk susukan atau bancuh susu anak selang beberapa jam..pastu kdg tu siap kena bgn tukar pampers ank.. si suami plak,wat apa..?tdo je lah sebab bg dia itu tanggungjawab isteri..
3)cepat marah.. hm,mmg lah cepat marah kan bila semua keje kita wat..tambah lg x cukup rehat.. tambah sakit hati bila tengok suami wat dont no jer..hadoi..fenin2..hukhuk..
kesimpulan,yg penulis tu wat lah..semua ni berpunca drp si suami gak..hahaha..(penulis tu lelaki okey..hihihi) ^_^.

hargai dan jagalah hati dan perasaan pasangan kita  dengan sebaiknya... 

bg laili,ada benarnya gak sbb ada sesetengah suami ni mmg x ambik kisah dgn benda ni semua. janji dia dh bg duit belanja n siapkan keperluan,yg lain tu..pandai2 isteri lah.. hadoi,x boleh lah camtu..isteri faham suami penat bekerja tp isteri pun penat juga. nak jaga umah..jg ank2,jg diri sendiri,jg suami..hm,mcm2..tu belum lg kira bab nk shopping brg dapur n masak.. camnelah x tension si isteri tu bila suami wat sikap x endah camtu. sesekali bantulah si isteri..ringankan ckit bebannya tu..24 jam abdikan diri untuk suami n ank2..sampai kdg2 xde masa untuk manjakan diri sendiri...pastu ada  plak suami yg  kata isteri busuk mcm belacan..yelah cik abg..camne nak wangi n comel2 kalau asyik ke dapur n jaga anak yg 1001 macam ragam.. isk2...simpati dengan isteri yg mengalami nasib sebegini.. tabahkan hati dan bykkan berdoa supaya suami anda sedar dan berubah lebih baik ok..:) dan anda pun jgnlah plak sampai tahap busuk mcm belacan..kebersihan n kecantikan jg skali k. penting tu..untuk memikat dan menambat hati suami anda.. ^____^

tapi laili akui juga,ada suami yg ringan tulang..mau tolong jaga anak. kdg tu siap tolong mandikan,siapkan,bg makan n bancuh susu ank lg tu.. pastu bila tgk isteri bz sangat dgn senang hati si suami tolong angkat dan lipat kain.. hm,sejuk hati si isteri..melihat keprihatinan suami.. xde nak masam2 muka sebab suami tersangatlah caring..hehehe..

best kan,bila dalam kepenatan,dapat bersandar di bahu suami untuk melepaskan lelah..
so,wat suami..berilah bahu tu kat isteri anda sahaja ok.. ^________^

kesimpulan drp laili,hidup sebagai suami isteri perlu ada byk tolak ansur..xleh fikir diri sendiri je..kena gak fikirkan pasangan..nak rehat,rehatlah sama2. nak ketawa pun ketawa lah sama2. jgn plak bila pasangan dlm kepenatan,dibiarkan tanpa sebarang bantuan. dan ketika isteri merajuk,dibiarkan rajuknya sendiri.. sesekali beralah lah..xkan rugi pun..dpt reward lg tu.. hihihi.. :)

moga2 entri kali ni dpt dimanfaatkan wat kita bersama ye..laili pun masih baru dlm alam rumahtangga,byk lg perlu belajar.. segala yg baik tu dtg dr Allah swt. dan yg buruk tu,dtgnya drp diri laili sendiri..hamba yg masih lemah. wallahhua'lam... 

semoga cinta kita semua kekal hingga syurga.. :)


Saturday, February 12, 2011

kerana hobi

assalamualaikum...

apa kbr kawan..?laili harap semua baik2 je...:)
oh ya,masa tengah membelek majalah wanita pagi tadi,laili tertarik pada 1 cerita tentang sepasang suami isteri..dah x ingat tajuknya tp ceritanya bersangkutan dengan hobi si suami sehingga berlaku perceraian..

tp ni bukan hobi biasa..kalau setakat hobi memancing,main bola,main golf..mungkin xde masalah. tp suaminya ada hobi yg laili kategorikan sebagai hobi yg menjijikkan dan keji...

iaitu..menonton dan mengumpul cd lucah..pastu suka wat rakaman masa isterinya dlm keadaan b***l di luar pengetahuan dan izin si isteri.

dipendekkan cerita,si isteri dpt gak mengesan..semua yg dirakam,dipadamnya dan dia wat salinan untuk dijadikan bahan bukti di muka pengadilan..

si isteri mohon cerai di mahkamah..tp si suami plak mempertahankan diri sendiri kata dia berhak wat apa saje ke atas si isteri.. astaghfirullah...betapa hina dan rendahnya akhlak si suami..

jujur laili katakan,apakah haknya wat macam tu..mmg isteri adalah hak suami,tp suami juga sepatutnya mnjaga segala peribadi isteri..jgn sampai melanggar batasan adab tertib..betul x kawan2?rasanya kawan2 pun sependapat dengan laili kan...:(

sedih laili baca kisah wanita ni..umur bukan muda lg..dua2 dlm lingkungan 40an..dah agak berumur dan sepatutnya si suami tu jelas tentang semua ni..melihat porno misalnya..sah2 hukumnya adalah haram..

seperti yg kita sedia maklum,isteri adalah amanah wat suami...
suami pula adalah imam wat isteri..pelindung dan pencinta wat isteri..
tp suami ni plak,sebaliknya...

di mahkamah,suami tu minta tempoh seminggu untuk berfikir..dan akhirnya mereka bercerai juga.

laili dapat rasakan topik ni agak sensitif tp,laili sengaja utarakan supaya kita sama2 muhasabah... sebab zaman sekarang ni,begitu banyak bahan porno di pasaran dan internet..meluas sungguh...kawan2 pun tau kan..sekarang ni,mudah sgt nk dpt benda2 ni semua.. 

so, kepada yg ada terlibat,hentikanlah..xde faedahnya melihat porno..hanya merosakkan fikiran dan aqidah kita je...

mungkin anda x nampak kesannya sekarang..tp,keburukannya dah jelas terdapat pd diri anda sejak kali pertama lg anda terlibat..

bukan laili nk kata laili ni baik. tp mmg betul laili x pernah lihat porno. dan sebagai muslim..berdosa kita melihat aurat org lain.. dan bg dah berkahwin pula..x semestinya anda boleh memperlakukan pasangan anda seperti dalam cerita di atas.. 

peliharalah rumahtangga dengan sebaiknya..dan jadikanlah segala sunnah sebagai panduan supaya rumahtangga kekal bahagia.. insyaallah.. bahagia dunia akhirat..sentiasa dalam redha dan rahmat Allah swt.

*maafkan laili kalau ada yang kurang berkenan.tp perkara ni byk berlaku di sekitar kita..sama2 kita muhasabah..:)

ikhlas:siti norlaili yusof

------------cinta hingga syurga----------

Friday, February 11, 2011

pabila penyakit takut datang menyerang

hadoyai..fuh,semangat...baru on blog...kononnya nak baca blog kawan2..tup2,baru buka je dah ternampak tajuk yang menyeramkan..dahlah hari jumaat..hadoi..kecut perut ni..

rasa kelakar kan..setakat baca tajuk dah kecut perut..tu belum baca cerita penuh lagi tu..hukhuk...

tapi tu lah,nak wat camne kan.org ada penyakit takut mmg camni lah rupanya...tambah lagi tinggal berdua dengan khadijah jer..kalau ada en.suami tu,beranilah ckit..hihihi...

ni belum lagi kira bila tengok tv tiba2 kuar iklan atau terkalih channel yg seumpama tu...kelam kabut cari remote..kadang tu siap tutup mata sementara nak tukar channel...khadijah tengok pun terpinga2..agak dalam hati dia pun pelik tengok ummi nya ni..hehehe...

hari dah semakin lewat..masa untuk tdo...

klah semua..tdo dulu...selamat malam...


p/s:dalam takut2 ni pun,x sabar nak baca entri tu esok..:)

doa seorang isteri

mood laili sekarang ni kosong..nak kata hepi x,nak kata sedih x,nak kata marah pun x...blur je rasa...
dan memang camnilah kebiasaannya bila terputus line untuk berhubung dengan en.suami..

yelah..dah namanya pun keje sebagai pelaut..ada gak panggil kelasi..tapi nak femes lagi..sailor lah..hukhuk...
kejenya pun belayar je lah meredah lautan yg luas tu..bekerja sambil melihat kekuasaan Allah Yang Maha Besar.

selamat jalan sayang...ayang akan setia menanti kepulangan sayang... :)

bukan tujuan laili menulis entri kali ni untuk berbanggga dengan cara hidup kami atau diri kami.tapi sekadar berkongsi secebis rasa. laili harap anda semua x salah ertikan niat laili ni..dan menerima setiap entri laili dengan hati terbuka..

xde apa yang laili harapkan selain keselamatan wat suami tercinta..dipermudahkan segala urusan n diberi kechatan berpanjangan supaya dapat menunaikan tanggungjawabnya dengan sempurna.

sebagai wanita yang bergelar isteri dan ummi,laili mengerti perasaan bg yg mengalami situasi yg sama ataupun hampir sama dgn kami ni..bukan mudah kan..tapi tulah kehidupan.xkan selamanya mudah sebab ujian akan sentiasa datang menguji kita.

terkadang kita lalai..kita lupa dengan apa yg kita miliki..terkadang juga,kerana apa yg kita miliki...kita lupa pada Pencipta kita..
Allah tu Maha Penyayang..dia xnak kita jadi lalai ataupun semakin lalai..sebab tu kita sentiasa diuji. sebab fitrah manusia,kebanyakannya lupa apabila senang..bila dah jatuh ataupun susah,baru nak ingat...astaghfirullah...malu rasanya kan...:(

apapun,sama2lah kita berdoa untuk keselamatan pasangan kita...berdoa tanpa henti...semoga selamat pergi..dan selamat pulang ke pangkuan kita...

semoga cinta kita kekal hingga syurga..amin...:)

*p/s:telah dijanjikan oleh Allah swt bg para suami yang bekerja berat demi isteri dan anak2nya..bahawa,apabila mereka tidur dalam keadaan yg terlalu penat kerana melaksanakan tanggujawabnya itu,diampunkan segala dosanya... mudah2an suami kita sentiasa berada di kalangan kekasih Allah dan kita bersama dengannya hingga di sana...amin...


Wednesday, February 9, 2011

kemalasan vs rajin...

ish...tajuk apa plak lah kali ni..tajuk yang ntah hape2 kan..hahaha...xpelah,yg penting isinye...

teruskan membaca k.. :)

sebenarnya camni,setelah sekian lama laili x memanjakan taman mini kami tu..semalam turun gak untuk manja2kan..yelah,cian pokok2 tu semua..sesekali perlu dimanjakan gak..ajak2 nyembang(i'm not crazzy ok..peace no war...ahaks..:) ),gembur2kan tanah,baja....

bukan apa,bagi orang macam laili ni,memang payah ckit nak dok berkebun lama2 sebab dak tecik ni suka kaco..so,semalam masa dia main dengan mak de n pak su nya..laili pun cepat2lah wat apa yg patut..
fuh,berpeluh x ingat2,tapi best..

khadijah wif mak de...main batu seremban sambil bagi kucing mam... ^__^

teringat momen bersama suami..selalunya sama2 turun padang..suami tlg tanam,laili plak tolong siram..hahaha...
sebabnya,kalau laili yang tanam,pokok tu mesti x hidup lama..orang tua2 kata tangan panas..hm,x tau lah panas ke x...suam2 kuku je kot... hukhuk...

rumah kami ni pun rumah sewa jer,masa mula2 duduk mmg xde tanaman..pastu,barulah ada..tu pun atas usaha bersama en.suami..kalau harap laili,agaknya mau letak bunga plastik yg gantung2 tu jer kot...hihihi.... hadoi,lawak plak..xdelah..harus ada sikit tanaman gak..nanti kosong sangat..kalu dok apartment tu xpelah lagi,xde laman..ni sah2 ada laman..besar plak tu.. rugi kalau x dimanfaatkan..

bagi kucing mam by hand..:)



so,aktiviti khadijah bersama pak su n mak de semalam..cycling n main dengan 'comot' kucing yg dibela pak su nya..sangat manja..tp cian,kucing tu xde sebelah mata..x taulah nape.. khadijah mmg suka sangat dgn comot tu. hari2 pegi bagi makan...

oh ya,ada orang bgtau kalu nak tanaman tu elok subur,bubuh hampas teh..sejuk kononnya...tapi ada gak yg bubuh kulit telur ayam yg direbus tu..hancur2kan..hihihi...
guna kulit telur ayam ni,abg laili yg ajar..tiap kali balik kg n pegi kenduri,bila makan telur rebus tu..dia hancur2kn kulit tu pastu tabur kat pasu bunga..

mulanya laili marah sebab dia letak kat pokok bunga kesayangan laili yang suami belikan..(time tu dah bertunang),bising gak lah laili marah sampai ngadu kat mak n wife abg laili tu sebab semut datang sampai nak mati pokok tu...jenuh laili wat macam2. x lama pastu,tengok2 pokok tu jadi lagi subur..tiap minggu kuar bunga..kembang elok..dah tu plak yg bestnya bunga yg kuar tu bukan 1 kaler..ada merah,pink...hm,pandai en.suami pilih pokok..hehehe..

pas drp insiden tu,laili plak yg rajin bubuh kulit telur ayam tu...hihihi...peace...

kalau kawan2 ada tips best jaga pokok,share dengan laili ye...tq... ^_____^

Tuesday, February 8, 2011

alternatif terbaik

hai semua...harap semua chat2 belaka seperti kami yang tgh 'semakin chat' ni lah yer...ngeee... :P

'alternatif terbaik'..?wah,topik apakah pula tu ye..????
jeng...jeng..jeng....

ni yang laili nak share ni...wat ibu2,bakal2 ibu n yang seangkatan dengannya lah ye..berkaitan dengan pemakanan anak2..:)

laili ni xlah arif sangat tp bolehlah share ilmu kan..

kebanyakan bb n kanak2 skrg ni,bila renti bf je mesti nak minum susu formula.walaupun mula2 xnk..tp x lama pastu..sure nak.
khadijah plak,dah bermacam cara wat pun tetap xnk susu formula...dah berbagai brand n perisa..semuanya ditolak mentah2..cara pemberian pun,mcm2 cara laili guna..botol susu,botol yg guna straw,cawan..hm,semuanyalah..tetap ditolak.

budak2 ni memang bijak kan,diorang pun pandai guna deria bau..sebab tu lah,dah bermacam trick pun x jadi.kalu guna cawan lagi best..dia datang dekat tengok n hidu bau..out terus..hadoi..pening kepala umminya ni..

lastnya masa pegi klinik sebab x chat dulu tu,tanya cadangan n pendapat doktor..bagi yogurt,minuman kultur n byk ikan..

alhamdulillah,semua tu khadijah terima dgn baik..dan melaui apa yg kita tau,yogurt ada kebaikan n khasiat yg lbh byk drp susu..harganya..?mmg mahal gak lah..laili beli untuk sekotak tu ada 8 cup..harga dlm rm6++ gaklah..sehari bagi dalam 2 cup. so,kalu bajet dalam sebulan tu adalah dalam 60-70 hengget camtulah.. minuman kultur plak wat tambahan..selalunya laili bagi yakult..sehari tu sebotol..kalu vitagen pun minum gak tp untuk sebotol tu,dia minum 2x.mgkin sebab x sesedap yakult kot..hohoho..pandai memilih betul lah dak tecik ni..hukhuk..

dak tecik yang suka amat mam calci-yum
membesar dengan lebih tinggi okeh... ^_________^

untuk snek,laili x bg jajan merapu2..sesekali je bg..tu pun blh dibilang. laili lbh suka bg cornflakes n wafer..disebabkan khadijah alergik dengan pewarna,sejak dia bb lg kami dah try macam2 untuk kenalpasti yg mana dia boleh makan atau x boleh..

kalu untuk coklat,selalunya brand cadbury jadi pilihan...pastu coklat wajib ada untuk khadijah pulak..x lain x bukan..choki2 lah..sebab rasa yg sedap n coklat tu pun x melekat kat gigi..

n amalan hariannya plak,kismis..paling x pun...7biji sehari..nak xnak,kena gak makan..yelah kan,seperti yg kita sedia maklum,kismis ni baik untuk minda. mudah2an nanti mindanya berkembang dengan baik..mudah menerima ilmu..n selalunya setiap malam sebelum tdo,laili bg minum madu ckit...

laili bukanlah nak kata laili ni ummi terbaik sebab bg semua ni,tapi ada sesetengah orang lepas pandang..anak dah xnak susu formula,apa susah..biar je lah..lg jimat..

salah tu...xleh biarkan camtu..nanti cian kat anak tu,x cukup zat.. so,sebagai penjaganya,usahalah supaya anak tu dapat zat yg sepatutnya..jangan diabaikan sebab pemakanan yg chat akan membentuk minda yg cerdas n badan yg chat...

sama2 kita jaga permata hati kita k. if kawan2 ada ilmu untuk share,amat dialu2kan...mudah2an dapat bagi kebaikan wat kita semua..insyaallah...

api oh api....

hari ni banyak betul perkara x best..dugaan betul...

1st,masa iron tudung pagi tadi tiba2 je terhidu bau benda terbakar n ada bunyi api memercik...terus toleh,tengok2 wayar soket tu terbakar... panik sekejap..terus tutup semua suis n suis utama. bila tutup suis utamanya tu,terus bunyi benda meletup. menggeletar gak lah diri ni.. x tau nak wat apa masa tu...

tapi tetap rasa syukur sebab perkara tu jadi depan mata laili..kalau jadi masa khadijah sorang2 kat situ...???? hm,x dapat laili nak bayangkan..

sebab dah panik tu,terus call mak mertua. cian mak mertuaku,kuar nak beli barang..tapi sebab kami,terus patah balik tengok..n tenangkan laili yang tengah blur masa tu...huhuhu....

now,terpaksalah guna soket lain sebagai alternatif supaya dapat on suis motor aquarium yg ada..kalau x nanti,mati plak ikan2 kesayangan kami tu...huhuhu...


laili ni memang agak trauma ckit dengan kes2 melibatkan kebakaran ni sebab dah pernah berdepan dulu dengan kebakaran pondok kat sepan umah kami ni...

kes tu jadi pada ramadhan tahun 09.dalam kul 6:40 camtulah..tengah bz kat dapur siapkan juadah berbuka..masa tu blackout so,bercahayakan lilin je lah..khadijah pun bb lagi..

dijadikan citer,masa tu laili tengah wat kuih gula melaka...so,masa dok gentel2 kuih tu terdengar suara jiran menjerit mintak tolong..laili terus kuar n tengok2 jiran tu dah melompat2 kat jalanraya dpn umah kami ni..n laili tgk,pondok tu terbakar..api punyalah besar menjulang.

laili pun apa lg,terus call bomba..sementara bomba nk sampai tu,mujurlah ada org kg tlg padamkan api..kalu x,msti dah melarat...silap hari bulan,dengan umah kami ni pun terbakar..huhuhu...

suami plak memang dah ajar set minda,if apa2 call 999..kalu ada family,terus call family..kalu ada jiran,panggil jiran..that's why lah apa2 kena ambik tindakan segera..

so kat cni laili nak share dgn kawan2 semua,if terjadi apa2,dalam keadaan blur sekalipun,cuba wat keputusan tepat..wat yg terdaya..kenalpasti punca.

mudah2an semuanya terkawal n selamat....

Monday, February 7, 2011

mana 1 lagi best ye..????

malam ni,x tau apa yang nak diomelkan sebab khadijah ni tekan remote kuat volume kuat yg amat..sakit telinga umminya ni..nak bg slow jap volume tv ni...

habis hilang segala ingatan nak memblog..sebab terperanjat...huhuhu....:(

kartun peberet masa kecik2 dulu... ^_____^

masa tengok kartun ni,teringat plak masa kecik2 dulu,laili pun suka tengok kartun. hari2 tengok kartun..kalu hari jumaat n sabtu je layan citer hindustan..best betul masa tu...wat apa pun boleh..

nak tengok tv sampai tdo pun xpe..bangun tdo je mandi,makan,main..penat..tdo blik..
indahnya zaman kanak2...xde nak fikir macam2.. ^___^

si tecik yang nakal..suke kaco ummi n suke sangat makan wafer cadbury...:)

tapi bila dah jadi ummi ni,bila tengok khadijah tengok kartun banyak sangat mulalah rasa x sedap hati..risau nanti bawak sampai ke besar asyik nak tengok kartun je.. harapnya xlah kan..

sesekali bagi gak tengok drama,rancangan keagamaan,dokumentari..mudah2an dengan cara tu dia dapat belajar ckit2...xdelah otaknya ingat kartun je kan..?hehehe.. :)

banyak benda kita belajar bila ada anak ni..laili pun x sangka jadi sampai tahap ni...belajar kenal minatnya,masak macam2 untuk tarik perhatian dia makan..biasalah,budak2 ni kan agak memilih..sama macam kita gak..benda x sedap,xkan nak makan gak..

pastu belajar macam2 permainan kanak2 n kadang tu sampai kena nyanyi untuk dia. lagu2 kartun yang dia dok tengok tu,kita pun kena tau...hahaha...kelakar kan..tapi menarik..

bagi laili,laili suka n bersyukur sangat dengan setiap perjalanan hidup laili..dari ctulah mengajar erti dewasa...mengenal cinta n kehidupan...semuanya indah...:)

bahagianya menjadi isteri kepada suami tercinta n ummi kpd anak tersayang...:)

mudah2an berjaya dunia akhirat..amin...:)

alhamdulillah..syukur dengan anugerah-NYA.. ^_______^

Sunday, February 6, 2011

anak oh anak....

pagi ni laili bz wat dgn keje2 umah...pas sarapan,bawak khadijah jalan2 tepi pantai depan umah ni...dapatlah merasa ckit suasana macam dalam drama bersiri korea "full house" tu...cuma umah je lah x sama..umah kami umah biasa2 jer...hehehe...

tengah dok jalan2 tu sebab hari ni air surut,air pun keringlah ckit..tengok ada banyak burung terbang sana cni... khadijah pun excited tengok sebab banyak amat..bunyi pun macam2 bunyi...

sambil dok ajuk bunyi burung tu,watlah ckit sesi belajar cakap dengan khadijah..

ummi:khadijah,itu namanya burung,cuba khadijah sebut burung...ummi nak dengar... bu...rung...
khadijah:............butung....bu...tung....
ummi:eh,bukan butung lah..burung.. ikut ummi sebut ye...bu...rung..
khadijah:...bu...toi...bu...toi....
ummi:hah,butoi..????apa yang butoi plak...burung lah... hah,yang tu burung gagak..(sebab tiba2 ada burung gagak datang)
khadijah: gak..gak...^__^
ummi:hahaha...ummi suruh sebut burung,gak gak plak yang khadijah sebut ye..?xpelah,nanti kita belajar lagi...^_____^


seronok kan bila melihat perkembangan anak n masa dia explore setiap perkara yg ada kat sekitar dia..laili rasa kawan2 semua pun sama kan..ajar ank2 atau ank sedara macam ni lah..kena byk sabar..bukannya terus2 pandai..

tapi kita sebagai penjaga,kenalah sentiasa bersama mereka..mengajar tanpa jemu..tanpa putus asa sebab mereka amat perlukan kita...


apapun,layan je lah..nikmati bersama zaman kanak2 mereka..

laili syukur sangat jadi ummi pada usia yang muda,umur laili baru 21 dah ada khadijah...skrg ni umur laili dah hampir 23.khadijah plak dah hampir 2 tahun..nt bila laili umur dlm 40-an,khadijah dah dlm 20-an..hm,cpt kan masa tu berlalu..nt x sedar pun..

ummi abah akan terus bersama khadijah supaya khadijah dapat belajar dan mengenal  tentang hidup...ummi abah sayang khadijah..be a good girl k.. :)

sebut tentang ni,laili sedih mengenangkan nasib sesetengah kanak2 yang xdpt melalui hari2 mereka dlm suasana ceria gembira macam kita..menjadi mangsa dera,mangsa hawa nafsu manusia yang x layak digelar manusia..ada juga yang dibunuh..dibiarkan begitu sahaja tanpa pembelaan...banyak bayi2 dibunuh kerana kesilapan masa lalu yang trlalu mengikut hawa nafsu.. nauzubillah...

laili harap kawan2 semua jauhkan sifat2 ni..pada yang belum berkahwin tu,jagalah maruah anda...diri anda hanya untuk lelaki bergelar suami..jangan begitu mudah menggadaikan maruah hanya kerana nak membuktikan cinta. andai benar nak mmbuktikan,buktikan dengan cara yang halal supaya tiada yang mnjadi mangsa dan diri anda pun selamat dr mnjadi mangsa. renung2kan k.

cinta itu begitu indah sampai terkadang kita lupa dengan yang mana 1 btul dan yg mana 1 salah.. untuk itu,tetapkanlah iman..jangan mudah terpedaya..

insyaallah,jodoh yang baik jadi milik anda..n anak2 pun akan dapat hidup gembira dalam suasana keluarga yang bahagia..insyaallah..amin...

romantik ker...????

Alhamdulillah,selesai sudah urusan menghadap ilahi.. dengan niat kerana Allah swt.,mudah2an setiap entri yang laili titipkan ni memberi kesan yang baik wat kita semua..amin..

hm,teringat plak peristiwa petang tadi,masa dok petik hasil tanaman di taman mini kami..tengah asyik petik cili padi tu,laili nampak sepasang suami isteri yg dah agak berumur,naik motor beli umpan untuk memancing...ingatkan dia nak belikan untuk anaknya ke apa.. rupanya diorang tu yang nk turun memancing...alahai mak cik pak cik...sehati sejiwa betul..seronok tengok...

dah tu plak,masa dok naik motor tu..mak cik siap peluk pak cik lagi...sweet jer tengok.. yelah,zaman sekarang ni,selalunya yang naik motor peluk2 tu couple2 n org baru kahwin jer..(kecuali laili..still maintain mcm peranten baru ok...hehehe)

bukan apa,laili banyak perhatikan,orang yang dah agak lama kahwin,kadang tu anak baru sorang...naik motor dah x leh peluk2...malu katanya..pegang tangan masa jalan pun xleh..hadoiyai...ada plak camtu...patutnya makin lama kahwin,makin romantik..walaupun sebenarnya x romantik..tapi bila dah lama tu,adalah lekat2 ckit romantiknya..betul x..?hahaha...bab ni mmg kita org pompuan expert kan..nak yang romantik jer..huhuhu...

tapi laili tabik gak pada wanita2 yang dapat pasangan yang zero romantik tu...yelah,bukan senang ooo...

sebut tentang perihal suami atau mgkin juga tunang atau bf ni,laili teringat pada kata2 dato'dr.mohd.fadzilah kamsah...katanya,

"didiklah suami berkenaan apa yg anda harapkan secara hikmah.ada kalanya anda perlu berpesan kpd suami shgga 200x untk dia faham dgn jelas.n sabarlah apabila mmberi pesan kpd suami.."

biasalah,lelaki ni ada egonya..sampai kadang2 tu x tau camne nak tunjuk rasa sayangnya tu..walhal dia sayang sgt kat kita. sbb tu lah kita kena bantu perlahan2..jangan terlalu ditekan..

suami laili...?hm,tntang sifat suami laili...laili xleh citer..biar laili je yang tau..hehehe....

klah,xnk citer panjang2 sgt,cuma apa laili nak kata,biarlah seberapa banyak dugaan yg mndatang..n biarpun meningkat usia...rupa dah hodoh kedut sana sini...cinta tu harapnya tambah mekar hari demi hari...tiap hari cinta...janganlah pula kerana ckit kekurangan,cinta pun berkurang...hindarkan k... selalulah semai benih2 cinta..semoga bahagia dunia akhirat....


p/s:orang couple bg berjambak2 bunga tapi my hubby,bg pokok bunga terus...sebabnya tiap hari laili boleh jaga n bunga tu x layu...sampai sekarang pokok bunga tu ada lagi..hehehe.. tq sayang...^___^

Saturday, February 5, 2011

pelaut oh pelaut...

 assalamualikum pada yg beragama islam n salam sejahtera kepada yang bukan beragama islam...:)

^_____________^

 pagi2 ni kena senyum dulu,barulah hari jadi ceria... senyum seindah suria k.:)

 pelaut oh pelaut...hah,kat cni nk share ckit lah tntang status pelaut ni...kelakar pun yer jugak..hehehe...

yang bergelar pelaut tu,kalu baca entri ni jgn mare plak ek...jgn jadi hulk hogan serang laili,ummi kepada khadijah ni...citer ni jadi secara kebetulan...huhuhu.....

sebenarnya citer ni dah lama..dah bertahun..setengah orang kata,citer dah basi..tapi bg laili,xde apa yang basi pun...hukhuk...

klah,xnak celoteh panjang lebar sangat,msti ramai yang tertanya2 kan..??wahaha...iye2 je laili ni bikin panas kan..? xpe2,kita warming up dulu...ehehehe...*gelak nakal...



sebut pasal perkataan pelaut ni,laili teringat momen masa wat buku merah dulu time mengandungkan khadijah... masa tengah isi buku tu,nurse tu tanya suami kerja apa..?

laili cakap pelaut..pastu ada ke patut,dia tulis nelayan...? padahal kita dah kata pelaut..pandai2 jer dia ubah status...hadoi,cik nurse...awak ingat semua pelaut tu keje nelayan je ke..?keje sailor baru bwk kapal besar ...? hish,statement apekah itu...???huhuhu...

nak tergelak pun ada,simpati pun ada pada pemikiran sesetengah orang..yang wat perbandingan macam tu..


pastu laili pun cakap:

laili:kak,suami saya memang pelaut...tapi bukan nelayan...suami saya keje kapal lng...
nurse:lah ye ke,akak x tau plak sebab area ni ramai nelayan n navy...kalau keje kapal besar2 ni,selalunya diorang bagitau pangkat atas kapal tu...
laili:saya ni segan nak bagitau pangkat,biarlah statusnya saya bagi pelaut je..umum...orang x tau pangkat pun xpe..sebab tu masa atas kapal je..kat darat ni dia orang biasa...xde pangkat2 tu semua....
nurse:jadi nk tukar tulis pelaut lah ye...?
laili:ye kak,tulis je pelaut...

hm,bila teringat statement ni,laili rasa macam rendah diri pun ada sebab laili x suka dipandang tinggi kerana pangkat...sebab tu lah laili lebih suka bgtau yang umum je bila orang tanya tentang keje suami laili...

ada sebab gak laili wat macam tu,hidup ni kan umpama roda,sekejap di atas,sekejap di bawah..
biar kita merendah diri,jangan pula pula mendabik dada... sebab setiap yang di atas bermula dari bawah...

laili x suka pandang rendah pada orang n dipandang rendah..laili lbh suka bersederhana... lebih selesa bagi laili...

mudah2an sifat ni akn kekal selamanya..dijauhkan dari sifat riya'...insyaallah...